Satu Saudara Selera Sama – Bikerz Station

Assalammualaikum w.b.t

Misi Food Hunter Kini Kembali | Lama Mrsyanie tak buat ”food hunter” kan. Yelah dalam misi untuk mengurangkan berat badan. Kalau dapat makan memang tak ingat lah misi tu, setiap tahun misi tu diletakkan ditangga no 1 dalam list impian. Tapi nombor 1 kebelakang jadinya setiap tahun, mau taknya pantang digoda menu yang menarik. hihi.. Jadi bermulalah semula misi food hunter, kali ini bukan sebab tengok menu menarik tapi bila buntu nak makan malam dimana area Tanjung Malim ni. Banyak yang dah terjah tapi asyik kedai sama jemu gak kan nasib baik lah ada kedai makan baru yang bertemakan Bikers.

Restoran Bikerz Station Tanjung Malim Port Lepak Yang Relax
Restoran Bikerz Station Tanjung Malim Port Lepak Yang Relax (Sumber gambar: google.com)

Restoran Bikerz Station Tanjung Malim Port Lepak Yang Relax

Restoran yang agak simple dan lokasinya walaupun kebelakang tetapi ianya menjadi tumpuan para Bikerz khususnya, nama restoran pun Bikerz Station kan hihi..Restorannya terletak di Taman Ketoyong Permai, Tanjung Malim, area deretan lot kedai baru dibina yang berhadapan dengan Sekolah Menengah Khir Johari.

Restoran Bikerz Station Tanjung Malim port lepak yang relax dan selesa untuk pelanggan yang hadir. Malah ia menjadi tumpuan para bikerz motor berkuasa tinggi untuk lepak bersama rakan-rakan. Parking pun senang tau, mungkin kerana masih belum banyak kedai dibuka dikawasan tersebut. Paling utama kesedapan makanan yang ditawarkan menjadi ukuran sesebuah restoran itu.

Sumber gambar: google.com
Restoran Bikerz Station
Kawasan yang lapang dan selesa di Restoran Bikerz Station

Menu Menarik di Restoran Bikerz Station

Disini menu yang disediakan ada 2 jenis. Korang boleh buat pilihan samada nak makan berat (heavy) atau makanan ringan. Terdapat pelbagai jenis masakan goreng dan masakan barat. Ada juga menu pelbagai jenis roti canai tau, ala-ala macam kedai mamak gitu. Macam-macam ada..haha..Tapi chef masakannya adalah Melayu dan menu yang kami order adalah Nasi Goreng Cili Padi, Sup Ekor dan Chicken Chop.

See also  Bila Berwajah Baru Dengan Style Kaca Mata Viral!

Sajian menu yang ditawarkan adalah menu yang semua orang sukakan, contohnya nasi goreng sesiapa sahaja boleh makan dan menjadi pilihan setiap pelanggan. Sebab itu restoran Bikerz Station menawarkan sajian berkonsep Satu Saudara Selera Sama.

Restoran Bikerz Station Tanjung Malim
Senarai Menu Restoran Bikerz Station
Restoran Bikerz Station Perak
Masakan Goreng dan Pelbagai Jenis Sup Disediakan
Mangkuk besar sup ekor Restoran Bikerz Station
Sup Ekor di Restoran Bikerz Station

Eh mana pulak gambar sajian Chicken Chop? Maafkan Mrsyanie ye sebab tak sempat nak ambil gambar sajian pun sebab lapar dan excited nak buat facebook live kan.. Sampai lupa nak snap gambar sajian. Korang boleh tengok live video dekat facebook Yanie Faizal tau gambar menu yang Mrsyanie order.

Harga pula standard dan berpatutan dalam lingkungan RM4.00 sehingga RM18.00 untuk masakan kampung dan barat. Kiranya masih dalam harga biasa dan bersesuaian dengan kuantiti yang dihidangkan. Tengok lah sup ekor nya, mangkuk besar tau. Cuma disini masih belum disediakan masakan berlauk, ia hanya menyediakan masakan goreng, Tomyam, Sup dan masakan barat.

Rasa masakan memang sedap terutamanya Sup Ekor dan Sos Black pepper untuk Chicken Chop. Bagi Mrsyanie sajian yang disediakan memang menepati rasa tekak dan menjadi kedai hot list Mrsyanie di Tanjung Malim. Yeah dah masuk list restoran tumpuan Mrsyanie dan berharap diorang dapat mengekalkan rasa masakan yang dihidangkan.

Maklumat lanjut:

Restoran Bikerz Station

Alamat: Plot 17039, 1, Jalan Permai 2, Taman Ketoyong Permai,

35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia (Deretan lot kedai hadapan Sek.Men.Khir Johari)

No tel: +60 5450003

Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*