Taman Burung Kuala Lumpur Sesuai Untuk Keluarga

Rindu Nak Lepak Kuala Lumpur | Terasa lama sangat tak pergi Kuala Lumpur (KL), dulu rasanya setiap minggu pasti akan turun ke Kuala Lumpur. Last sekali Mamayanie turun Kuala Lumpur sewaktu lepas PKP 1.0, bawa Babyfh jalan-jalan melawat Taman Burung di Kuala Lumpur. Itulah pertama kali Mamayanie jejak kaki di Taman Burung Kuala Lumpur dan bercuti di Hotel Kuala Lumpur.

Tak sangka ada lokasi menarik yang boleh kita bawa keluarga di Kuala Lumpur. Biasa orang akan kata KL ini lokasi untuk pusat membeli-belah bagai kan, sebenarnya dekat Kuala Lumpur banyak sangat lokasi menarik yang korang boleh bawa keluarga dan bercuti. Bukan itu jew, korang jugak boleh rehatkan diri sekali sekala tidur di Hotel.

Bercuti di Hotel Kuala Lumpur

Dalam banyak-banyak benda yang semua orang rindu, especially kaki travel, mestilah travelling kan. Dulu sewaktu berdua dengan ensuami, rajin jugak tidur hotel in Kuala Lumpur, untuk rehatkan diri dan melihat suasana dan pemandangan Kuala Lumpur sewaktu malam. Cantik sangat pemandangan Kuala Lumpur yang dihiasi dengan kelipan lampu warna-warni.

Hasrat Mamayanie lepas PKP 2.0 ini nak bawa Babyfh tidur hotel in Kuala Lumpur untuk menikmati pemandangan keindahan ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Dan nak repeat balik bawa Babyfh pergi Taman Burung Kuala Lumpur tau.

Bercuti di Hotel Kuala Lumpur dan Melawat Taman Burung

Menarik di Kuala Lumpur

Antara lokasi menarik di Kuala Lumpur untuk bawa anak-anak adalah di Taman Burung Kuala Lumpur. Seronok sangat tengok gelagat Babyfh yang nampak berani tapi penakut nak pegang burung yang ada di Taman Burung Kuala Lumpur.

See also  [Hotel Review] Canada Hotel Hong Kong

Dekat sana, burung-burung situ sangat jinak dan ada yang dibebaskan berkeliaran dalam kawasan Taman Burung tu tau. Korang boleh sentuh tapi hati-hati lah jangan kasar-kasar, mau melompat burung tu nanti haha Paling tak boleh lupa burung putih tu, apa nama nya dok ikut Babayfh haha Apa lagi Babyfh tak keruan lah jadinya.

Dari Tanjung Malim lagi Babyfh excited kata nak tengok cit cit (refer pada burung), jenuh Mamayanie suruh dia sebut burung tapi nak jugak sebut citcit lebih kepada bunyi burung jew. hihi Dalam proses pembesaran anak, Mamayanie lebih suka bagi dia explore apa yang ada di sekeliling dia.

Bercuti di Hotel Kuala Lumpur dan Melawat Taman Burung
Bercuti di Hotel Kuala Lumpur dan Melawat Taman Burung

Taman Burung Kuala Lumpur

Taman Burung Kuala Lumpur ialah sebuah Taman Burung Malaysia yang dikatakan sebuah taman burung yang terbesar di rantau Asia Tenggara dengan merangkumi kawasan lembah menghijau. Terletak di Taman Tasik Kuala Lumpur yang tenang dan indah dan ianya hanya lebih 10 minit dari pusat bandar Kuala Lumpur. Ia merupakan rumah bagi lebih daripada 3.000 burung tempatan dan asing dari kira-kira 200 spesis yang berbeza.

Dengan luas sekitar 20.9 hektar kawasan lembah yang menghijau, taman ini terbahagi kepada 4 zon iaitu Zon 1 dan 2 membentuk zon penerbangan bebas, Zon 3 adalah Taman Kenyalang dan Zon 4 pula adalah tempat burung diletakkan di kandang dan kandang burung berasingan.

BACA: Zoo Negara

Bercuti di Hotel Kuala Lumpur dan Melawat Taman Burung
Bercuti di Hotel Kuala Lumpur dan Melawat Taman Burung
budak itu nak pegang tapi takut haha
Bercuti di Hotel Kuala Lumpur dan Melawat Taman Burung
Bercuti di Hotel Kuala Lumpur dan Melawat Taman Burung
Kena pulak dukung sebab dia takut nak jalan dah hihi

Perbezaan Taman Burung Kuala Lumpur

Apa yang membezakan Taman Burung Kuala Lumpur dengan taman burung yang adalah dari segi konsep utama yang diterapkan iaitu konsep penerbangan bebas untuk burung-burung yang ada didalam Taman Burung ini. Jadi kehidupan burung disini bebas untuk terbang dan bina habitat mereka sendiri.

See also  Beijing, China ~ Throwback story

Taman Burung Kuala Lumpur ini juga terletak berhampiran dengan Tasik Perdana dan di sekitar kawasan ini terdapat pelbagai pusat pelancongan lain seperti Taman Rama-Rama, Masjid Negara, Taman Bunga Raya, Balai Peringatan Tun Abdul Razak, Planetarium Negara dan lain-lain. Jadi kalau dapat bermalam di Kuala Lumpur boleh lah spend masa lebih untuk bawa keluarga tempat-tempat menarik yang lain di Kuala Lumpur.

Taman ini dibuka setiap hari dari jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang termasuk Cuti Umum & Cuti Sekolah. Harga tiket masuk jugak sangat berbaloi iaitu RM25 bagi dewasa dan kanak-kanak hanya RM12 sahaja.

Menarik Bercuti di Hotel Kuala Lumpur

Alhamdulillah semakin besar anak mama, tahun ini dia kini berusia 3 tahun, itu yang excited nak bawa di bercuti dan rehat dekat hotel in Kuala Lumpur. Dapat tengok kesibukan kota, tren LRT bergerak (ha itu paling dia suka, keteapi katanya) hihi dan dapat tidur hotel jugak. Bagi dia rasai apa yang Mamayanie rasai dulu, suka jalan-jalan, suka travel, suka tidur hotel dan banyak lagi hihi

Sebelum tu, sekarang ni Mamayanie tengah tengok-tengok review dan tengah google je hotel in Kuala Lumpur nak buat pilihan dan perbandingan hotel yang best dekat Kuala Lumpur dengan harga yang berbaloi. Sebab banyak sangat hotel dekat Kuala Lumpur ni, yelah kalau tak caya, cuba korang taip hotel in Kuala Lumpur, banyak tak banyak pilihan kan. Salah satu website yang Mamayanie paling suka usha atau lihat adalah website Traveloka. Dari segi perbandingan harga dan perkhidmatan hotel memang menarik. Senang sangat untuk kita buat pilihan yang bersesuaian.

Lepas PKP 2.0 ini harap dapatlah Mamayanie bawa Babyfh bercuti walaupun tak sampai 1jam pun perjalanan tapi janji masa kami dapat luangkan bersama dan boleh honeymoon sekali .hihi Semoga wabak Covid-19 cepat kes menurun dan dihapuskan wabak ini oleh Allah SWT, insya-Allah Aamiin ya rabbal alamin.

See also  Aktiviti Menarik di Cameron Highlands

yanieyusuf.com

15 Comments

  1. thanks so much for sharing about this bird park, if not because of current covid19 situation, I would like to bring my little niece for an educational visit 😀 Will sure bring her when things get more stable then. cheers, siennylovesdrawing

1 Trackback / Pingback

  1. Kuala Lumpur Pilihan Percutian Selepas PKP

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*