Resepi Ayam Goreng Paling Mudah dan Sedap | Bila Ensuami kata dia nak buat Ayam Goreng Sos Tiram hasil dari tengok perkongsian resepi di Tiktok. Resepinya sangat mudah untuk para suami memasak tau. Ianya sedap dimakan dengan nasi putih panas-panas dan tambahan sayur atau ulam-ulaman.
Biasanya Mamayanie akan buat Ayam Goreng samada yang disalut dengan tepung atau hanya salut kunyit dan garam. Tapi kali ini Ensuami kata nak buat kelainan untuk Abangfh makan. Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.
Resepi Ayam Goreng Sos Tiram
Bahan-bahan Yang Digunakan
- Ayam dibasuh bersih
- Sos Tiram
- Kicap Pekat
- 2 sudu Gula (boleh jugak diganti dengan madu)
- Sedikit Garam
Bahan-bahan kisar
- Bawang besar
- Bawang putih
BACA: Hidangan lebih sedap dengan daun kesum
Bahan ini korang boleh siap-siap kisar. Bawang boleh guna lebih kurang 2 biji bawang besar dan beberapa ulas bawang putih. Bawang besar yanie suka sebab ianya akan memaniskan lagi masakan.
Cara Perapan Ayam Goreng Sos Tiram
- Cara ini nak buat ini pun sangat mudah tau, korang hanya perlu campurkan semua bahan iaitu bahan kisar, sos tiram, kicap pekat, sedikit garam, dan 2 sudu gula.
Gaulkan sehingga sebati dan korang perlu perap dulu lebih kurang 1jam keatas. Nak lagi sedap sebenarnya korang perap semalaman ayam bersama bahan perapan. Rasanya akan lebih enak dan juice hingga kedalam bahagian ayam.
Lepas dah diperap lebih kurang 1 jam, boleh lah korang goreng kan ayam perapan sos tiram ini. Minyak jangan terlalu sedikit dan terlalu banyak tau. Korang anggarkan dapat menutup ayam pun dah ok.
Cara Goreng Ayam Agar Lebih Juicy
Untuk goreng pula lepas dah masukkan ayam kedalam minyak panas, Mamayanie akan tuangkan sedikit lebihan perapan tadi kedalam minyak yang tengah mengoreng ayam itu. Ianya bagi lagi rasa sewaktu mengoreng. Tapi perlu hati-hati ye sebab ia akan terpercik.
Korang akan dapat Ayam Goreng Sos Tiram yang juicy dan sedap gabungan bahan perapan tadi. Ayam ini juga sesuai dijadikan ayam bagi nasi ayam, ha ini Resepi Nasi Ayam Paling Senang tau. Korang boleh buat kelainan dalam sajian untuk keluarga korang.
Korang kena cuba untuk resepi ini tau, selamat mencuba! Boleh cuba resepi lain jugak : Resepi Mudah
yanieyusuf.com
Nak buat la nanti