
Assalamualaikum .wb.t | Tips Pembelian Rumah 2023 Yang Perlu Diambil Kira! | Dengan ekonomi sekarang dan syarat pinjaman yang makin diketatkan oleh pihak bank membuatkan ramai berkira-kira untuk membeli rumah. Tapi ada beberapa tips yang perlu korang tahu untuk mulakan pembelian rumah bagi tahun 2023 ini.
Nak beli rumah ini bukan boleh main beli sahaja kerana ianya perlu tahu matlamat atau tujuan kita membuat pembelian rumah. Tambahan lagi tahun 2023 dengan ekonomi sekarang dan syarat yang diletakkan oleh pohak bank pun kini makin ketat.
Tips Pembelian Rumah Tahun 2023
1. TAHU MATLAMAT PEMBELIAN RUMAH
Korang perlu jelas pembelian rumah ini untuk duduk sendiri atau sebagai pelaburan. Adakah ianya menjadi keperluan semasa mahupun tidak. Sekiranya pembelian rumah ini untuk duduk sendiri, korang perlu tahu rumah idaman korang kerana korang akan duduk dalam tempoh yang lama.
2. SEMAK KEMAMPUAN KEWANGAN
Tips untuk semakan kemampuan kewangan ini paling penting, sebab kita perlu tahu akan struktur kewangan kita. Mampukah kita membuat pembayaran bulan dengan kos-kos lain lagi. Korang boleh semak kelayakkan gaji tetap korang dengan menggunakan kalkulator hartanah secara online di laman web seperti https://www.mortgagecalculator.uk/ .
Kalkulator hartanah ini mempunyai ciri yang membolehkan korang menetapkan pembayaran balik dengan beberapa pengiraan dengan maklumat yang korang telah diisi. Korang boleh tahu graf pembayaran balik pinjaman bersama-sama jadual pelunasan bulanan dan tahunan.

Selain itu laman web ini menyediakan beberapa lagi kemudahan:
- https://www.mortgagecalculator.uk/affordability/
- https://www.mortgagecalculator.uk/amortisation/
- https://www.mortgagecalculator.uk/overpayment/
- https://www.mortgagecalculator.uk/remortgage/
Walaupun kalkulator hartanah ini daam pengiraan UK tetapi pengiraan fungsi bayaran bulanan bank tetap sama (kecuali harga hartanah) dan korang boleh tukarkan kepada RM.
3. PERLU TAHU KOS YANG BERKAITAN PEMBELIAN
Untuk pembelian rumah korang perlu tahu kos-kos lain untuk mulakan pembelian. Bukan sahaja kos harga rumah malah perlu tahu kos lain seperti kos peguam, kos pendahuluan, kos insurans, kos perjanjian dan sebagainya. Dari situ korang akan tahu berapa banyak wang yang korang perlu keluarkan untuk pembelian sebuah rumah.
Apa yang perlu korang buat adalah listkan setiap kos yang berkaitan terlebih dahulu termasuklah kos agen perumahan jika melibatkan agen.
4. SYARIKAT PERUMAHAN YANG STABIL
Ini pun penting ye supaya tiada isu rumah tergendala. Pastikan syarikat perumahan yang dipilih adalah stabil dan akan mengikut masa yang telah ditetapkan mengikut perjanjian. Moga kita dapat elak dari isu rumah tergendala atau syarikat perumahan lari.
5. PASTIKAN HUTANG SEDIA-ADA
Hutang sedia-ada ini juga melibatkan isu kewangan, adakah penambahan pembiayaan perumahan ini melebihi pendapatan atau dapat mengurangkan kos lain. Perlu senaraikan segala hutang-hutang sedia-ada untuk mendapat anggaran sistem kewangan korang adakah stabil untuk penambahan hutang baru.
6. SEMAK DAN CANTIKKAN CCRIS
Memastikan rekod CCRIS penting supaya korang disahkan peminjam yang stabil. CCRIS adalah rekod pinjaman dengan bank, sama ada korang seorang pembayar hutang yang cantik ataupun sebaliknya.
Jika ada pinjaman yang boelh diselesaikan awal, ianya adalah lebih baik untuk mengurangkan tanggungan sedia-ada.
7. LOKASI YANG BAIK DAN STRATEGIK
Apa sahaja tujuan pembelian korang perlu tahu lokasinya adakah bersesuai dengan tempat kerja dan perlu tahu antara kemudahan-kemudahan lain yang ada disekitar seperti sekolah, pasaraya dan sebagainya.
Banyak lagi tips yang boleh korang dapatkan selain dari tips yang Mamayanie berikan ini sebelum korang membuat pembelian perumahan. Perlu kaji terlebih dahulu sistem kewangan dan tujuan pembelian rumah ini. Jangan lupa buat pengiraan terlebih dahulu. Mamayanie pun masih melihat keperluan untuk pembelian rumah kedua, insya-Allah.
Semoga korang dapat rumah idaman !
Till Next Entry ye!!!
Leave a Reply