Lokasi Menarik Di Melaka Untuk Kunjungan Keluarga | Percutian singkat ke Melaka kali ini memang Mamayanie dah target untuk bawa anak-anak ke Zoo Melaka dan Dinosaur Encounter. Ianya merupakan salah satu lokasi menarik di Melaka buat seisi Keluarga.
Zoo Melaka dan Dinosaur Lokasi Menarik Di Melaka
Untuk pengetahuan korang sebenarnya Dinosaur Encounter bru sahaja dibuka di Zoo Melaka pada 25 Disember 2020 yang lalu. Kira baru 2 tahun jugak ianya dibuka didalam Zoo Melaka dan menjadikan ianya antara tarikan terkini Zoo Melaka. Selain korang boleh bawa anak-anak dan keluarga melihat haiwan-haiwan, dapat jugak bawa mereka melihat replika Dinosaur yang memang nampak real.
Zoo Melaka
Zoo Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka. Ianya mempunyai keluasan 54ekar dan merupakan antara Zoo terbaik di Malaysia. Malah ianya juga Zoo kedua terbesar tau. Serius memang penat pusing sebab ianya lebih kurang 4.5km untuk berjalan kaki pusing keliling Zoo dan ianya Zoo yang menarik untuk kunjungan keluarga.
Jangan risau kalau korang tak larat nak jalan boleh sewa buggy car dan pemandu sekali. Diorang akan bawa korang dan setiap check point diorang akan berhenti dan siap ada penerangan mengenai haiwan dan sekitar. Harga sewa buggy car ini RM100 untuk sejam. Tapi Mamayanie tak sewa, kami lebih prefer jalan santai-santai walaupun agak penat sebab dukung adikFH hihi
Disini juga mereka menyediakan cafe dan kiosk makanan bagi setiap kawasan tau. Kalau penat boleh lah rehat sambil beli air dan makanan.
Koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215 spesies haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia. Yang paling best nya kehidupan haiwan-haiwan disini disediakan seperti perumah asal dan habitat haiwan itu sendiri. Lebih kepada habitat semulajadi haiwan-haiwan yang ada.
Antara tarikan yang seronok sangat Mamayanie di Zoo Melaka adalah dikawasan Orang Utan, Unggas dan spesisnya. Memang riuh lah bunyi dan rasa natural alam semulajadi tu ada.
BACA: Cara Memilih Makanan Kucing
Mamayanie kali ini memang tak ambil gambar haiwan banyak tau, lebih kepada buat video. Jadi korang boleh tengok video di instagram Mamayanie ye nanti.
Waktu kami datang memang tak ramai sangat pengunjung sebab hari kerja. Memang lapang lah nak melihat haiwan-haiwan yang ada dan cukup puas lah bawa abangFH. Seronok sangat dia dapat melihat pelbagai jenis haiwan dan paling seronok bila dia dapat tengok replika Dinosaur. Tapi dia takut sebab ada yang bergerak dan berbunyi haha
Dinosaur Encounter
Dinosaur Encounter atau dunia Dinosaur ini merupakan tarikan terbaru buat Zoo Melaka tau. Ianya berkeluasan 5ekar dan dunia fantasi dinosaur ini menempatkan lebih kurang 100 ekor dinosaur animatronic. Replika nya kelihatan betul dan ada yang boleh bergerak serta berbunyi jugak tau.
Dekat sini je kami habiskan masa lama jugak, walaupun abangFH agak takut sebab bunyinya kuat dan ada yang bergerak tapi memang nampak muka seronoknya dia.
Jika korang datang waktu hujung minggu atau hari cuti banyak je aktiviti yang mereka sediakan. Cuma bila hari kerja ni, kurang lah sket. Waktu persembahan (show time) nya pun kurang dari hari cuti, dimana hari biasa waktunya adalah jam 11.00pagi dan 3.00petang sahaja. Waktu kami datang tu dah lepas jam 11.00pagi. Nak tunggu jam 3.00petang tu memang tak larat lah hihi
Harga Tiket Zoo Melaka dan Dinosaur Encounter
- Harga bagi rakyat Malaysia dewasa: RM38.00
- Harga bagi rakyat Malaysia kanak-kanak: RM31.00
Kanak-kanak 3 Tahun kebawah PERCUMA.
Jadi apa tunggu lagi, rancang percutian korang ye. Rasanya tak lama lagi bulan Feb ini ada cuti sekolah, boleh lah bawa anak-anak ke Zoo Melaka.
Untuk maklumat lanjut
Website & Tiket Online: https://www.zoomelaka.gov.my/index.html
Facebook: Zoo Melaka & Dinosaur Encounter
Till Next Entry ye!!!
Leave a Reply