Assalamualaikum w.b.t

Memudahkan Tuntutan Agama | Salah satu tuntutan dalam agama buat kaum Hawa adalah menutup aurat, ianya termasuklah menutup rambut termasuk leher dan sekelilingnya. Dengan Instant Shawl By Miracle Caliph Exclusive tiada alasan dah kalau nak kata susah pakai tudung, tak sempat nak pakai tudung, atau tak reti nak pakai tudung kerana Instant Shawl By Miracle Caliph Exclusive ada jawapannya.

Kalau korang tengok dekat pasaran banyak sangat jenis tudung dijual, samada ianya mampu memenuhi syarat syariat atau hanya sebagai trend. Tapi Mamayanie nak kongsikan dengan korang, tudung yang mampu memenuhi syarat syariat (islamic compliments) sekali gus kelihatan lebih trendy. Instant shawl by Miracle Caliph Exclusive salah satu instant yang Mamayanie sangat rekemen untuk korang. Kalau korang nak tahu Miracle Caliph ini antara jenama yang mengeluarkan pakaian sekolah yang bermutu tau. Kini mereka telah mengeluarkan koleksi tudung dibawah label Miracle Caliph Exclusive.

Lebih Style Instant Shawl By Miracle Caliph Exclusive

Instant Shawl By Miracle Caliph

10 Sebab Pemilihan Instant Shawl By Miracle Caliph Exclusive :

1. Shawl jenis instant

Ianya merupakan shawl yang telah direka untuk pakai secara instant atau segera. Hanya perlu sarungkan sahaja, korang akan kelihatan pakai gaya shawl. Tetapinya bukan tudung sarung tau.

2. Labuh

Panjang shawl adalah 2 meter dan ianya mampu untuk menutup bahagian dada dan belakang dengan selamat dan kemas.

3. Material yang tidak perlu digosok

Material yang digunakan adalah material moss crepe emboss. Ianya tidak perlu digosok kerana tidak kelihatan berkedut seribu hihi

4. Boleh digayakan pelbagai style

Ianya boleh digayakan sekurang-kurangnya 4 style tau, korang boleh tengok video dibawah.

5. Mudah digayakan

Hanya perlu sarung sahaja danakan terletak dengan baik di muka.

6. Boleh dibasuh dengan mesin

Ini Mamayanie selalu guna sebab malas basuh pakai tangan tapi masih dalam keadaan baik dan kualiti jahitannya.

7. Senang dibentuk

Jahitan tepi memudahkan korang pakai dan ianya akan ikut raut wajah serta senang dibentuk. Ianya lebih kemas kerana jahitan tepi yang sangat teliti.

8. Pinless

Ini bagus jugak untuk mak-mak yang mempunyai anak kecil. Tak perlu banyak pakai pin sebab ianya telah dijahit untuk cantuman shawl. Tak ada lah kes anak terkena pin bila mendukung mereka.

9. Jimat masa

Semestinya, sebab bila dah tak perlu gosok dan hanya satungkan je, mau tak jimat masa kan. haha.. Bab ini Mamayanie suka kalau kelang kabut nak pergi kerja awal pagi.

10. Tidak jarang

Tak perlu pakai inner neck tau untuk menutup leher kerana material kainnya agak tebal tetapi selesa.

Instant Shawl By Miracle Caliph

Kalau nak sebut rasanya banyak lagi sebab kenapa Mamayanie pilih instant shawl ini, malah coraknya juga cantik tau. Nampak kosong tapi sebenarnya kainnya jenis bercorak tau. Ada 4 pilihan warna:

  • Purple Floral
  • Hitam Abstract
  • Pink Abstract
  • Nude Abstract
Instant Shawl By Miracle Caliph
Instant Shawl By Miracle Caliph

Mamayanie ada bagitau ianya boleh digayakan dengan pelbagai style kan, jadi Mamayanie kongsikan 4 style mudah yang lebih trend untuk korang gayakan dengan instant shawl by Miracle Caliph Exclusive :

Jadi korang tunggu apa lagi, dapatkan koleksi Miracle Caliph Exclusive dan wajib ada walaupun sehelai didalam rak almari tudung korang ye. Nak cepat, nak pantas, dan nak bergaya semuanya hanya dengan shawl intant ini.

Untuk maklumat lanjut:

Facebook : MiracleCaliph

Instagram : miracle_caliph_hq

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *