5 Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kecantikkan Kulit

Assalamualaikum w.b.t | GKB Probiotics Bantu Atasi Masalah Pencernaan | Sejak lepas bersalin, antara masalah yang Mamayanie hadapi adalah dari segi penghadaman dan proses pembuangan. Waktu bersalin memang banyak jahitan disebabkan koyakan waktu bersalin. Agak trauma untuk Mamayanie menjalani proses pembuangan disebabkan jahitan yang agak panjang. Sehinggalah Mamayanie jumpa produk probiotik GKB membantu meningkatkan proses penghadaman sekaligus membantu mencantikkan kulit secara tidak langsung.

Probiotik GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman
5 Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kecantikkan Kulit

Apa itu probiotik GKB?

”Probiotik adalah gabungan bakteria hidup dan yis yang secara semula jadi hidup dalam tubuh – berperanan melawan jangkitan dan membantu meningkatkan fungsi tubuh lain. Probiotik adalah sebahagian daripada mikrobiom – ‘komuniti’ organisma dalam badan yang memastikan kita sihat.”

Kelebihan utama probiotik GKB adalah dihasilkan dengan teknologi paten lapisan pelindung pelbagai antioksidan dalam bentuk granul. Selain itu, probiotik yang bentuk ganul ini juga dapat membantu mengurangkan risiko tercekik dan ia sesuai untuk dimakan terus atau dicampurkan dengan minuman.

Probiotik GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman

GKB (GK BIO International Sdn. Bhd)

GKB ialah satu-satunya syarikat yang mengeluarkan suplemen kesihatan dengan empat lapisan pelindung untuk probiotik. Ianya bagi memastikan probiotik GKB berjaya sampai ke usus dengan kadar kelangsungan hidup yang tinggi bersesuaian dengan objektif utama mereka dalam meningkatan kesedaran kepentingan kesihatan.

GKB (GK BIO International Sdn. Bhd) yang telah ditubuhkan pada tahun 2018 adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan hasil usaha sama antara All Cosmos Bio-Tech Holding Corporation dan Grape King Bio Taiwan.

Sejak Mamayanie diperkenalkan dengan produk GKB, tak perlu risau dah masalah penghadaman dan pembuangan. Macam Mamayanie bagitau awal-awal yang Mamayanie memang ada masalah pembuangan disebabkan trauma jahitan bersalin. Tapi sekarang ianya memudahkan dan melancarkan sistem penghadaman dan pembuangan dengan baik.

See also  Menang Contest Gambar Instagram | SBB2016

5 Produk GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman dan Kecantikkan Kulit

1. GKB Probio+ (membantu untuk memperbaiki usus)

GKB Probio+ membantu dalam proses pecernaan dan mengurangkan sembelit serta cirit-birit. Kombinasi sempurna 5 jenis bakteria probiotik dan 4 jenis prebiotik memberikan lebih perlindungan kepada saluran usus, membantu pencernaan dan penyerapan nutrien daripada makanan, mengekalkan keseimbangan mikroflora usus dan meningkatkan imuniti. Sesuai untuk orang yang mengalami masalah sembelit ringan dan senak perut.

Testimoni: Mamayanie amalkan ni setiap pagi dan proses pembuangan setiap pagi Mamayanie lebih lancar dan mudah.

Cara pengambilannya: Ambil 1 sachet makan secara terus atau campurkan ke dalam segelas ais/jus/makanan, gaul sebati & minum.

Probiotik GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman

2. GKB Probizymes (membantu untuk mengurangkan gastritis)

GKB Probizyme ini sesuai sangat untuk membantu menangani masalah kembung perut berpanjangan, sakit perut akibat gastrik dan mengurangkan simptom refluks asid gastrik. Tak lama lagi nak bulan Ramadan dan kita bakal berpuasa, mungkin ada yang cepat kembung perut atau tidak tahan angin perut inilah salah satu persediaan yang disyorkan bagi korang sediakan untuk berpuasa kelak.

Ianya diformulasikan daripada probiotik, prebiotik, enzim karbohidrat, enzim protein dan enzim lemak yang khusus.

Testimoni: Untuk yang ini Mamayanie amalkan selepas berbuka tau. Alhamdulillah lega perut dan kurang rasa berangin dan sebu perut.

Cara pengambilannya: Ambil 1 sachet sekali sehari dengan masukkannya ke dalam segelas air, kacau dan minum segera. Diambil sebaik-baiknya selepas makan.

Probiotik GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman
Probiotik GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman

3. GKB G-Pro Gold (membantu untuk mengurangkan sembelit)

Dengan menandungi 10 jenis probiotik dan 2 jenis prebiotik, GKB G-Pro Gold membantu dalam memperbaiki usus, meningkatkan metabolisma dalam usus, meningkatkan PH dan rembesan usus, mengurangkan kemandirian bakteria patogen dan sesuai untuk yang mengalami masalah sindrom iritasi usus, cirit-birit yang teruk dan sembelit. Ianya juga meningkatkan fungsi penghalang usus dan mengurangkan kejadian keradangan usus.

See also  Melancong ke Indonesia bersama Sahabat Holidays Indonesia

Cara pengambilannya: Ambil 1 kapsul sekali sehari selepas makan.

4. GKB Lactobacillus Plantarum GKM3 (membantu untuk mengawal minyak dan mengurangka kalori)

Ianya sangat sesuai untuk yang ingin menurunkan berat badan dan mengekalkan bentuk badan tetapi masih boleh menikmati makanan yangs edap. Siapa tak nak kan? hihi Lagi-lagi nak raya nanti, nak pakai baju kebaya gitu hihi

Sebenarnya ianya sangat bagus untuk membantu dalam mengawal minyak, dimana ia mengandungi Lactobacillus plantarum, Selain itu, ia membantu ketegangan probiotik yang kuat untuk menyerap lemak dalam badan, asid urik dan lipid darah (kolestrol, trigliserida), membantu mengurangkan penyerapan kalori, membantu mengurangkan berat badan, meningkatkan tenaga, membantu sistem penghadaman, dan secara tidak langsung membantu meningkatkan kelembapan kulit dan mengurangkan kerosakan kulit yang disebakan cahaya ultraviolet.

Cara pengambilannya: Ambil 2 kapsul sekali sehari selepas makan.

Probiotik GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman

5. GKB Lactobacillus Rhamnosus Plus (membantu memperbaiki kulit)

Kalau korang nak tahu, Lactobacillus Rhamnosus ini digunakan secara meluas untuk mencegah gastrousus seperti usus bocor atau dysbiosis. Selain itu, bagus dalam membantu mengurangkan masalah kulit kering, kulit sensitiviti dan membantu mencantikkan kulit.

Menariknya ianya sesuai sangat untuk wanita tau, kerana membantu mencegah jangkitan alat kelamin wanita, meningkatkan imuniti dan melegakan ketidakseimbangan mikrob.

Cara pengambilannya: Ambil 1 sachet makan secara terus atau campurkan ke dalam segelas ais/jus/makanan, gaul sebati dan minum.

Probiotik GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman
Probiotik GKB Membantu Meningkatkan Proses Penghadaman

Korang tak perlu risau kerana GKB telah memastikan setiap produk kesihatannya diperakui dengan sijil PIC/S GMP, ISO22000, HACCP, NSF GMP, TQF, Sijil kawalan kualiti tahap 2 TFDA, Pensijilan standard pembuatan cemerlang GMP Malaysia, FSSC 22000, ISO/IEC 17025 dan pastinya paling penting ianya mendapat kelulusan HALAL.

GKB juga menggunakan bahan-bahan yang 100% semulajadi, bebas sisa, bebas bahan kimia, dan tiada kesan sampingan dengan penggunaan lebih daripada 40 jenis cendawan dan probiotik GKB.

See also  Mortgage Calculator Money Games Permainan Online Percuma Yang Dapat Membina Kemahiran Matematik

Untuk pengetahuan korang, sebenarnya untuk dapatkan kecantikkan kulit ianya juga perlu bermula dari dalaman. Jika kesihatan usus dan perut sihat, secara tidak langsung ianya akan mengurangkan toksin dalam badan dan ianya dapat mengurangkan kedutan kulit dan membantu keanjalan kulit.

Sebab itu sangat penting untuk kita menjaga kesihatan dalaman khususnya dalam sistem penghadaman kita. Pernah tak korang dengar selalu orang cakap yang kesihatan kita bermula dari usus dan perut. Bila usus dan perut sihat, kesihatan keseluruhan juga akan sihat.

Bagi ibu yang menyusukan bayi dinasihatkan untuk mendapat nasihat doktor atau pakar terlebih dahulu sebelum ambil produk GKB.

https://www.instagram.com/reel/CqSl7RLsQxq/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Korang boleh dapatkan produk GKB disemua cawangan farmasi besar di Malaysia termasuk Alpro Pharmacy.

GKB Official Selling Platform: All major pharmacies in Malaysia, including:

  • Central: Alpro Pharmacy, M CARE Pharmacy, Leo Pharmacy
  • Melaka: Alpro Pharmacy, Farmasi Big Tree, Farmasi Limbongan, Farmasi Tanjung Minyak
  • Penang: Alpro Pharmacy, MEDS & VITS Pharmacy, Pure Pharmacy, NuCare Pharmacy, Bliss Pharmacy, Guan Pharmacy, Island Retail Pharmacy
  • Perak: Alpro Pharmacy, HTM Pharmacy
  • East Coast: Alpro Pharmacy, Lau & Tan Pharmacy, Farmasi Nazen, Farmasi Ehsan
  • Southern: Alpro Pharmacy, The One Pharmacy, You Pharmacy, AcePro Pharmacy
  • Sabah: Alpro Pharmacy, LifePlus Pharmacy, Pearl Pharmacy
  • Sarawak: Alpro Pharmacy, Trinity Pharmacy, Hometown Pharmacy, Mana Pharmacy

For latest list of pharmacies, please see https://www.mygkb.com/Article/Detail/1188

Untuk maklumat lanjut:

Website : http://www.mygkb.com/

Facebook : https://www.facebook.com/mygkb

Instagram : https://www.instagram.com/mygkb/

TikTok: www.tiktok.com/@gkbmsia

Youtube: https://www.youtube.com/@mygkb01

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*