Tips Untuk Ibu Hamil & Menyusu Berpuasa Dengan Lebih Bertenaga Dan Sihat

gambar dari carian google

Assalamualaikum w.b.t | Tips Untuk Puasa Kekal Cergas | Bila tiba bulan Ramadan pasti seluruh Umat Islam sangat teruja untuk melaluinya kerana ia salah satu bulan yang penuh barakah dan rebutan pahala buat kita jadikan bekalan dunia akhirat. Dalam keterujaan orang lain, pasti ada ibu hamil dan menyusu yang sedikit risau tentang kesihatan diri dan anak serta kandungannya. Entry kali ini Mamayanie nak kongsikan beberapa tips puasa ibu hamil dan menyusu agak kekal cergas dan sihat.

Tips Puasa Ibu Hamil dan Menyusu

Jika ada ibu hamil yang bercadang untuk berpuasa, di sini ada beberapa tips yang boleh korang amalkan dari segi corak pemakanan harian. Malah ianya juga tips yang boleh digunakan untuk semua dalam proses menjaga kesihatan atau sedikit sebanyak membantu menurunkan berat badan dalam bulan puasa.

Mamayanie dapat tips ini dari perkongsian dari beberapa bacaan dan dari Pn. Ruqayyah Muhd, Pegawai Dietetik dan juga penulis buku Diet Bukan Mitos dalam sesi perkongsian bertajuk ‘Puasa Tapi Tak Kurus-Kurus’ dianjurkan oleh Perpustakaan Tuanku Bainun UPSI.

Tajuk perkongsiannya sangat menarik dan input yang diberikan sangat sesuai juga buat ibu hamil dan menyusu amalkan untuk meneruskan ibadah puasa. Tapi diingatkan sekiranya ibu hamil ada tanda-tanda seperti:

  • Pening, pengsan, lemah atau letih.
  • Loya atau muntah yang teruk
  • Perhatikan perubahan ketara pada pergerakan bayi (bergerak, tendang atau kurang menendang). Ini bagi ibu hamil yang usia kandungannya melebihi 20 minggu.
  • Berasa sangat dahaga atau air kencing berwarna gelap, berbau kuat dan kuantitinya sedikit. Ini tanda dehidrasi
  • Berat badan tidak bertambah atau berkurangan
  • Rasa sakit seakan-akan sakit bersalin
  • Sakit kepala atau demam

Segera berbuka dan jangan memaksa diri. Dapatkan juga nasihat doktor yang lebih pakar.

See also  Kelas Belajar Buat Blog Wordpress
Tips Puasa Ibu Hamil dan Menyusu

Tips Puasa Ibu Hamil dan Menyusu

  1. Pilih makanan yang tinggi dengan serat – Harus diingatkan perlu menjaga porsi yang diambil. Tinggi serat dan sedap bagaimana pun, kuncinya adalah jumlah yang diambil. Contoh roti gandum, oatmeal, sayur-sayuran dan buah-buahan.
  2. Pilih jenis protein yang berkualiti tinggi – Protein bekalkan tenaga lebih lama berbanding karbohidrat, malah protein jugak boleh disimpan dalam badan lebih lama berbanding vitamin yang lain. Contoh isi ayam (chicken breast), daging lembu, telur, salmon, tuna & tempe.
  3. Pastikan setiap hidangan mempunyai fiber – Makanan yang mempunyai fiber yang tinggi membantu lagi untuk memberi tenaga sepanjang hari. Contoh brokoli, jagung, almond, buah epal dan sebagainya.
  4. Masukkan makanan berkalsium – Kalsium yang mencukupi juga bagus untuk ibu hamil bukan sahaja untuk bulan puasa tapi memang diperlukan oleh ibu hamil dan menyusu. Contoh susu, kurma, sesame seeds, yogurt, betik, kiwi.
  5. Amalkan makanan sunnah – Makanan sunnah juga mempunyai khasiat yang membantu ibu hamil dan menyusu menguatkan diri ketika berpuasa. Boleh amalkan pengambilan sekurang-kurangnya 3 biji kurma. Contoh terbaik adalah kurma, susu kambing.
  6. Elakkan minuman yang kafein – Minuman kafein sangat tak bagus untuk ibu hamil dan menyusukan, jadi sebaiknya elakkan pengambilannya terutamanya pada bulan puasa jugak.
  7. Minum banyak air kosong – Cukupkan pengambilan air kosong sepanjang tempoh selepas berbuka sehingga bersahur. Amalkan sekurangnya 8 gelas air kosong.
  8. Vitamin & suplement – Jangan tinggalkan pengambilan vitamin (asid folic/obimin & lain-lain) yang diperlukan terutamanya buat ibu hamil.

Dalam sesi yang Mamayanie join tu, ada tanya boleh ke ibu mengandung mengambil meal supplement ketika sahur. Katanya boleh tiada masalah tapi pastikan ianya secukup khasiat yang diperlukan. Boleh amalkan jugak meal suplement Slique Shake dari Young Living tapi pastikan dapat nasihat doktor terlebih dahulu.

See also  GROUPON WEBSITE SHOPPING MURAH

Apa pun untuk ibu hamil pastikan dapat nasihat doktor terlebih dahulu dan mengikut ketahanan diri dan jaga diri serta kandungan. Mamayanie pun ada pengalaman sewaktu Mamayanie mengandungkan Babyfh, ada hari yang perlu skip dulu puasa kerana kurang pergerakkan kandungan. Jadi jangan paksa diri untuk puasa tau bagi ibu hamil.

Buat ibu menyusu boleh tingkatkan pengambilan makanan semulajadi yang membantu untuk meningkatkan pemprosesan susu badan.

Semoga ianya sedikit sebanyak membantu para ibu hamil dan menyusukan bayi korang. Dan tidak terlambat untuk Mamayanie ucapkan selamat berpuasa sepanjang bulan Ramadan ini dengan penuh barakah dan dirahmati.

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*