PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN | COVID-19

Assalamualaikum w.b.t

Wabah COVID-19 | Allahuakbar, itu yang mampu keluar dari mulut Mamayanie bila tahu mengenai wabah di masuk dalam Malaysia. Itu yang dibimbangkan bila ada satu kes ianya akan merebak. Tak sangka begitu cepat wabah ini merebak, tetapi tahniah dan terima kasih buat kerajaan dan para petugas yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam membendung wabak ini.

Dari 26 kes, dalam gelombang wabak kedua terus meningkatkan ianya menjadi hampir 550 kes di Malaysia. Kebanyakan kes gelombang kedua ini adalah dari kes kluster yang sama. Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia masih lagi bergiat dalam pengesanan individu yang disah positif masih berjalan bagi membendung daripada terus merebak.

Perintah Kawalan Pergerakan Bagi Mengawal Wabak COVID-19
Laporan Malaysia setakat 16 Mac 2020 

Perintah Kawalan Pergerakan Bagi Mengawal Wabak COVID-19

Langkah Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengawal wabak COVID-19 ini telah diambil oleh Malaysia supaya wabak ini dapat dibendung dari terus berleluasa. Ianya telah disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’ Hj Muhyiddin Bin Hj Mohd Yassin semalam dalam siaran langsung satu perutusan khas COVID-19. Alhamdulillah bagi Mamayanie ini langkah yang sangat baik untuk kita bendung lagi dari wabak terus merbak tetapi paling utama sebanrnya adalah langkah yang perlu diambil oleh setiap individu itu sendiri.

Ini adalah “perintah kawalan pergerakkan” dan bukan “perintah berkurung”. Ini adalah salah satu strategi penting negara untuk membendung penularan wabak COVID-19. Dengan menghadkan pergerakkan orang ramai, pendedahan kepada penyakit berkurang dan ini seterusnya akan menghadkan transmisi penyakit COVID-19.

“PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN”

1. Larangan menyeluruh pergerakkan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit and kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

See also  Aktiviti Sukan Air Di Bali Indonesia

2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.

3. Sekatan kemasukkan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.

4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta.

5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi, awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.

6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali uang terlibat dalam perkhidmatan penting negara (essential services).

Perintah Kawalan Pergerakan Bagi Mengawal Wabak COVID-19
Perintah Kawalan Pergerakan Bagi Mengawal Wabak COVID-19

Kerajaan dan pihak yang terlibat telah memberikan yang terbaik dalam menangani masalah ini, jadi kita sebagai rakyat dan manusia yang mempunyai pertimbangan perlu bersama dalam membendung masalah ini. Secara kasarnya, korang kena lah patuhi apa yang disarankan oleh kerajaan. Tolong jangan pentingkan diri sendiri, cuba hindari diri dan keluarga dari keluar ke tempat awam yang ramai. Terutamanya buat keluarga yang ada anak kecil, jangan bawa anak-anak ke tempat awam seperti pasaraya. Sekarang ini, kebanyakkan pasaraya memang penuh orang untuk membeli barang. Jadi mak-mak dan ayah-ayah kalau boleh jangan bawa anak kecil bersama ke pasaraya ye. Ini ada yang bawa baby lagi pergi pasaraya semalam untuk beli barang, dengan penuh orang awam yang lain.

Lagi satu tak salah kalau korang pergi beli barang seorang kan, tak perlu bawa satu keluarga. Maksud Mamayanie kurangkan ahli keluarga dari keluar ke pasaraya bersama. Cukuplah mak atau ayah yang wakil belikan barang, lebih kurang gitu lah. Lagi satu beli barang dengan banyak tak salah tapi belilah secara berpada dan jangan terlampau borong sehingga korang akan membawa kepada pembaziran. Bawa bertenang dan jangan panik! Ini adalah perintah mengawal pergerakkan sahaja, korang masih lagi boleh keluar untuk membeli keperluan (bila perlu sahaja).

See also  Hormon wanita

Satu pesanan Mamayanie tolong jangan ”panic buying” sehingga bawa satu keluarga ke pasaraya. Sama-sama kita jaga kebersihan, jaga pergerakkan kita dan patuhi arahan yang dikeluarkan. Perintah yang dikeluarkan ini juga bukan untuk korang dapat cuti ber ‘holiday‘ tau, kekal duduk dirumah untuk mengelak dari wabak berleluasa ye. Semoga kita semua dilindungi dan dijauhi dari wabak penyakit berjangkit, Aamiin ya rabbal ‘alamin.

Sebarang pertanyaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, boleh menghubungi:

Pusat Pengurusan Operasi Negara

Talian hotline 03-88882010 bermula jam 12 tengah hari esok. (17 Mac 2020)

Facebook: Kementerian Kesihatan Malaysia

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*