Resepi Creamy Thai Bihun Olahan Resepi Khairulaming

Creamy Thai Bihun | Bulan puasa ini kalau tak tengok resepi dari Khairulaming memang tak sah, buat tak buat tu belakang cerita. Yang penting tengok dulu haha Asalnya nak buat menu Creamy Tomyam Pasta dari Khairulaming tapi pasta dan pes tomyam tak ada. Oklah kita buat apa yang ada dirumah dan terhasilah Resepi Creamy Thai Bihun. Rasa dia memang sangat lah sedap.

Creamy Thai Bihun

Mamayanie kongsikan dulu rasa dia sangat lah sedap. Bukan sahaja ada rasa pedas-pedas thai tu malah berlemak. Memang ngam tapi kalau korang nak masak waktu nak makan baru campurkan bihun dalam kuahnya. Supaya bihun tu nanti tidaklah kembang sangat.

Apa pun terima kasih Khairulaming kongsikan resepi dan Mamayanie dapat olah sedikit mengikut bahan yang ada dirumah. Apa lagi jom Mamayanie kongsikan bahan-bahan dan cara memasaknya.

Resepi Creamy Thai Bihun Olahan Resepi Khairulaming

Bahan-bahan Resepi Creamy Thai Bihun

  • Bihun (ini celur terlebih dahulu tapi jangan terlampau lembik ye)
  • 1 biji bawang merah telah dicincangkan
  • 5 ulas bawang putih telah dicincangkan
  • 1 sudu pes cili thai
  • ½ cawan fresh milk
  • 2-3 helai daun limau purut
  • Cheese sedikit (nak bagi berlemak lagi, tak nak ubuh pun boleh)
  • Daun ketumbar (taknak ubuh pun tak pe)
  • Lobak merah dipotong dadu (boleh ganti sayur yang korang suka)
  • Udang segar
  • Chilli flakes
  • Garlic powder
  • Air
  • Garam
  • Gula
Resepi Creamy Thai Bihun Olahan Resepi Khairulaming

Mamayanie gantikan pes tomyam dengan pes cili thai ini, rasanya sedap dan korang boleh kurangkan garam ye nanti.

See also  Tidak Mengecewakan Masakan Western | Pekan Station Kampung Baru

Cara-cara penyediaan kuah

  1. Tumis bawang merah dan bawang putih kedalam sedikit minyak.
  2. Masukkan lobak merah & udang
  3. Masukkan 1/2 cawan susu segar (mamayanie gunakan susu segar sahaja, korang boleh jugak gantikan dengan cooking cream kalau nak).
  4. Kemudian masukkan pes cili thai dalam 1 sudu, daun limau purut, daun ketumbar, chilli flakes & garlic powder & perasa (garam & gula)
  5. Akhir sekali selepas mendidih barulah masukkan cheese sedikit.
  6. Siap!
Resepi Creamy Thai Bihun Olahan Resepi Khairulaming
Resepi Creamy Thai Bihun Olahan Resepi Khairulaming

Cara Mamayanie senang je nak masak kuah tu, masukkan je semua bahan tadi. Orang kata campak-campak je haha Tapi jangan lah campak, masuk lah elok-elok ye. Kemudian gaul dan biarkan mendidih sehingga masak. Senang sangat tau.

Resepi Creamy Thai Bihun Olahan Resepi Khairulaming

Bila nak makan korang panaskan semula kuah sekejap je pastu masukkan bihun yang telah dicelur tadi. Nak lagi sedap korang boleh taburkan dengan bawang goreng dan tambah pulak telur mata. Makan pulak dengan telur mata yang garing ditepi-tepinya tu.

Resepi Creamy Thai Bihun Olahan Resepi Khairulaming

Memang sedap rasanya yang penuh berlemak, bau dari daun limau purut dan daun ketumbar memang asyik. Malah ada pedas-pedas kena lah dengan tekak Melayu Mamayanie dan bahan pun mudah disediakan. Selamat mencuba dan selamat berbuka puasa!

Untuk resepi lain boleh tengok disini : RESEPI

yanieyusuf.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*