
Assalamualaikum w.b.t | Naik Beca Waktu Malam | Sebenarnya banyak je aktiviti malam yang korang boleh lakukan di Melaka. Tetapi waktu Mamayanie pergi hari Selasa, kebanyakkan tempat mereka tutup. Jadi antara aktiviti malam di Melaka yang santai kami adalah naik beca.
Aktiviti Malam Di Melaka
Aktiviti naik beca memang dah ada dalam planning kami, cuma asalnya nak naik siang. Disebabkan malam kami tak ada aktiviti yang boleh dilakukan, teruslah plan naik beca pada waktu malam. Yang menarik naik beca pada waktu malam adalah hiasan lampu-lampu dari beca itu sendiri dengan dendangan lagu menarik minat orang melihatnya.
Aktiviti Malam Di Melaka Naik Beca Melaka


Kelebihan korang naik beca pada waktu malam selain dari lampu-lampu, ianya tidak panas tetapi peluang untuk bergambar agak terhad serta tak sebaik siang.
Ini pertama kami Abangfh naik beca tau, takut pulak dia haha Tapi tetap naik dengan Ensuami. Mamayanie tak join pun naik beca sebab tak larat pulak rasa, lebih pada nak rehat-rehat duduk melihat suasana gitu hihi
Untuk harga naik beca ada 2 pakej:
- Untuk 1pusingan tanpa berhenti RM25
- Untuk 1pusingan dan akan berhenti beberapa kawasan RM50
Satu beca boleh naik 2 orang (kalau naik dengan anak-anak mungkin boleh muat 3 orang).
Aktiviti Malam Jalan – jalan Sekitar Bandar Hilir Melaka
Selain aktiviti naik beca korang boleh berjalan sekitar Bandara Hilir Melaka. Disini banyak tempat yang korang boleh lawati pada waktu malam seperti Menara Taming Sari. Cuma waktu kami datang diorang tengah tutup sementara untuk penyelenggaraan. Kurang bernasib baik waktu kami pergi tu.
Lokasi menarik Bandar Melaka untuk dikunjungi
- Melaka River Cruise
- Menara Taming Sari
- Kota A Famosa Bandar Hilir
- Muzium Samudera
- Uptown Melaka
- Dataran Pahlawan Mall




Korang jugak boleh layan Coconut Shake yang femes di Melaka jugak tau. Kioks nya berhadapan dengan Muzium Rakyat. Disebabkan Mamayanie masih belum minum ais lepas pantang, kami tak ada lah beli. Dah beli nanti rasa nak minum, jadinya satu keluarga tak boleh beli haha


Agak terhad jugak aktiviti malam kami disebabkan hari Selasa banyak yang tutup. Tapi kami tetap enjoy dengan suasana malam di Melaka. Next time mungkin kami kena plan hari kerja yang sesuai selain dari hari selasa haha
Untuk lihat video sepanjang di Melaka, boleh tengok di Instagram @yanieyusuf.
Till Next Entry ye!!!
lama tak pi Melaka. kalau time cuti biasanya memang merata jem. tapi best melaka macam2 tarikan ada.
Salam sis.. saya nak tanya, naik beca tu kira macammana yer. satu beca ikut satu kepala ke. kalau macam sis naik satu beca 3 beranak sama jugak ke kira RM25 dan Rm50 tu.