
Assalammualaikum w.b.t!
Kewajipan Bayar Zakat | Tiada alasan sekarang kalau kata tak nak bayar Zakat ye, lagi-lagi di bulan yang penuh barakah Ramadan ini. Wabak Covid bukan penghalang untuk tidak menunaikan Zakat tau. Dengan kerjasama antara Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan bank tempatan, pembayaran Zakat boleh dilakukan secara online perbankan. Lebih kepada cashless dan yang pastinya korang tak perlu keluar rumah untuk menunaikan kewajipan untuk membayar zakat.
Alhamdulillah tahun ini, Mamayanie dah ada orang yang bayarkan zakat fitrah. Tak sangka perjalanan hidup kita ini, pelbagai aturan yang Allah SWT telah tetapkan. Antara tanda syukur kita kepada Allah SWT adalah dengan menunaikan zakat selain ianya menjadi kewajipan.

Zakat Fitrah Hanya Di Bulan Ramadan
Sedikit perkongsian mengenai Zakat Fitrah. Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Zakat Fitrah berbeza dari Zakat harta dan Zakat yang kerana ia merupakan kewajipan ke atas individu-individu, sedangkan Zakat harta merupakan kewajipan kepada harta-harta yang dimiliki. Oleh sebab itu, tidak disyaratkan pada zakat fitrah seperti apa yang disyaratkan pada Zakat harta, seperti nisab, haul dan sebagainya.
Kadar Zakat Fitrah
Kadar yang diperlukan ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama negeri-negeri.
Waktu-waktu Menunaikan Zakat Fitrah:
- Waktu Wajib – Apabila terbenam matahari akhir Ramadan sehingga terbit matahari satu Syawal
- Waktu Afdal – Sebelum sembahyang hari raya
- Waktu Sunat – Sepanjang bulan Ramadan
- Waktu Makruh – Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal
- Waktu Haram – Selepas terbenam matahari satu Syawal
Zakat fitrah mestilah ditunaikan sebelum dari selesai solat sunat Aidilfitri. Jika ditunaikan selepasnya maka ia tidak lagi dikira Zakat Fitrah namun hanya dinilaikan seperti sedekah biasa. Kebiasaan kita membuat pembayaran Zakat melalui kaedah pembayaran ke kaunter samada di cawangan LZS, Pejabat Pos, Masjid & kaunter Bank.
Kini bagi memudahkan urusan pembayaran Zakat dilakukan, pihak Lembaga Zakat Selangor meluaskan lagi kaedah pembayaran Zakat antaranya secara eZAKAT pay, online channel, perbankan telefon, ewallet dan lagi mudah korang boleh gunakan online perbankan. Korang jangan risau ye, Zakat Fitrah ini jugak termasuk dalam katogori Zakat yang membolehkan pembayaran secara atas talian (online).

“Ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk); dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka. Dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Surah At-Taubah (ayat 103)“
Bayar Zakat Secara Cashless Dengan Perbankan Bank Rakyat
Pembayaran melalui kaedah ini terbuka kepada pembayar-pembayar yang mempunyai Akaun Simpanan atau Semasa dengan Agen Kutipan yang dilantik dan mendaftar sebagai pengguna kemudahan perbankan internet. Dimana bayar Zakat secara cashless ini boleh dibuat di hampir 10 bank yang dilantik, salah satu bank yang dilantik sebagai ejen kutipan yang menyediakan kemudahan ini adalah bank Rakyat.
Cara pembayaran secara online, korang boleh klik sahaja pada link https://fpx.zakatselangor.com.my/ atau boleh melalui laman sesawang bank Rakyat iaitu iRakyat. Pastikan korang ada akaun Bank Rakyat dan buat perbankan online tau.

Cara pembayaran Zakat Melalui Bank Rakyat:
- Layari iRakyat dan log masuk ke akaun korang (pastikan korang daftar perbankan online)
- Pilih “Payment” kemudian pilih “Zakat/Charity”
- Masukkan butiran yang diminta dan diruang Payee Type pilih “Lembaga Zakat Selangor”
- Lengkapkan butiran dan klik summit
- Klik “Request TAC” > Masukkan “TAC” > Klik “Confirm”
- Selesai.
Korang pastikan simpan resit pembayaran sebagai bukti tau.


Jom Zakat Cashless Lembaga Zakat Selangor
Sempena Kempen Pay Smart Stay Smart, Lembaga Zakat Selangor telah menganjurkan satu kempen yang dinamakan Jom Zakat Cashless. Dimana ianya bermula dari Tarikh 13 April sehingga 12 Mei 2021 bagi setiap pembayar zakat yang menggunakan kaedah pembayaran secara online atau pembayaran tanpa tunai. Alhamdulillah hadiah menarik menanti korang jugak tau.
Jadi tunggu apa lagi, jangan sampai terlupa bayar Zakat ye. Selamat berzakat semua, alhamdulillah.

Untuk maklumat lanjut:
Website: https://www.zakatselangor.com.my
Pembayaran Zakat: https://fpx.zakatselangor.com.my
Facebook: Zakat Selangor
Instagram: @zakat selangor
No. Telefon: 1 300 88 4343
Emel: maklumbalasaduan@zakatselangor.com.my
Till Next Entry ye!!!
terbaik. senang kan bayar zakat online sekarang