Moty Hotel Melaka Sesuai Untuk Penginapan Keluarga

Assalamualaikum w.bt | Moty Hotel Melaka Pilihan Keluarga | Percutian pertama untuk tahun 2023 dan percutian pertama buat kami sekluarga secara berempat. Alhamdulillah misi untuk bawa Adikfh berjaya! Paling penting bila bawa anak kecil adalah bilik hotel yang selesa dan selamat. Jenuh jugak mencari hotel yang sesuai, akhirnya kami jumpa hotel Melaka best yang sesuai untuk penginapan keluarga.

Hotel Melaka Best Yang Sesuai Untuk Penginapan Keluarga

Hotel Melaka Best yang Sesuai untuk Keluarga

Sebenarnya banyak pilihan hotel yang menarik tetapi kami pilih hotel yang lokasinya terletak di tengah bandar bagi memudahkan pergerakkan kami disekitar bandar dan ianya disediakan sarapan pagi. Pilihan untuk sarapan di hotel ini sebab Abangfh dah request siap-siap nak makan dekat hotel. Budak-budak sekarang pandai dah pilih haha

Disebabkan anak-anak masih kecil seorang 5tahun dan seorang bayi lagi, jadi kami lebih prefer kepada bilik yang mempunyai 2katil. Pilihan hotel kami adalah di Moty Hotel Melaka.

Moty Hotel Melaka

Moty Hotel ini terletak di Pusat Bandar Melaka, kalau nak ke Menara Taming Sari Melaka jalan kaki lebih kurang jaraknya 260meter sahaja. Malah ianya juga berdekatan dengan Uptown Melaka. Bilik yang kami ambil adalah jenis Bilik Deluxe – Katil Twin dan nombor bilik yang kami dapat adalah 303 diaras 3. Jangan risau diorang ada lift ye hihi

Antara kemudahan yang disediakan di Moty Hotel :

  • Bilik yang selesa dan luas untuk keluarga (4orang) bagi bilik yang kami pilih
  • 2 Katil bujang (yang ini saiz katilnya agak besar dari katil bujang biasa)
  • Tab mandi yang luas
  • Iron dan board disediakan
  • Jubah mandi untuk 2 orang
  • Pengering rambut
  • Bar mini (lengkap dengan coffee dan teh segera)
  • Peti sejuk mini
  • Televisyen
  • Sofa dan kerusi juga disediakan
See also  Ayam Goreng Lemon Sunquick Resepi Paling Mudah dan Senang
Hotel Melaka Best Yang Sesuai Untuk Penginapan Keluarga
Hotel Melaka Best Yang Sesuai Untuk Penginapan Keluarga
Hotel Melaka Best Yang Sesuai Untuk Penginapan Keluarga

Yang menariknya antara bilik dan bilik mandi diasingkan dengan cermin tau. Korang boleh nampak bilik mandi tapi jangan risau kerana diorang sediakan tirai ye. Bila korang nak mandi tu, boleh lah tutup tirai tu. Kenapa Mamayanie suka sangat adalah bila Abangfh mandi di tab, boleh lah buka tirai tu untuk pemantauan. Tak perlu lah kita nak tunggu dalam bilik mandi kan. Anak kalau dapat mandi dalam tab tu memang lama lah dia.

Tak perlu nak ke kolam renang bawa Abangfh mandi kolam, ha mandilah puas-puas dalam tab tu hihi. Tapi kalau korang nak mandi kolamrenang boleh je, Moty Hotel juga menyediakan kolam renang. Cuma Mamayanie tak pergi lah tengok, ini info dapat sewaktu Mamayanie buat carian hotel nampak lah antara kemudahan yang diorang sediakan.

Hotel Melaka Best Yang Sesuai Untuk Penginapan Keluarga

Bilik Deluxe – Katil Twin

Untuk bilik kami pilih Bilik Deluxe – Katil Twin dan ianya sesuaiuntuk keluarga kami yang 4 orang ini sebab ianya lebih selesa dengan 2 katil. Kami menginap waktu ini bukan cuti sekolah atau hujung minggu ye. Kami lebih suka bercuti sewaktu orang hari biasa (hari kerja).

Harga bagi semalam untuk Bilik Deluxe – Katil Twin adalah RM192 termasuk sarapan untuk 2 orang dewasa. Bagi harga sarapan kanak-kanak atas 4 tahun adalah RM20 seorang. Ha jangan lupa perlu deposit jugak sewaktu check in sebanyak RM200 tapi korang akan dapat balik sewaktu check out nanti.

Hotel Melaka Best Yang Sesuai Untuk Penginapan Keluarga

Sarapan nya pula pun agak menarik. Menu yang disediakan jugak tak lah terlalu sedikit, risau jugak asalnya sebab hari biasa kan. Tapi bestnya macam-macam juga menu yang ada. Antaranya Nasi Lemak, Rendang Ayam, Nasi Goreng, Mee Goreng, kuih-muih, kek, Laksa, Mee/Mihun Kari & Sup, Bubur Nasi, buah-buahan dan ada jugak bijirin untuk anak-anak.

See also  Anniversary ke3, Honeymoon Pulau Langkawi, Kedah Day 2- Island Hopping ( Fish Garden )

Berbaloi jugak lah kami ambil sarapan pagi di hotel, dan puas makan hihi Secara keseluruhan bagi Mamayanie, Moty Hotel ini sesuai untuk yang ada anak-anak kecil jugak dan 9/10 Mamayanie bagi untuk perkhidmatan disini.

Untuk tempahan bilik Mamayanie tak guna mana-mana website tau, Mamayanie terus hubungi melalui telefon ke hotel (direct call hotel). Dan Mamayanie tak buat tempahan awal, hari kejadian dah gerak dari rumah baru Mamayanie hubungi untuk tempahan hihi Disebabkan bukan cuti umum atau cuti sekolah ada lah kosong biliknya. Korang kalau nak menginap disini, lebih baik hubungi awal ok. hihi

Unutk maklumat lanjut:

Moty Hotel Melaka

Website: http://motyhotel.com/

Alamat: No. 42, Jalan PM6, Plaza Mahkota, 75000 Melaka

No Tel: 06-270 7888

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

1 Comment

1 Trackback / Pingback

  1. Where To Stay In Melaka: A Roundup Of The Best Hotels - MelakaCool

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*