Assalamualaikum w.b.t
Rumah Ronald McDonald (RMHC) | Selasa yang lepas Mamayanie berkesempatan untuk turut serta memeriahkan lagi Kejohanan Golf Amal Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) yang dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC). Majlis amal yang dijalankan ini bagi mengumpul dana pembinaan Rumah Ronald McDonald Kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia. Ini merupakan event pertama Mamayanie selepas hampir 1 tahun jugak merehatkan diri dari jemputan blogger. Korang tahu tak tentang Rumah Ronald McDonald (RMHC)?
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC)
Rumah Ronald McDonald merupakan sebuah rumah yang dibina bagi memudahkan ahli keluarga pesakit kanak-kanak yang menerima rawatan di hospital menginap sementara untuk bersama sentiasa dengan anak mereka. Dengan matlamat iaitu ”Memastikan Famili Sentiasa Bersama”, maka rumah ini dibina dengan penuh rasa tanggunajawab terhadap masyarakat oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC).
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) telah ditubuhkan pada Februari 1990 sebagai sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan dengan misi untuk mewujudkan, mendapatkan dan menyokong program yang dapat meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak yang kurang bernasib baik di Malaysia. Sejak 28 tahun lalu, RMHC Malaysia telah memberi impak positif dalam kehidupan lebih 20,000 kanak-kanak melibatkan Kesihatan, Pendidikan dan Kebajikan dengan dana berjumlah lebih RM 20 juta.
Rumah Ronald McDonald Kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia
Rumah Ronald McDonald pertama telah dibina di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1999 yang lalu dan kini dalam proses untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald Kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia (Hospital USM) Kubang, Kerian, Kelantan. Rumah Ronald McDonald Kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia yang akan dibina pula dijadualkan siap dan bersedia menerima kunjungan keluarga mulai suku pertama 2019.
Rumah ini akan membantu meringankan beban keluarga lebih-lebih lagi dari golongan berpendapatan rendah. Tujuan rumah ini dibina bagi memudahkan ahli keluarga khususnya ibu bapa kanak-kanak yang mendapat rawatan di hospital terutama bagi rawatan yang memerlukan tempoh yang lama di hospital seperti rawatan untuk penyakit kanser, leukimia, saraf dan lain-lain lagi.
Proses rawatan yang dilalui kadang kala sakit dan menakutkan bagi kanak-kanak kecil, dan memerulakan ibubapa atau ahli keluarga berada di samping mereka ketika proses rawatan boleh membantu memberi ketenangan kepada mereka. Selain itu, keluarga yang tinggal di Rumah Ronald McDonald dapat memberi sokongan moral kepada satu sama lain untuk menghadapi tekanan emosi yang dilaluinya.
https://www.youtube.com/watch?v=I8QoWwoLESA
Keluarga Mamayanie sendiri pernah lalui bagaimana kami terpaksa ulang -alik menjaga arwah abah ketika mendapakan rawatan kanser di salah sebuah hospital di Shah Alam dan ada ketika kami terpaksa berhabis duit menginap di hotel untuk bersama sentiasa arwah abah dulu. Mamayanie sendiri menegtahui dan merasai bagaimana sukarnya dan banyak kos kami terpaksa keluar demi arwah abah. Orang kata biarlah berhabis duit demi orang yang kita sayang, itu pun kami terpaksa cari hotel bajet yang berada disekitar hospital.
Tapi bagi yang kurang kemampuan ekonominya, ianya sangat membebankan jika terpaksa ulang -alik atau terpaksa menunggu beberapa hari. Ada yang sanggup tidur dalam kereta kerana tidak mampu untuk mencari penginapan luar. Ini yang Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) ketengahkan untuk membina rumah sementara bagi ahli keluarga pesakit. Hanya berbekalkan sehari RM5.00 sahaja kos untuk penginapan, kos ini akan di gunakan kemudahan rumah tersebut semula. Ada juga yang tinggal secara percuma bagi yang kurang berkemampuan, janji ianya bakal mengukir senyuman walaupun sedikit kepada keluarga pesakit.
Kejohanan Golf Amal Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC)
Dengan kerjasama yang diberikan maka satu Kejohanan Golf Amal Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) dianjurkan bagi mengutip dan mengumpul dana bagi pembinaan Rumah Ronald McDonald Kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia. Alhamdulillah Mamayanie dimaklumkan bahawa dengan anjuran kejohanan ini, dana yang telah raih sebanyak RM440,000 untuk pembinaan Rumah Ronald McDonald di Hospital Universiti Sains Malaysia. Tahniah !
Naib presiden RMHC Malaysia Victor Sim berkata jumlah dana yang berjaya diraih ini menunjukkan komitmen tidak berbelah bahagi rakan-rakan perniagaan McDonald’s kearah menyokong aktiviti-aktiviti amal dan memainkan peranan masing-masing kearah kesejahteraan masyarakat
Dalam majlis ini juga turut menjemput 2 keluarga yang telah menjadi penghuni Rumah Ronald McDonald untuk berkongsikan pengalaman dan manfaat yang diterima oleh mereka. Sejujurnya ianya banyak membantu mereka dalam menhadapi dan meringankan beban mereka sepanjang mendapatkan rawatan dihospital.
Mamayanie tertarik dengan perkongsian dari adik Amin yang merupakan seorang pesakit penyakit talasemia. Dia perlu mendapatkan rawatan sepanjang hayat dia, dan rumah ini lah tempat ibunya menginap sementara yang dapat memberi senyuman diraut wajah ibunya. Dan sedikit tersentuh bila dia kongsikan bahawa rakan-rakan dia yang bersama penghuni rumah itu ramai yang telah pergi menemui Pencipta. Mereka kuat sangat dalam menghadapi dugaan dan membuatkan Mamayanie pembakar semangat dalam menghadapi sebarang dugaan kecil yang Mamayanie hadapi.
Sumbangan Anda Mengukir Senyuman Mereka!
Kita semua juga bleh turut serta dalam memberi sumbangan mengurangkan beban mereka. Orang ramai dan pelanggan McDonald’s juga boleh turut serta dalam inisiatif yang dilaksanakan ini dengan memberi sumbangan menerusi tabung-tabung derma yang terdapat di restoran-restoran McDonald’s seluruh negara.
Selain itu, sumbangan juga boleh dibuat menerusi pindahan bank atau online menerusi PayPal. Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh didapati di sila https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/.
Untuk maklumat lanjut:
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC)
Website: https://rmhc-malaysia.my/
lisa baru tau rmhc tu apa.. sblm ni ingtkan rmah tuk anak yatim
Baru tahu. Bagus nya McDonald’s.
Bagusnya inisiatif Mcdonald ni..meringankan beban waris pesakit dan dapat sama dengan anak semasa jalani rawatan
Mmg patut MCD buat satu rumahnyang membantu org2 yang tidak mampu dpatkan rawatan dan ringankan beban kewangan mereka.. syabassss RMHC
Bru tahu kewujudan rumah ni.