Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash Pilihan Babyfh

Assalamualaikum w.b.t

Cetaphil Untuk Baby | Mamayanie seorang yang cerewet tau dalam pemilihan produk terutamanya untuk Babyfh, Sebab itu Mamayanie pilih produk Cetaphil tau. Yelah inilah hero pertama Mamayanie setelah hampir 7 tahun Mamayanie menunggu kehadiran dia dalam hidup Mamayanie. Jadi produk untuk keperluan Babyfh pun Mamayanie akan pilih yang terbaik jugak.

Semua ibu atau mama pasti nak yang terbaik buat anaknya, sama juga macam Mamayanie. Nak yang terbaik untuk Babyfh supaya dia dapat yang terbaik sepanjang hidup dia, Insya-Allah. Bab paling cerewat buat Mamayanie adalah pemilihan produk keperluan. Contoh produk keperluan yang Mamayanie titikberatkan seperti sabun mandi, sabun basuh kain, dan minyak atau ubat luaran.

Sabun Mandian Baby Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash

Ini sebab ianya melibatkan bahan-bahan yang kita tak tau sesuai dengan kulit baby atau tidak terutamanya sabun mandian. Sebelum Babyfh lahir lagi Mamayanie dah buat carian tentang produk yang sangat sesuai untuk kulit baby khususnya. Akhirnya jenama Cetaphil jadi pilihan Mamayanie, sebabnya Mamayanie memang pengguna pencuci muka dari Cetaphil. hihi Serius memang sangat bagus untuk Mamayanie dan jerawat pun takut nak naik tau. Sebab tu Mamayanie yakin dengan jenama Cetaphil.

Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash

Kenapa Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash

Banyak sebenarnya produk dipasaran yang menjual produk berasaskan baby tetapi yang penting korang sebagai Mama perlu bijak dalam membuat pemilihan produk sabun khususnya untuk kulit Baby korang. Terutamanya untuk delicate skin Baby korang.

Sabun Mandian Baby Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash adalah pH balanced soap-free formula yang mengandungi moisturiser dengan aloe vera. Disebabkan ada moisturiser yang membuatkan Mamayanie suka dengan Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash ini, dah siap-siap dalam sabun mandian Babyfh. Mamayanie pun suka jugak pakai, kekadang curi-curi pakai jugak sabun mandian Babyfh haha Kulit akan lebih lembut dan wangi sangat tau.

See also  Separuh Hartaku Hilang
Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash

Selain itu, kenapa Mamayanie pilih mandian Cetaphil Baby adalah kerana:

  • Pediatrician recommended – Hampir 200 dermatologists dan pediatrician di German menyokongnya dan telah diuji.
  • 0% Paraben – Ianya tidak ada paraben tau, dimana paraben adalah bahan pengawet sintetik yang terdapat di banyak produk penjagaan kulit untuk bayi dan orang dewasa.
  • Tear free – Paling best sangat ianya tidak akan memedihkan mata Baby korang. Bila mandikan Babyfh biasalah tak mahu duduk diam, bila sabun kekadang risau terkena mata dia. Nasib baik ianya tidak pedihkan mata Babyfh tau.
  • 1/3 moisturiser dengan aloe vera dan almond oil – Diperkayakan dengan kebaikkan aloe vera dan almond ol membuatkan kulit lebih lembut dan halus.
  • Hypoallergenic – Cetaphil baby moisturising bath & wash telah diuji menjadi hypoallergenic, bermakna ia berpotensi rendah untuk menyebabkan reaksi allergic pada kulit Baby yang sangat sensetif.

Best part lagi ianya senang untuk dibawa travel tau, sebab Mamayanie pun boleh tumpang guna sekali haha. Almaklumlah bila berjalan dan terdedah persekitaran luar, faktor penjagaan memang perlu ditekankan.

Mamayanie kongsikan dengan korang yang mana nak buat pembelian kat farmasi maca, Watsons ke Guardian ataupun secara online boleh try link Shopee atau Lazada ni:

Shopee : http://bdj.bz/CETBabyShopee

Lazada : http://bdj.bz/CETBabyLaz

Bagi Mamayanie buat pilihan yang tepat dalam pemilihan sabun mandian untuk Baby. Kalau salah guna produk boleh menyebabkan kulit Baby gatal, kemerahan, iirtation, kering dan boleh menyebabkan ruam kulit. Mamayanie sangat syorkan untuk mama, ibu atau Mak yang bakal dan mempunyai anak kecil untuk gunakan produk Cetaphil. Buat masa sekarang Babyfh gunakan alhamdulillah sangat baik sebab Cetaphil Baby mengelakkan irritasi, dan jadikan kulitnya lebih lembut.

See also  Babyfh Suka Makan Makanan Barat? | Floyds Kitchen

Untuk maklumat lanjut:

Website : https://www.cetaphil.com.my/products/baby

Facebook : https://www.facebook.com/cetaphilmalaysia/

Instagram : https://www.instagram.com/cetaphilmy/

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*