Assalamualaikum w.b.t | Percutian Pilihan Selepas Dibenarkan Untuk Rentas Negeri | Kuala Lumpur pilihan percutian selepas PKP ditamatkan, setelah diumumkan oleh Kerajaan bahawa dibenarkan merentas negeri. Kini Malaysia berada dalam fasa 3 dan 4, fasa pemulihan teruatamanya bagi sektor pelancongan.
Yeahh teruja sangat bila Kerajaan umumkan boleh rentas negeri tetapi dengan syarat lengkap vaksinasi tau. Tak sabar nak nak bawa Babyfh bercuti luar dari Perak pulak. Korang nak kemana? Bagi Mamayanie Kuala Lumpur pilihan percutian selepas pkp ni, dah tak sabar nak bercuti kan? Mamayanie terus check out a few hotel in Kuala Lumpur, banyak sangat pilihan hotel dengan harga yang sangat berbaloi.
Kuala Lumpur Pilihan Percutian
Scott Hotel KL Sentral
Dah lama Mamayanie nak menginap di Scott Hotel KL Sentral tau, disebabkan oleh rekabentuk bangunan dia yang klasik di tengah-tengah bandar yang penuh dengan bangunan pencakar langit. Lebih menarik lagi, hotel ini tawarkan rate untuk bermalam yang sangat murah dan berbaloi kerana lokasi yang strategik.
Rate untuk 1 malam korang boleh dapat dalam RM90 untuk standard single tau. Disebabkan keluarga Mamyanie 3 orang je, Mamayanie ambil bilik deluxe queen dengan rate hanya RM120 semalam. Bukan hanya harga yang murah malah, bilik hotel juga sangat selesa, bersih dan lengkap.
Antara kemudahan dalam bilik yang disediakan :
- Katil yang selesa dan bersih
- Desk yang luas
- Hairdryer
- In-room safe
- Minibar lengkap ada teh & coffee
- Shower
- Television
- Iron & iron board
- Free wifi
Paling teruja bila masuk bilik hotel adalah Babyfh tau. Seronok sangat sebab pemandangan bilik kami ada landasan lrt tau. Dia memang suka sangat tengok tren @ keretapi. Dia boleh duduk dekat tingkap nak tengok tren je lalu. Bagi Mamayanie tiada yang lebih bahagia bila melihat anak kita gembira.
Menarik Di Kuala Lumpur
Sebelum ini Mamanie dah pernah bawa Babyfh ke Taman Burung Kuala Lumpur, kali ini kami bawa ke tempat-tempat bersejarah pulak. Mamayanie sendiri pun lama dah tak pergi lokasi bersejarah dekat Kualau Lumpur.
- LePark Food Truck
Untuk makan malam pula kami sempat jugak singgah makan malam dekat LePark yang berkonsepkan Food Truck di tengah-tengah bandar. Berdekatan dengan KLCC & Pavilion. Suasana malam dia sangat cantik dengan keindahan lampu-lampu yang dikelilingi dengan bangunan Kuala Lumpur.
Mamayanie suka sangat bila makan konsep food truck ini sebab lebih kepada layan diri dan kebersihan juga terjaga. Disebabkan penggunaan pinggan pakai buang dan jangan risau tempatnya mematuhi SOP dan teratur.
- Kuala Lumpur City Centre (KLCC)
Selepas makan malam di LePark, kami terus ke KLCC. Tapi kami tak masuk, hanya mengambil angin diluar KLCC kawasan Taman KLCC. Sewaktu kami sampai memang tepat pada masa untuk persembahan air pancut bermuzik. Sangat cantik pemandangan malam tu dan indah. Dapat jugak lah lepas rindu suasan kota kan. hihi
Kalau tanya ramai orang ke tak? mesti lah ramai tapi alhamdulillah masing-masing ikut SOP dan kami duduk pun hujung. Jadi agak selesa dan bersesak. Tapi kami tak lama, selepas persembahan kami terus pulang ke hotel.
- Dataran Merdeka Kuala Lumpur
Aktiviti siang pulak, selepas kami check out terus kami ke Dataran Merdeka. Disini memang lapang sebab tengahri pun kami pergi. Panas orang tak ramai nak kunjung, tetapi seronok lah ambil gambar. Adik ada bagitahu yang kalu petang seronok disini, memang dijadikan tempat riadah warga kota.
- Tugu Negara
Satu lagi lokasi untuk riadah sekeluarga. Dekat luar Tugu Negara terdapat taman yang mana korang boleh santai berkelah dengan keluarga. Waktu kami sampai tu, ramai jugak yang berkelah santai. Tapi semua jauh-jauh, jangan risau. Sekarang semua dah tahu SOP dengan norma baru ini.
Tugu Ngera atau sebenarnya ianya adalah Tugu Peringatan Negara. Ia telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen. Lama betul rasa tak pergi Tugu Negara ini dan ianya merupakan salah satu lokasi wajib bergambar.
Walaupun percutian singkat ke Kuala Lumpur tapi sangat bermakna untuk kami sekeluarga. Agaknya kemana percutian selepas ini ye? Mamayanie bercadang nak ke Langkawi pulak. Katanya The Datai Langkawi salah satu lagi tempat penginapan yang menarik untuk plan bercuti lepas ni.
Pemandangan dan resort The Datai Langkawi sangat cantik dan nyaman je tengok tau. Tambahan pulak tiket kapal terbang pun sekarang agak murah nak ke Langkawi dari Kuala Lumpur. Apa-apa pun jangan lupa buat swab test kendiri dulu ye sebelum dan selepas bercuti dan jaga SOP sekeluarga.
Till Next Entry ye!!!
jalan² kat KL pun syok gak… bnyak tempat best. lagi² kalau semua duk pakat dah balik kg . lengang sikit KL ni…hehehehe
hahha kak azni memula PKP Lifted . terus booked Traders .. masa tu tak boleh rentas negeri lagi. lepas gian tidor hotel
Tak sabar nak pergi bercuti hujung tahun niii di kl
Thanks for sharing
The night climate is exceptionally lovely with the excellence of the lights encompassed by Kuala Lumpur structures.
My analysis is that the recovery phase for the tourism sector has entered its initial stages since the government announced the abolition of PKP across the state.
thank you for nice information
Now you can get discounted vouchers and coupons easily by Wadav.de
Thank for the information, please visit
VisitUs
How do you handle user feedback and comments on your site?