Kelebihan Eyeshadow Stick | Obsess Cosmetics

Assalamualaikum w.b.t

Eyeshadow Stick VS Eyeshadow Palette | Eyeshadow merupakan salah satu keperluan kosmetic yang berfungsi untuk mencantikkan lagi bahagian mata. Eyeshodow biasanya kita tahu ianya dalam bentuk pallet, tetapi kini telah disediakan dalam bentuk stick. Kedua-duanya ada kelebihan dan kekurangan tetapi kali ini Mamayanie nak kongsikan dengan korang kelebihan eyeshadow stick.

Obsess Cosmetics Jenama Kosmetik Tempatan

Mamayanie listkan kelebihan eyeshadow stick ini berdasarkan pengalaman Mamayanie menggunakan eyeshadow stick yang dikeluarkan oleh jenama tempatan yang berkualiti iaitu Obsess Cosmetics. Mungkin ada setengah korang pernah dengar tentang produk Obsess Cosmetics ini kan. Takpe Mamayanie kongsikan sedikit tentang Obsess Cosmetics ye. Ianya merupakan salah satu jenama keluaran Malaysia dan anak tempatan yang diusahakan oleh pengasasnya iaitu Hafizatul Atikah. Obsess telah bertapa dipasaran Malaysia sejak 5tahun yang lepas dan kini telah melebarkan sayapnya ke pasaran luar seperti Thailand, Brunei, Indonesia dan Singapore.

Kelebihan Eyeshadow Stick Obsess Cosmetics Malaysia
Pengasas Obsess Cosmetics iaitu Hafizatul Atikah

Obsess Cosmetics telah bertapak di Jerantut Pahang dan kini membuka HQ kedua mereka di Shah Alam dibawah rakan kongsi perniagaanya, iaitu Syiera Lotfee. Mempunyai hampir 5000 orang agent dari seluruh kawasan, termasuklah Mamayanie yang merupakan senior agent Obsess Cosmetics. Alhamdulillah, korang yang nak dapatkan produk Obsess Cosmetics boleh wasap Mamayanie dan sangat dialu-alukan bagi yang nak cari peluang jana pendapatan jugak bersama. Sempat iklan lagi ini untuk korang hihi

Kelebihan Eyeshadow Stick Obsess Cosmetics Malaysia

  • Packaging yang berbentuk pen
  • Sesuai untuk Beginner makeup & Ibu-ibu
  • Creamy texture
  • Warna yang Lebih pigmented
  • Longlasting
  • Eyeshadow tak berdebu – Tidak mudah pecah
  • Mesra poket – letak je dalam beg kecil pun boleh
  • Jimat masa – 2 minit je pakai, seminit sapu, seminit blend
  • Suami tak marah lagi – Takda lagi dengar suami cakap “Yang, lambat lagi ke nak siap?”
  • Bentuk ‘water drop’ memudahkan pakai dibawah mata juga
See also  [Review KITSUI]: Stemcell MixBerries Merawat Secara Semulajadi

Warna Eyeshadow Stick Obsess Cosmetics

Mempunyai 4 warna yang berbeza dan 2 darinya adalah material shimmer dan 2 lagi adalah material matte.

  • M & M (brown – matte)
  • Stardust (rose gold – matte)
  • Magnum (shimmer)
  • Kitkat (shimmer)

Ini adalah kelebihan kenapa Mamayanie suka dengan eyeshadow stick berbanding dengan eyeshadow palette. Tetapi kekurangan adalah eyeshadow stick hanya disediakan dalam 1 warna sahaja, kalau korang nak warna lebih kenalah beli 4 warna yang disediakan tetapi masih lagi memudahkan untuk korang. Ianya sesuai juga untuk yang suka travel kerana senang dibawa dan warna yang disediakan adalah warna natural sesuai untuk semua peringkat umur. Jadi pilihan ditangan korang yang mana menjadi pilihan eyeshadow korang.

Untuk maklumat lanjut

Obsess Cosmetics Malaysia

Pembelian: https://obsesscosmeticsbyyanie.wasap.my

Instagram: Obsessyanie

Facebook: Dreams Obsess Beauty

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*