Assalamualaikum w.b.t
Manfaat Daun Sirih | Mungkin remaja zaman sekarang tak terdedah dengan zaman kegemilangan daun Sirih dulu-dulu. Kalau dulu balik kampung mesti korang akan nampak nenek-nenek makan daun sirih kan sambil duduk bersembang. Sekarang tak ada dah buat cam tu, kebanyakkan kita nak sembang-sembang ajak pergi ke cafe. hihi
Daun Sirih banyak khasiat nya terutama untuk wanita dari segi kesihatan dalaman dan luaran. Ianya merupakan antara petua tradisional yang sangat terkenal tau. Salah satu manfaat yang cukup terkenal dari daun sirih ialah kesannya yang sangat bagus pada wanita, terutama air rebusan daun sirih dipercayai dapat digunakan untuk mengatasi pelbagai masalah wanita. Daun sirih ini memiliki pelbagai kandungan penting seperti pelembab semulajadi, mineral, vitamin, antioksidan serta antiseptik.
Sirih atau nama saintifiknya Piper betle, merujuk kepada dauh sirih yang diambil dari pokok Sirih, sejenis pokok menjalar, yang merupakan satu bahan penting dalam kebudayaan Melayu. Pokok ini berasal dari Malaysia dan kini boleh turut dijumpai di India, Indonesia dan Sri Lanka. – https://ms.wikipedia.org/wiki/Sirih
Mamayanie nak kongsikan bebarapa petua yang berasaskan dari daun Sirih yang mampu memberi khasiat buat korang terutamanya bagi wanita.
Air Rebusan Daun Sirih Bersama Akar
Ianya sangat sesuai untuk wanita yang mempunyai masalah dalam terutama dibahagian missV. Untuk petua ini, Mamayanie dapat dari Mak Mertua Mamayanie. Air rebusan sirih ini sangat bagus untuk yang mempunyai masalah dalaman wanita, antaranya ia bermanfaat untuk:
- mengurangkan keputihan
- melancarkan haid
- mengurangkan rasa sengugut
Sediakan 3 – 5 helai daun sirih dan akar yang telah dibasuh dengan bersih. Rebus daun sirih bersama akar tersebut sehingga mendidih. Selepas mendidih, biarkan ianya suam dan boleh diminum 1 cawan pagi dan 1 cawan malam atau boleh juga diminum pada waktu pagi sahaja (sekali sehari).
Air Rebusan Daun Sirih Sahaja
Bagi yang tak dapat sekali dengan akar, korang pun boleh gunakan daun sirih sahaja. Ianya juga bagus untuk masalah yang Mamayanie sebutkan diatas. Malah jika air rebusan daun Sirih sahaja juga boleh dijadikan sebagai pencuci missV. Ini kerana daun sirih mengandungi minyak atsiri, anti septik semulajadi serta anti mikroba yang dapat membasmi kuman dan bakteri penyebab keputihan tak normal.
Ianya dapat membantu mengurangkan keputihan yang tidak normal dan kegatalan pada missV.
Sediakan 5-10 helai daun sirih yang telah dicuci bersih dan direbus dalam 500ml air. Selepas mendidih, biarkan ianya suam atau suhu bilik. Tapis dan boleh digunakan untuk pengganti pencuci missV.
Air Rebusan Daun Sirih dan Bunga Cengkih
Selain fungsi bunga cengkih untuk menambahkan aroma dalam air rebusan, ianya juga bagus untuk badan. Gabungan daun sirih dan bunga cengkih membantu dalam mengurangkan sakit-sakit urat, sengal-sengal badan dan menghilangkan bau badan. Air rebusan ini seeloknya diamalkan setiap seminggu ke 10 hari sekali.
Sediakan 3 – 5 helai daun sirih yang telah dibersihkan rebus bersama 3 gelas air. Direbus sehingga menjadi segelas air sahaja. Selepas itu dibiarkan sehingga suam baru diminum.
Daun Sirih Untuk Menghilangkan Bau Badan
Selain korang rebus daun sirih tadi, daun nya sahaja pun boleh membantu korang menghilangkan bau badan. Hanya ambil 2-3 helai sahaja untuk digosok seluruh badan. Ala-ala gosok seperti korang pakai sabun, tetapi pastikan daun sirih telah dibersihkan terlebih dahulu.
Malah antara kelebihan selain dari menghilangkan bau bsdan, aroma dari daun sirih tadi dapat menyegarkan badan korang. Ini boleh dibuat dalam 3 hari sekali dan bergantung kepada keselesaan korang.
Banyak lagi khasiat yang korang boleh dapat daripada daun sirih tau. Pokok-pokok herba ini sebenarnya mempunyai khasiat semulajadi untuk kesihatan dalaman dan luaran. Tak salahkan sekali sekala kita amalkan petua tradisional untuk mendapat badan yang segar dan sihat.
Apa pun ianya bergantung pada badan dan tahap kesihatan masing-masing, jika tidak serasi jangan teruskan tau. Mungkin boleh dapatkan nasihat daripada doktor. Bagi Mamayanie sekarang amalkan minum air rebus daun sirih sahaja untuk kesihatan dalaman dan luaran. Mamayanie amalkan pagi segelas dan malam segelas berturut selama 3 hari, kemudian ambil sekali sehari. Alhamdulilah ianya memberi kesegaran pada badan dari tak bermaya. ok selamat mencuba!
Till Next Entry ye!!!
Alang-alang itu Mamayanie nak ajak korang mana yang nak tambahkan pendapatan keluarga tetapi tak tahu nak mula dari mana dengan modal yang kecil. Boleh hubungi Mamayanie ye, insya-Allah kami team #NorwexMax akan bantu. Paling penting korang ada usaha, rajin dan tidak putus asa.
Whatsapp: https://norwexyanie.wasap.my/
Boleh follow Mamayanie di https://www.instagram.com/norwex.byyanie/
Wow! I didn’t know that daun sirih has so many benefits for the ladies and women especially those who are on period. I thought people only chew on them.
Kalau di Indonesia memang selalu dengar sirih dibuat jamu, campur dengan kunyit, kencur, dsb. Sayang sumber yang ada kalau kita tak manfaatkan.
Teringat perkongsian Salamiah Hasan yg hari2 minum air rebusan serai dgn apa ntah utk jg badan. Bahan herba ada better buat sendiri dan terjamin. Produk moden mesti ada bahan kimia kan.
banyak khasiat sirih ni tapi susah nak jumpa dekat area bandar ni. Tak ada yang tanam ataupun jual macam dekat area kampung
banyak khasiat daun sirih ni kan. tapi kat bandar ni kemain susah nak cari.
Memang banyak khasiat daun sirih ni yang kebanyakan anak muda sekarang tak tahu kan. Good job sharing pasal info khasiat daun sirih nie
daun sirih memang banyak khasiatnya. teringat dulu2 tok nenek saya selalu mengunyah daun sirih ni hehe 🙂
kat rumah mak kat kampung ada banyak pokok sirih ni..dulu2 arwah nenek suka makan sirih dengan pinang..kadang2 kalau ada luka kecil atau demam, mak akan layur sirih atas api sebelum letak pada luka dan dahi…
Banyak kelebihan daun sireh ni sebenarnya kan. Dari segi perubatan traditional pun banyak yg gunakan nya
Ini kalau dulu laaa masa arwah atuk ada, waktu bersalin memang tak tinggal daun sireh ni , asyiklah buatkan air untuk mencebuk.. bagus katanya..
This is indeed an interesting article with so many useful info about daun sirih. never knew they’re so good for health!
arwah nenek khai pun dulu suka makan sirih sejak dia muda. ingat lagi dlu masa kecik-kecik kena cari sirih , pegi petik minta dekat orang. sekarang tinggal kenangan je. memang banyak khasiatnya daun ni
Daun sireh skrg susah nak cari, daun sireh jgk blh hilangkan sakit mata, utk minuman jamu byk lg
sirih merupakan tanaman wajib ada di rumah pada zaman dulu-dulu.. sekarang susah nak jumpa sireh.. tq bagi idea untuk saya tanam sireh pula..
daun sireh ni banyak yang hampir serupa seperti kaduk, pokok lada dan sacha inchi.. pada pengamatan sayalah..
betul !!!!!!!! daun sireh memang banyak khasiat untuk kecantikan dan kesihatan.. hee~ ingat dulu masa dalam pantang kedua-dua anakanda, mak bidan suruh mandi air ramasan daun sireh.. nanti daun tu tu gosok lah kat kulit badan.. segar !!
Dulu membesar di tamu bersama nenek..rasanya daun ni yang mereka kunyah time ada kelapangan…
Betul tu! Daun sirih ni mmg byk manfaatnya sebab tu org dulu2 terutama wanita mmg amalkan guna daun sirih
Memang betul banyak khasiat. Dulu pernah kena bisul pun mak guna daun sirih ni je terus baik
sebab tu org2 tua suka tanam sirih ni walau bukan tuk makan tapi banyak khasiat lain tk perubatan kan