Khasiat Jus Kunyit Asam Kunyit Madu (JAKM)

Assalamualaikum w.b.t

Jus Kunyit Dimodenkan | Dulu bila kita cakap pasal jus kunyit, ermm rasanya tak ada siapa yang sanggup nak minum kan. Tapi kalau dah terdesak baru lah diorang minum, contohnya selepas bersalin dan sebagainya. Mrsyanie sendiri pun rasa tak lalu nak minum jus kunyit dulu tau, baunya pun ermm kembang tekak ni. Tapi sekarang jus kunyit telah dipermodenkan supaya dapat diamalkan oleh semua golongan secara amalan harian.

Khasiat Jus Kunyit Asam Kunyit Madu JAKM
Khasiat Jus Kunyit Asam Kunyit Madu JAKM

Jus Kunyit Asam Kunyit Madu (JAKM)

Jus kunyit kini kembali dipasaran dan menjadi trend sekarang tau, kiranya dah viral mengenai amalan jus kunyit ni. Tapi menariknya ianya dimodenkan supaya bukan sahaja golongan wanita berusia yang minum. Ianya boleh diminum oleh anak remaja dan kaum lelaki tau.

Mrsyanie diperkenalkan dengan satu produk jus kunyit yang telah dimodenkan dan bersesuaian untuk diamalkan setiap hari. Iaitu Jus Kunyit Asam Kunyit Madu atau lebih mesra dengan singkatan JAKM. Dihasilkan dan diusahakan oleh Puan Azrina secara ‘homemade‘ dengan penggunaan bahan-bahan yang bermutu dan penuh dengan khasiat.

JAKM bukan sahaja jus kunyit semata-mata tetapi ianya telah dicampurkan dengan beberapa ramuan dan bersesuaian untuk semua golongan. Khasiat Jus Kunyit Asam Kunyit Madu JAKM diperkayakan dengan campuran Ibu Kunyit, Halia, Temukunci, Saffron, Habbatussauda, Madu dan Gula melaka.

MANFAAT BAHAN-BAHAN SEMULAJADI JAKM

  • Ibu Kunyit mampu menyembuhkan luka dalaman, mengempiskan perut, mencantikkan kulit, anti bakteria.
  • Halia boleh mengeluarkan angin.
  • Temukunci untuk kesegaran badan dan menambahkan tenaga, menghilangkan kelesuan dan letih badan.
  • Saffron bagus utk penjagaan dan kecantikkan kulit.
  • Habbatussauda mampu menstabilkan gula dalam darah, meningkatkan sistem kekebalan tubuh.
  • Madu untuk tingkat daya ingatan, anti kanser, tingkatkan kesuburan suami isteri dan manisan pengganti gula.
  • Gula Melaka pula sebagai pemanis bersifat antioksidan juga mampu mencegah serangan asma.
See also  Maze Runner di Breakout

Khasiat Jus Kunyit Asam Kunyit Madu JAKM

  • Membantu menurunkan berat badan
  • Bantu rawat masalah kulit
  • Bantu proses pencerahan kulit secara alami
  • Bantu naikkan aura seri wajah
  • Bantu rawat haid tidak teratur dan darah kotor
  • Bantu menstabilkan kolesterol dalam darah
  • Bantu buang angin dalam badan
  • Bantu rawat ibu dalam pantang/lepas bersalin
  • Bantu melambatkan proses penuaan (awet muda)
  • Bantu rawat luka jahitan lepas bersalin
  • Bantu rawat masalah rahim/peranakan
  • Bantu rawat masalah bau badan
  • Bantu atasi masalah keletihan
  • Bantu kurangkan masalah gastric
  • Bantu atasi migrain/kerap sakit kepala
  • Menstabilkan gula dalam darah
  • Tingkatkan kesuburan suami isteri
  • Mencegah batuk/selsema/asma
  • Melancarkan sistem pencernaan
  • Menurunkan paras kolesterol

Banyak khasiat Jus Kunyit Asam Kunyit Madu JAKM ini tau, yelah sekarang ini bukan dah berumur baru kita nak jaga kesihatan dalaman kan. Dari muda lagi lah kita kena jaga supaya lebih sihat dan kuat untuk masa akan datang. Mrsyanie suka sangat dengan JAKM ini sebab rasanya tidaklah pahit atau kelat kunyit tau, sedap sebab dah dicampurkan dengan bahan lain.

Cara penyimpanannya hanya perlu diletakkan dalam peti ais untuk menjamin kesegaran. Jus ini boleh bertahan selama 2 hingga 4 minggu jika disimpan dengan baik. Siapa yang tak suka minum sejuk, boleh panaskan di atas api sekejap. Tapi Mrsyanie lebih suka minum sejuk-sejuk tau, segar jew tekak dan badan bila minum JAKM secara sejuk. Lagipun macam malas nk panaskan, ambil je dalam peti terus minum hihi.

Paling penting sebanrnya khasiat yang bakal kita terima, macam Mrsyanie ianya memberi kesan positif dalam sistem pencernaan dalaman Mrsyanie tau. Jadi buat apa nak tinggalkan minum JAKM jika ianya membantu kesihatan dalaman kitakan, kalau luaran boleh juga pakai makeup untuk cover bagi cantik, dalaman? ha inilah fungsi JAKM membantu kesihatan kita dari dalaman.

See also  Solitaire.org Game Online Tanpa Perlu Download

 

Info tambahan:

Harga: RM12.00 sahaja sebotol
Penggunaan: Minum 1/2 gelas (-/+60ml) pagi sebelum sarapan @ malam
Kuantiti: Berat -/+ 360ml sebotol

 

 

Untuk maklumat lanjut:

Jus Asam Kunyit Madu

www.wasap.my/60193828369
https://www.instagram.com/i.am.anirza/
https://www.facebook.com/azrina.samsudin
https://www.facebook.com/jusasamkunyitmadu/

 

Till Next Entry ye!!!

9 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*