Kekal Kesihatan Dalaman Dengan Bowel dan Women Wellness Himalaya

Assalamualaikum w.b.t

Amalan Produk Kesihatan Terbaru| Banyak sangat produk kesihatan yang kita boleh dapati di pasaran untuk menjaga kesihatan dalaman dan luaran. Tak kira jenama yang terkenal mahupun ada jenama yang kita tak tahu pun ada dipasaran rupanya. Kalau sebut jenama Himalaya korang kenal tak? Mestilah kenal kan sebab produk Himalaya antara jenama yang mengeluarkan produk berasaskan semulajadi bahan utamanya.

Bowel dan Women Wellness Himalaya

Baru-barau ini Mamayanie ada nampak kawan-kawan kongsikan pengalaman diorang gunakan produk Himalaya iaitu Bowel dan Women Wellness. Sebelum ini Mamayanie pernah gunakan produk Himalaya iaitu Botanique Herbal Healthcare.

Sebenarnya Mamayanie memang lama dah cari lepas bersalin tak ambil produk dalaman pun. Betul orang kata patutnya lepas bersalin perlu ambil supplement dalaman wanita supaya kembali cergas. Lambat Mamayanie sedar haha.. Tapi tak apa, asalkan ada kesedaran kan.. Nasib baik jumpa pasal Himalaya women’s wellness ini. Mamayanie sebenarnya takut nak ambil produk dalaman yang kalau tak tentu hala. Itu yang agak cerewet nak beli sampai Babyfh dah setahun baru jumpa produk yang bagus haha

Women Wellness Himalaya

Ini Mamayanie nak rekemen kan pada ibu-ibu yang lepas bersalin atau wanita yang nak amalkan kesihatan sihat dari dalaman, iaitu produk Women Wellness Himalaya. Kenapa Mamayanie pilih Women Wellness Himalaya?

Bowel dan Women Wellness Himalaya

Women Wellness Himalaya merupakan produk kesihatan dalaman khusus buat penjagaan dalaman wanita, mengawal haid dan untuk wanita selepas melahirkan anak. Mamayanie pilih Women Wellness ini kerana bahan yang digunakan semulajadi antaranya herba Shatavari.

Shatavari atau Asparagus racemosus adalah herba popular dengan tepat dipanggil “Formula Kesihatan Perempuan”. Shatavari dalam bahasa Sanskrit bermaksud ‘dia yang memiliki 100 suami’, yang menunjukkan peranan penting herba dalam kesihatan dan daya hidup keseluruhan wanita. Secara tradisinya, Shatavari (Asparagus) dianggap sebagai tonik rejuvinatif terbaik untuk wanita.

See also  Clarus Reyouth Produk Kecantikan Anti Penuaan

Antara kandungan lain yang terdapat dalam Women Wellness Himalya iaitu Mikrosial Selulosa, Kalsium Hidrogen Phosphate Dihydrate, Silica Colloidal Anydrous, Magnesium Stearate.

Antara kelebihan Women Wellness Shatavari ni ialah:

  • Membantu mengawal kitaran haid dan hormon dalam badan.
  • Membantu merawat gejala PMS dgn melegakan kesakitan
  • Meremajakan kesihatan dalaman
  • Mengurangkan simptom menopause
  • Meningkatkan kesuburan
  • Membantu ibu baru untuk menyusu
  • Membantu dengan memulih badan ibu selepas pelahiran
  • Membantu mengatasi keletihan

Siapa yang boleh mengambil produk ini
1. Wanita yang ingin mengekalkan kesihatan rahim
2. Wanita yang sedang menopaus.
3. Wanita yang ingin memperbaiki kesihatan reproduktif.
4. Ibu menyusu dengan susu ibu yang rendah

Bowel Wellness Himalaya

Ada satu lagi produk yang Mamayanie nak syorkan pada korang iaitu Bowel Wellness dari Himalaya jugak tau. Mamayanie sejak makan tak menentu sekarang ini, perut memang tak sedap je. Yelah nak penghadaman yang baik korang perlu amalkan pengambilan sayur hijau, tapi Mamyanie makan pun tak menentu. Kekadang itu lupa pengambilan sayur dalam sehari, ermm makan yang tak seimbang huhu.. Itu yang jadi perut tak sedap dengan masalah penghadaman tak baik.

Bowel dan Women Wellness Himalaya

Ada nampak kak Sal hari tu amalkan Bowel Wellness ini, katanya bagus untuk perut. Mamayanie pun cuba lah beli online je. Tapi waktu beli ini tak jumpa lagi pasal Women Wellness. haha Kadang-kadang ada promo beli 2 produk Himalya tau. Jadi korang boleh usha nanti.

Bowel Wellness ini produk yang membantu penghadaman dan masalah sembelit. Mamayanie lebih yakin dengan produk Himalaya ini kerana utamanya adalah bahan yang digunakan semulajadi dan testimoni dari ramai orang yang dah cuba. Bahan utama yang digunakan adalah Triphala (Tiga buah). Ianya adalah salah satu rumusan herba tertua dan paling seimbang dalam tradisi Ayurveda.

See also  Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Di Cherating
Bowel dan Women Wellness Himalaya

Triphala menggabungkan kebaikan gooseberry India, Belleric Myrobalan dan Chebulik Myrobalan, yang bekerja bersama untuk melegakan sembelit dengan menghasilkan pergerakan usus yang berkesan. Triphala membantu pencernaan dan menggalakkan kesihatan gastrousus.

Siapa yang boleh mengambil produk ini

  • 1) Orang yang mengalami sembelit kronik.
  • 2) Orang yang senak, perut kembung dan belching.

Alhamdulillah masalah perut tak selesa sebab penghadaman tak menentu Mamayanie dah ok sekarang. Mamayanie ambil sehari je, lega perut. Korang kalau sakit perut sebab penghadaman tak baik, jangan buat main-main tau. Rasa nak menagmuk je dekat orang sekeliling hahaha, sebab rasa tak selesa dekat perut. Daripada korang tahan sakit lebih baik cari penawar awal. hihi

Mamayanie pilih Bowel dan Women Wellness Himalaya kerana produk Himalaya tiada gula tambahan, warna tiruan, perisa tiruan, bahan pengawet, bahan soya dan tenusu. Bahan-bahan yang digunakan berasaskan herba.

Korang boleh dapatkan produk Himalaya di butik Himalaya, secara online atau farmasi-farmasi terpilih. Mamayanie untuk Women Wellness beli di Watson hari tu, siap ada 20% diskaun tau tapi Bowel Wellness beli secara online sebab dekat kawasan Tanjung Malim ini agak sukar nak dapat.

Untuk maklumat lanjut:

Website: Himalaya Herbals
Facebook: Himalaya Healthcare Malaysia
Instagram: Himalaya Malaysia

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*