Percutian Singkat Bersama Keluarga | Abangfh memang seorang yang suka sangat duduk hotel, tiap bulan ada je pertanyaan dari dia bila nak duduk hotel. Jadi bagi Mamayanie ada rezeki lebih memang akan bawa keluarga bercuti walaupun hanya 2hari 1malam pun ok. Kali ini percutian cuti sekolah untuk Abangfh ke Port Dickson Negeri Sembilan dan Klana Beach Resort Port Dickson menjadi pilihan penginapan kami.
Klana Beach Resort Port Dickson
Menarik tentang Klana Beach Resort Port Dickson adalah pemandangan dan lokasinya yang betul-betul terletak di tepi pantai. Kiranya lebih kepada privasi site dan bilik cukup selesa buat keluarga kecil kami.
Sempena previu buffet Ramadan di Klana Beach Resort Port Dickson, Mamayanie berkesempatan untuk membawa keluarga sekali bercuti dan menikmati previu buffet Ramadan. Konsep buffet Ramadan yang ditonjolkan oleh pihak resort adalah ”Tarbus Buffet Dinner” memberi satu kelainan dan sajian yang menarik. Percutian kali ini kira macam 2 dalam 1 lah, sambil kita datang ke majlis previu sambil kita bercuti terus.
Keunikkan Klana Beach Resort Port Dickson
- Pemandangan (view resort) yang sangat cantik berhadpan dengan pantai Port Dickson
Bilik yang Mamayanie dapat adalah di level 1 berhadapan dengan laut tau. Pemandangannya memang sangat cantik dengan keindahan semulajadi. Terutamanya sewaktu Matahari terbit dan terbenam, memang sangat cantik. Kalau korang dapat bilik level 2 atau 3 mesti lagi cantik tau.
- Menyediakan telekung dan kain pelikat untuk kegunaan solat (buat Muslim)
Mamayanie tak pernah lagi jumpa mana-mana resort atau hotel yang menyediakan Telekung dan kain pelikat untuk kegunaan solat bagi Muslim ye. Ini dalah resort pertama yang Mamayanie jumpa, kebiasaan pihak hotel atau resort akan menyediakan sejadah sahaja.
Bagi Mamayanie ini salah satu kelebihan yang ada pada resort bagi memudahkan para pengunjung mereka untuk kegunaan solat.
- Kolam renang yang membahagikan kepada 2 bahagian lelaki dan perempuan
Kolam renang resort terletak di hadapan tepi hotel, yang ber’view‘kan laut pantai yang sangat cantik. Menarik kolam renang sini membuat pembahagian bagi kolam renang lelaki dan perempuan. Tapi jangan risau untuk anak-anak krang boleh jaga di kolam kanak-kanak. Jadi tak lah bercampur jantina dalam satu kolam. Untuk kolam anak-anak siap ada slide Ikan Paus (Children Pool Slide) lagi tau, sesuai untuk percutian keluarga.
Kemudahan Bilik Yang disediakan
- Free Wifi
- Peti sejuk
- Iron & iron board
- Hanger
- Hair dryer
- Mini Bar (untuk buat air dan kattle)
- Laundry Services
- Meeting Facilities
- Luggage Storage
- Restaurant (7.00am to 10.30pm)
- Room Service
- Wake up Call
- Prayer Room (Surau)
- 300 meter Board Walk
- Free Car Parking
- BBQ Pit
Jenis Bilik Superior
Mamayanie ambil bilik jenis Superior dan katil jenis single bagi memudahkan kami. Kiranya satu katil abah dia dengan abangfh dan satu lagi katil mama dengan adikfh hihi Senang macam tu sebab tidaklah kang ada yang tertindih bila tidur.
Jenis katil single nya pun tak kecil macam katil single biasa, ianya agak besar dan selesa untuk seorang dewasa dan seorang kanak-kanak.
Jalan-jalan Tepi Pantai Menarik di Klana Beach Resort
Menarik tentang resort ni adalah lokasinya yang strategik. Lokasi yang berhadapan dengan laut dan pantai memberikan lagi suasana yang sangat nyaman dan indah. Boleh lah korang bawa anak-anak ke pantai sebagai aktiviti ketika berada disana.
Abangfh memang paling suka dekat pantai sebab dapat main pasir dan mandi laut. Cuma kali ini dia tak mandi sebab kami mengejar masa untuk pulang. Kalau korang nak buat photoshoot outdoor pun sangat cantik disini ye.
Alhamdulillah dapatlah bawa anak-anak bercuti sebelum mula sesi persekolahan 2023 nanti. Untuk bulan puasa ini, pihak resort ada menyediakan pakej menarik tau. Dalam pakej itu terdapat sekali untuk berbuka puasa dan bersahur.
PAKEJ BUFFET RAMADAN – TARBUS BUFFET DINNER
- Dewasa : RM68
- Kanak-kanak 4-12 tahun : RM30
- Warga Emas / OKU : RM30
Selain dari tawaran buffet Ramadan, Klana Beach Resort menawarkan beberapa pakej untuk yang menginap di resort bersama buffet Ramadan.
PAKEJ BUKA PUASA & PENGINAPAN
- RM158 / untuk seorang.
- Penambahan orang RM80 (dewasa) & RM50 kanak-kanak)
- Penginapan 2 hari 1 malam
- Berbuka puasa (makan malam)
- Sahur (makan pagi)
PAKEJ SEMINAR, BUKA PUASA & PENGINAPAN
- Bermula RM138 (minimum 20 pax)
- Penginapan 2 hari 1 malam
- Berbuka puasa (makan malam)
- Sahur (makan pagi)
- Pengunaan bilik mesyuarat & dewan seminar
- Kudapan Malam
Untuk sebarang tempahan bulan puasa korang boleh terus whatsapp:
http://www.wasap.my/60166619030/Tarbus
http://www.wasap.my/60166619050/Tarbus
Untuk maklumat lanjut
Klana Beach Resort Port Dickson
Telefon: +606 6487888
Website: www.klanabeachresortpd.com.my
Leave a Reply