Assalammualaikum w.b.t
Pengambilan Diploma in Mobile Technology | Pernahkah korang dengan tentang pengajian Diploma in Mobile Technology? Adakah korang mempunyai minat yang mendalam untuk mempelajari ilmu tentang software dan hardware telefon pintar? Adakah korang ingin mempelajari membaik pulih telefon pintar? Jika ya inilah jawapannya.

Diploma in Mobile Technology
Kolej Komuniti Ampang Selangor menawarkan pengajian Diploma in Mobile Technology (DMT) untuk ambilan Mac 2016. Lepasan SPM sangat digalakkan untuk mengambil kelulusan yang lebih cenderung kepada kemahiran. Mungkin korang bakal menjadi usahawan dalam pengusaha dan perkhidmatan pembaikkan telefon pintar. Jadi ini lah peluang korang untuk mempelajari dan mendapat ilmu dalam pengajian dalam Mobile Technology.
Program ini melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran di dalam teknologi peranti mudah alih yang terkini seperti telefon pintar. Pelajar berpeluang mempelajari teknik mengesan, penyelenggaraan dan membaik pulih masalah-masalah teknikal telefon pintar.
Pelajar juga akan diberikan latihan industri atau lebih dikenali sebagai Work Based Learning selama 2 semester.
Prospek Kerjaya
- Mobile Device Technician
- Maintenance Technician
- Electronic Technician
- Entrepreneur
- Application Developer
- Assistant Software Programmer
Syarat-syarat kemasukan DMT:
1) Warganegara Malaysia
2) Tidak Buta Warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali.
3) Lulus Sijil Kolej Komuniti dalam bidang seperti berikut:-
Sijil Teknologi Elektrik (STE);
Sijil Pemasangan Elektrik (SPE);
Sijil Sistem Komputer Sokongan (SKS).
ATAU
Untuk lepasan SPM mendapat tiga(3) kepujian termasuk subjek Matematik dan subjek SainsTeknikalVokasional.
Lulus Bahasa Inggeris.
Maklumat Pengajian DMT:
Tempoh pengajian selama 24 bulan
4 semester belajar di Kolej Komuniti
2 semester Work Based Learning (WBL)
Pasal yuran korang jangan bimbang kerana hanya RM200.00 sahaja untuk satu semester. PTPTN ditawarkan kepada pelajar yang layak. Jika korang berminat hubungi segera nombor yang disediakan dibawah.
Untuk maklumat lanjut:
Kolej Komunti Ampang
Alamat: Lot PT3890, Medan Bukit Indah 4,
Pusat Bandar Bukit Indah,
68000 Ampang, Selangor.
Hubungi: 0196636731 (Penyelaras)
Apalagi jom mohon sekarang..
saya singgah BW & follow di sini…
jemput singgah ke Blog saya juga..
salam perkenalan…
No tel pej KK Ampang ialah 0342800201 dan boleh minta staf admin berikan no telefon pegawai pengambilan utk maklumat lanjut pasal ambilan pelajar Sijil dan Diploma.