Jam Tangan Pintar Kieslect Lady Calling Watch LORA Sesuai Untuk Gaya Wanita Masa Kini!

Assalamualaikum w.b.t | Kieslect Lady Calling Watch LORA | Bila sebut je jam tangan pintar (Smart Watch) mesti ramai teruja kan, sebab ianya menjadi trend masa kini. Bukan hanya untuk kegunaan melihat waktu sahaja malah banyak fungsi jam tangan pintar ini. Memang menjadi satu keperluan terkini bagi memudahkan penggunanya. Tambahan lagi design yang sesuai untuk semua outfit, memang menjadi pilihan.

Mamayanie bukan seorang penggemar atau pengumpul jam tangan tau. Kalau beli 1 jam tu, mesti guna sampai lah rosak. Selagi tak rosak memang tak ada lah koleksi lain. Kecuali orang hadiahkan lah ye hihi Tapi dengan keadaan masa kini, ianya menjadi satu keperluan bagi setiap orang bukan hanya untuk melihat waktu/masa malah untuk pelbagai fungsi lain seperti jejak penjagaan kesihatan (track healthcare).

Kieslect Smart Watch LORA sesuai untuk gaya wanita masa kini

Nak tak nak dengan teknologi yang kian membangun ini, Mamayanie perlu ada 1 jugak Smart Watch untuk memudahkan segala urusan harian. Mamayanie mencari satu jam pintar yang ada pelbagai kelebihan seperti boleh buat panggilan telefon bila kecemasan dengan segara, boleh pantau kesihatan (healthcare) seperti air dalam badan dan membuat bacaan kadar degupan jantung dan sebagainya.

Yang mahal itu banyak je, tapi Mamayanie mencari jam pintar yang banyak kelebihan fungsinya dengan harga yang berpatutan (lebih senang cakap Mamayanie nak cari yang murah lah tapi kualiti tiptop hihi). Ingatkan tak ada tau, rupanya ada satu jenama yang baru lancarkan di Malaysia tapi sudah berada dipasaran sejak 2017 dan telah membekalkan kepada lebih 5,000 kedai di 60 buah negara.

Kieslect Smart Watch LORA sesuai untuk gaya wanita masa kini

Kieslect Smart Watch

Mamayanie tahu mengenai Kieslect Smart Watch di bila tengok di Youtube. Ada yang review tentang Kieslect Smart Watch bukan hanya mempunyai kualiti yang bagus dan tinggi malah dipasarkan dengan harga yang sangat murah berbanding jam tangan pintar yang setaraf dengannya.

See also  Rosken Skin Repair Feet and Heel Balm

Malah Kieslect telah bekerjasama dengan pembekal terkemuka dalam wireless technology dan syarikat terpilih lain yang mempunyai teras dalam menerajui peranti terkini. Kieslect mempunyai hampir 600 orang pekerja di seluruh dunia, dan semua produknya diperakui dengan CE, RoHS, FCC dan UKCA. Ini menunjukkan kebolehpercayaan dan pematuhan jenama itu kepada standard kualiti terjaga.

Tapi video yang Mamayanie tengok tu model lain iaitu model Kieslect Calling Watch KR Pro, cuma gayanya lebih kepada design smart lelaki. Mamayanie apa lagi buat carian mengenai jenama Kieslect yang mempunyai fungsi yang hampir sama dengan design keperempuanan (feminine).

Ada tau korang malah harga nya bawah RM300 ye dan dengan kepelbagaian fungsi. Happy sangat dah tu, jadi akhirnya tergoda terus dan dapat lah Kieslect Lady Calling Watch LORA.

Kieslect Smart Watch LORA sesuai untuk gaya wanita masa kini

Kieslect Smart Watch LORA sesuai untuk gaya wanita masa kini

Menarik tentang Kieslect Lady Calling Watch LORA adalah didatangkan dengan 3D Full View Colorful Display. Skrin khas ini kelihatan lebih besar dan dapat dilihat dengan jelas. Bukan itu sahaja ianya ditambah dengan reka bentuk bergaya dengan Fadeless Aluminum Case (sarung Aloi Aluminium tanpa pudar) membuatkan yang memakainya tampil cantik sebagai aksesori yang bergaya dengan semua penampilan.

Malah sesuai dengan fungsi Customizable watch faces dapat memaparkan gambar pilihan korang dengan warna 3D nya yang sangat cantik. Paparan jam boleh tukar-tukar tau, letak gambar sendiri pun boleh, Mamayanie macam biasa letak gambar keluarga lah hihi Talinya jugak boleh ditukar-tukar tau dan ianya menggunakan Quick Release Magnetic Strap (tali magnetik).

Kieslect Smart Watch LORA sesuai untuk gaya wanita masa kini

Dengan teknologi Bluetooth 5.2 Connection yang membuatkan fungsi call atau connection dengan telefon sangat bagus dan stabil termasuk fungsi pembesar suara dan mikrofonnya. Ianya juga mempunyai fungsi SOS call yang memudahkan membuat panggilan kecemasan kepada insan yang kita setkan. Macam Mamayanie dah siap setkan nombor telefon Ensuami sebagai nombor SOS call. Bukan apa bila kita ada kecemasan paling dekat dengan kita adalah jam tangan, apa lagi tekan je dah boleh call Ensuami.

See also  PERKARA WAJIB PARA ISTERI TAHU TENTANG HARTA PENINGGALAN ARWAH SUAMI

Jangan risau baterinya tahan lama jugak ye. Selain itu, Kieslect Lady Calling Watch LORA pun ada fungsi AI Voice Assistant, mudahlah korang cakap je dengan menggunakan fungsi AI Voice Assistant ini untuk membuat panggilan ke atau sebagainya.

Ini fungsi yang Mamayanie suka juga, ianya mempunyai 70 Sports modes yang boleh korang pilih tau seperti * Running * Gymnastic * Cycling * Steps Count * Skipping * Sit-Ups 8 Dancing * Badminton * Yoga & lain-lain. Dimana ianya boleh mengirakan kalori dan langkah dengan secara jelas.

Fungsi High Definition Music Playlist on Wrist pun ada ye, senang lah sambil bersukan itu dengan muzik dekat jam tangan je. Tambahan kalau korang buat aktiviti berjogging atau riadah dengan anak-anak, senang lah dengar lagu. Juga disediakan fungsi SPO2, Heart Rate, Sleep Monitoring & Breath untuk korang pantau kesihatan korang dengan lebih baik.

Kieslect Smart Watch LORA sesuai untuk gaya wanita masa kini

Nak tahu tak kenapa Mamayanie kata Kieslect Lady Calling Watch LORA pilihan terbaik untuk wanita?

Fungsi lain yang istimewa khusus untuk wanita adalah fungsi Female Menstrual Reminder. Ianya berfungsi membantu membuat kiraan dan memberi peringatan waktu kitaran haid bagi wanita ye. Best dan special kan untuk wanita ini, sesuai dengan nama nya.

Kieslect Smart Watch LORA sesuai untuk gaya wanita masa kini

Banyak lagi fungsi menarik yang mana korang boleh dapat dengan Kieslect Smart Watch LORA. Patutlah ianya menjadi pilihan ramai wanita khususnya ye. Tambahan pula boleh digayakan dengan pelbagai jenis outfit tau. Cantik digayakan dengan pelbagai jenis gaya seperti gaya kasual, formal, santai mahupun sukan.

Sesuai dengan konsep gabungan yang diterapkan iaitu rekaan fashion dan teknologi. Dengan penggunaan 2-in-1 Core calling chip, Kieslect merupakan pengguna yang ke3 dunia ye. Sebab itu mereka layak memenangi pelbagai anugerah antarabangsa termasuk Red Dot Design Award, iF Design Award dan German Design Award.

See also  Top 5 Best Selling Fitness Weight Gainer / Mass Gainer in Malaysia

Kieslect Lady Calling Watch LORA juga didatangkan dengan 3 warna yang sangat cantik iaitu Pink, Gold, dan Purple. Mamayanie tetap dengan pilihan purple, sweet je kan.

Berita baik!

Korang boleh beli Kieslect Lady Calling Watch LORA ini dengan diskaun sebanyak RM5 : voucher code KIESLORA.

Boleh beli di Shopee: https://shopee.com.my/kieslect.os

*KIESLECT offers a one-year replacement warranty insurance to provide customers with peace of mind. Within one year of purchase, customers can exchange any faulty product (excluding accessories) for a brand new unit. However, if the product is damaged due to human factors, KIESLECT reserves the right not to replace it.*

Untuk maklumat lanjut:

Facebook: Kieslect.MY

Instagram: @kieslect_malaysia

Twitter: KieslectMY

Lemon8: https://s.lemon8-app.com/s/NskchjxQQR

TikTok: https://www.tiktok.com/@kieslectmalaysia

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*