Tips Elak Gastrik Ketika Puasa Bersama Lazz

Assalamualaikum w.b.t

Tiada Alasan Untuk Tidak Berpuasa | Gastrik antara penyakit yang korang jangan buat main-main tau. Pedih perut sakitnya jangan nak katalah kan, cuma ini bukan alasan untuk sesiapa yang mampu berpuasa untuk tidak berpuasa. Mamayanie nak kongsikan dengan korang antara tips untuk elakkan dari diserang gastrik dalam bulan puasa.

Mamayanie dapat tips elak gastrik ketika puasa yang dikongsikan oleh Lazz Susu Kambing dan ianya sangat bagus untuk diamalkan. Tips ini hanya membantu sedikit supaya kita tidak diserang gastrik sepanjang kita berpuasa. Yang penting setiap apa yang dilakukan bergantung pada pemakanan seseorang juga ye.

Tips Elak Gastrik Ketika Puasa

  • Tips elak gastrik ketika puasa yang penting adalah Sahur. Dan sahur pula waktunya menjelang waktu imsak. Elakkan bersahur pada waktu malam sebelum tidur. Lagipun sunnah jika kita lewat-lewatkan bersahur (jangan sampai masuk waktu subuh pulak ye)
  • Pastikan juga korang mengambil makan sahur secukupnya bukan hanya air kosong sahaja. Setidaknya ambil lah susu kambing dan kurma, Macam Mamayanie mudah ambil Lazz Susu Kambing Kurma, siap dah ada campuran kurma.
  • Puasa tidak menyebabkan gastrik tetapi berbuka berlebihan sehingga terlajak kenyang adalah antara punca gastrik menyerang. Berbukalah dengan kadar sederhana.
  • Elakkan pengambilan makanan yang berasid tinggi, berlemak, kafein dan bergas. Contoh cuka, air soda, teh dan sebagainya
  • Makanan karbohidrat seperti nasi memberi kekeyangan dalam tempoh 3-4 jam, Protein pula beri kenyang 5-6 jam dan makanan berasaskan serat memberi kenyang 7-9 jam. Oleh itu pilih makanan yang berserat tinggi dan mempunyai gizi yang lengkap. Antaranya seperti susu kambing+ kurma + oat.
See also  Trip Separuh Backpacker Bersama Ayden Averroes Travel
Tips Elak Gastrik Ketika Puasa

Lazz Susu Kambing Kurma Bantu Menahan Lapar Sepanjang Puasa

Dalam proses Mamayanie nak kurangkan berat badan ini, Mamayanie takut juga kalau gastrik menyerang sebab kita puasa dah menahan lapar lepas itu kurang pulak makan. Jadinya Mamayanie mengambil susu kambing untuk membantu memberi tenaga secukupnya sepanjang puasa, kekeyangan berpanjang sehingga 9 jam dan membantu mengelakkan dari diserang gastrik. Tambahan Mamayanie masih lagi menyusukan Babayfh, memang akan cepat rasa lapar.

Tips Elak Gastrik Ketika Puasa
Tips Elak Gastrik Ketika Puasa

Kalau korang buat carian di internet tentang pemakanan yang baik untuk diamalkan waktu bulan puasa supaya kurang rasa lapar antaranya makanan sunnah seperti susu kambing dan kurma. Ha sebab itu Mamayanie mengambilnya tapi dengan cara paling mudah untuk waktu sahur. Mamayanie amalkan Lazz Susu Kambing Kurma kerana ianya mempunyai campuran susu kambing dan kurma sekali. Ini paling mudah untuk korang bersahur tau, nak lagi kenyang tambahkan pula oat dalam 3 sudu untuk satu gelas.

Mamayanie kalau tak lalu sangat nak makan sahur,tapi wajib ambil segelas susu kambing Lazz. Alhamdulillah Mamayanei tahan lapar sepanjang siang hari berpuasa dan Mamayanie masih bertenaga untuk bersukan pada waktu petang dalam bulan puasa. Mamayanie dah cuba dulu sebelum bulan puasa, amalkan susu kambing kurma Lazz ni untuk berpuasa sunat. Berjaya tahan lapar dan masih bertenaga sepanjang siang hari.

Lagi pun nak dapatkan Lazz Susu Kambing Kurma ini senang dah tak perlu nak pergi kedai dan yang penting jimat. Sebab diorang ada agent yang akan membuat penghantaran terus ke rumah korang dan penghantaran percuma tau haha. Kalau korang nak beli pun senang buat pembelian secara online atau boleh whatsapp je nombor yang Mamayanie akan kongsikan dibawah. Lepas itu agent yang berdekatan dengan korang akan hubungi korang untuk membuat penghantaran dan bayar sewaktu dapat produk. Mudah sangat kan, dan paling penting jimat masa dan kos.

See also  Projek Raya Elle Zada x Shaheizy Sam Syatilla 2016
Tips Elak Gastrik Ketika Puasa

Macam Mamayanie dah biasa dengan agent Lazz Susu Kambing Tanjung Malim, Fizah orangnya. Setiap kali order mesti Fizah akan hantar tepat pada waktunya dan mudah sangat berurusan dengan Fizah. Terima kasih sebab sanggup hantar walaupun Mamayanie order sekotak jew. Kekadang siap dapat hadiah percuma ikhlas dari Fizah tau hihi

Untuk pengetahuan korang susu kambing ini bukan sahaja bagus untuk orang yang takut gastrik di bulan puasa malah ianya bagus juga untuk membantu perbanyakkan susu badan bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, macam Mamayanie hihi.

Jadi ibu-ibu jom berpuasa tanpa rasa takut bila menyusukan anak (lapar tau bila menyusukan anak ni hihi) kerana Lazz Susu Kambing membantu untuk memberi tenaga dan kurang rasa lapar sepanjang siang hari sewaktu berpuasa. Ikuti juga tips elak gastrik ketika puasa yang Mamayanie kongsikan ini tau, semoga kita dapat berpuasa dengan penuh bertenaga dan sihat.

Untuk maklumat lanjut:

Website :  www.lazzdelivery.com

Instagram : lazzsusukambinghq

Whatsapp untuk tempahan atau pertanyaan : wasap.my/60182777290

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com


1 Trackback / Pingback

  1. Tips Puasa Ibu Hamil dan Menyusu

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*