RMHC Malaysia Anjur Kejohanan Golf Amal 2023 Raih RM500,000

Kejohanan Golf Amal RMHC Malaysia | Baru ini satu kejohanan amal telah dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RHMC) Malaysia bagi membantu dan menyokong kanak-kanak yang kurang berkemampuan di seluruh Malaysia. Ianya telah berjaya meraih sehingga RM500,000.

Ronald McDonald House Charities (RMHC Malaysia)

Untuk pengetahuan RMHC Malaysia telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai satu organisasi bukan berasaskan keuntungan. Dengan misi untuk mewujudkan, mencari dan menyokong program-program yang mampu meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak kurang bernasib baik di Malaysia.

Pihak McDonald juga menerima hasil sumbangan ikhlas dari pelangan-pelanggan yang bermurah hati dalam menderma kepada tabung dan kiosk pesanan layan diri di seluruh restoran McDonald. Ia bagi membantu menjayakan program misi bantuan ini. Selain itu, ianya menerima dana dari tajaan dan sumbangan rakan korporat.

Program Utama Misi Bantuan RMHC Malaysia

Buat masa terkini RMHC Malaysia telah melaksanakan 4 program utama misi bantuan yang berlandaskan kesihatan dan kesejahteraan serta kebajikan iaitu

RMHC Malaysia Anjur Kejohanan Golf Amal 2023 Raih RM500,000

Tahniah buat RHMC Malaysia kerana terlah berjaya mengadakan Kejohanan Golf Amal 2023 untuk kali ke-30 dan telah berlangsung di Tropicana Golf dan Country Resort. Kejohanan amal tahun ini telah mensasarkan sehingga RM500,000 jumlah tajaan dan sumbangan untuk program amal ini.

See also  PG MALL: Kini Penghantar Lebih Mudah Dengan Khidmat Grab Express

Tujuan murni ini menekankan dedikasi bagi mengukuhkan lagi keazaman pihak RHMC Malaysia bagi meneruskan misi kami untuk mewujudkan masa depan yang lebih cerah dan positif buat komuniti Belia di Malaysia

Menurut Dato’ Azmir Jaafar, Presiden Ronald McDonald House Charities (RMHC Malaysia) juga merangkap Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia :

“Kejohanan Golf Amal tahunan ini sentiasa menjadi asas kepada komitmen teguh kami untuk menjana impak yang mendalam dan berkekalan dalam kehidupan kanak-kanak kurang berkemampuan. Kami sungguh teruja dan terharu untuk menyaksikan pencapaian penting ini direalisasikan. ”

RMHC Malaysia

Program Pek Kembali ke Sekolah RHMC Malaysia

Kejohanan golf amal ini dianjurkan bagi tujuan meraih dana untuk satu program amal iaitu program Pek Kembali ke Sekolah RMHC. Inisiatif ini didedikasikan untuk menyumbang beg sekolah kepada 10,000 kanak-kanak yang kurang berkemampuan di seluruh negara.

Bukan beg sekolah sahaja tau, malah ianya mengandungi pakaian seragam, kasut sekolah dan keperluan sekolah yang lain. Ianya bagi membolehkan kanak-kanak ini memulakan tahun persekolahan baharu dengan penuh keyakinan dan gembira dengan kelengkapan baru ke sekolah.

Hampir RM10 juta telah diperuntukkan sejak tahun 2017 bagi tujuan Program Pek Kembali Ke Sekolah. Dimana ianya memberi impak positif kepada kehidupan hampir 160,000 kanak-kanak di seluruh negara. Inisiatif ini merupakan antara empat program utama disokong oleh RHMC Malaysia yang merangkumi tiga teras utama iaitu Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan.

RMHC Malaysia

Sumbangan Geran Perubatan RHMC Malaysia

Selain dari program pendidikan, pihak RHMC juga kekal komited untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang kurang berkemampuan.

Pada majlis Kejohanan Golf Amal 2023 turut disampaikan geran perubatan kepada lima tabung kebajikan hospital yang terpilih yang berjumlah lebih RM280,000.

See also  PROGRAM ZIKRA 'JELAJAH KASIH BERSAMA ASNAF' 2015
RMHC Malaysia

Antara tabung dan yayasan yang menerima geran perubatan iaitu:

  • Yayasan Institut Jantung Negara (IJN)
  • Hospital Tabung Pesakit Universiti Sains Malaysia (HUSM)
  • Hospital Tabung Pesakit Tunku Azizah (HTA)
  • Tabung Pesakit Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) UKM
  • PPUMCare, Pusat Perubatan UM
RMHC Malaysia
RMHC Malaysia

Penyampaian geran perubatan ini bagi membant dalam meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang kurang berkemampuan di Malaysia. Menurut Dato’ Azmir Jaafar;

“Kami berbangga kerana dapat menyumbangkan lebih RM750,000 geran perubatan sejak tahun 2018. Malah turut tersentuh hati menyaksikan impak positif terhadap kehidupan lebih 200 kanak-kanak yang memerlukan bantuan kewangan untuk rawatan dan peralatan perubatan, serta ubat-ubatan. Ia mengukuhkan kepercayaan kami terhadap kuasa usaha kolektif untuk membawa perubahan positif kepada komuniti kita”.

Tahniah sekali lagi kepada RHMC Malaysia atas kejayaan dalam menganjurkan program amal dengan Kejohanan Golf Amal 2023 kali ke-30.

Maklumat lanjut RHMC Malaysia

Untuk maklumat lanjut mengenai RMHC, boleh layari

Website: Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC)

yanieyusuf.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*