Kongsi Rezeki Bersama Oh Free Food

Assalamualaikum w.b.t

Bulan Ramadhan Bulan Kongsi Rezeki | Bila kita sebut tentang kongsi rezeki, ada yang terpikir mengenai duit sahaja. Tapi korang nak kongsi rezeki boleh dengan pelbagai cara tau. Tambahan bulan Ramadhan ni pahala lebih berbanding korang kongsi rezeki dibulan lain. Bukan kata kongsi rezeki di bulan Ramadhan sahaja tapi ianya lebih lah ganjaran.

Kongsi rezeki atau senang kita sebut sedekah bukan hanyat terhad kepada kewangan, pakaian atau buat kenduri makan-makan sahaja tau. Nak sedekah ini macam-macam cara boleh, yang paling penting ikut pada kemampuan kita.

Aplikasi Oh Free Food

Aplikasi Oh Free Food Elak Pembaziran Melampau

Mamayanie tertarik dengan satu aplikasi Oh Free Food, dimana korang boleh kongsikan rezeki makanan yang sedia ada dan masih dalam keadaan baik untuk mengelak dari pembaziran. Tambahan bulan puasa ini, nafsu membeli lebih tinggi sewaktu puasa hahah lagi-lagi bila korang pergi ke bazaar Ramadhan kan.

Waktu membeli memang tak ingat keupayaan perut, bila dah berbuka makannya sedikit. Akhirnya makanan yang banyak dibeli tu boleh menyebabkan pembaziran. Jadi dengan adanya aplikasi Oh Free Food, ia membantu korang dari berlakunya pembazir dengan cara kongsi rezeki bersama orang lain.

Aplikasi Oh Free Food
Aplikasi Oh Free Food

Mesti tertanya apa itu Aplikasi Oh Free Food??

Aplikasi Oh Free Food adalah salah satu aplikasi bagi memudahkan kita berkongsi rezeki kepada orang lain. Kadang-kadang kita tak tahu nak berikan pada siapa, yelah jiran pun ada yang tak kenal kan. Dengan adanya Aplikasi ini korang boleh kongsikan makanan atau minuman yang masih elok, tidak dijamah lagi, tidak tamat luput dan kiranya masih baru tetapi kita tidak mampu untuk habiskan atau kita dah taknak bagi mengelak pembaziran kepada orang lain.

See also  [Hotel Review] Makan Malam Indah Bersama Tersayang

Makanan yang boleh korang kongsikan bukan sahaja yang sudah dimasak malah juga makanan yang belum dimasak (kiranya macam tepung, gula, garam atau sebagainya). Macam Mamayanie telah gunakan aplikasi ini dan ianya sangat mudah dan ringkas. Hanya install Aplikasi Oh Free Food, daftarkan akaun korang dan upload gambar makanan yang korang nak kongsikan.

Kemudian sesiapa yang berminat hanya perlu klik request . Segala butiran tentang makanan juga korang boleh masukkan dalam tu dan bagi yang penerima juga boleh lihat butiran terperinci tentang makanan yang korang kongsikan itu.

Aplikasi Oh Free Food

Aplikasi Oh Free Food disediakan untuk Android dan juga iOS. Korang boleh muat turun aplikasi ini dan mulakan amalan tidak membazir sambil bersedekah. Insya-allah. Semoga aplikasi ini elak pembaziran melampau dan membantu amalan sedekah dikalangan masyarat Malaysia.

Oh lagi satu bukan hanya untuk korang yang nak kongsikan rezeki malah sesiapa sahaja boleh muat turun aplikasi ini dan sama-sama rasai rezeki yang ada.

Untuk maklumat lanjut:

Website : www.ohfreefood.com

Facebook : ohfreefoodofficial

Instagram : @ohfreefoodofficial

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*