Assalamualaikum w.b.t

Rumah Ronald Kini 20 Tahun Usianya | Pejam celik dah masuk 20 tahun Rumah Ronald beroperasi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM-UKM). Rumah Ronald McDonald ini merupakan rumah penginapan pertama dalam hospital di rantau ASEAN yang telah membantu hampir 1300 keluarga pesakit pediatrik.

Sebelum ini Mamayanie pernah kongsikan dengan korang apa itu Rumah Ronald McDonald kan. Oklah Mamayanie kongsikan sedikit, Rumah Ronald McDonald merupakan sebuah rumah yang dibina bagi memudahkan ahli keluarga pesakit kanak-kanak yang menerima rawatan di hospital menginap sementara untuk bersama sentiasa dengan anak mereka. Dengan matlamat iaitu “Memastikan Famili Sentiasa Bersama”, maka rumah ini dibina dengan penuh rasa tanggunajawab terhadap masyarakat oleh Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC).

Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke20 Rumah Ronald McDonald HCTM UKM

Tahniah kepada Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malaysia dan HCTM-UKM dalam usaha membantu keluarga pesakit pediatrik sepanjang 20 tahun beroperasinya Rumah Ronald McDonald ini. Ianya bukan satu tempoh yang singkat tau, yup 20 tahun telah beroperasi dalam membantu keluarga yang memerlukan dengan kadar bayaran penginapan hanya RM5.00 sahaja untuk satu malam.

Malah RMHC Malaysia juga telah memberi satu lagi sinar kegembiraan kepada keluarga pesakit dalam usaha membantu meringankan beban keluarga dengan pembinaan Rumah Ronald McDonald kedua di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di Kelantan.

Majlis Sambutan Ulang Tahun Ke20 Rumah Ronald McDonald HCTM UKM disempurnakan oleh YABhg. Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali pada 22 Ogos 2019. Majlis disambut dengan penuh indah dengan persembahan dari adik-adik dan perkongsian pengalaman penghuni Rumah Ronald McDonald yang hampir 15 tahun disitu.

Fakta Ringkas Tentang Rumah Ronald McDonalad

Rumah Ronald McDonald merupakan program global RMHC yang kini menjangkau 370 buah di seluruh dunia. RMHC Malaysia khususnya memberi tumpuan kepada 4 program utama dalam membantu kanak-kanak di Malaysia dan salah satunya adalah adanya Rumah Ronald McDonald ini. Selain itu, program utama lain adalah Bilik Sensori Ronald McDonald, ‘Gift of Smile’ dan Pek Kembali ke Sekolah. Semua ini meliputi 3 bidang utama RMHC Malaysia iaitu kesihatan, pendidikan dan kebajikan.

Mamayanie kongsikan fakta ringkas tentang Rumah Ronald McDonald, HCTM-UKM :

  • Bayaran penginapan: RM5.00 untuk satu malam
  • Bilangan bilik tidur: 19 bilik (yang boleh memuatkan 19 keluarga)
  • Bilangan katil: 57 katil
  • Kemudahan lain yang disediakan: Ruang makan, ruang istirihat, surau, dapur, bilik dobi, taman permainan, perpustakaan, gim mini dan bilik komputer.
  • Aktiviti yang telah dijalankan: Hari keluarga, kelas memasak sihat, kelas kecergasan, sambutan hari jadi untuk pesakit kanak-kanak dan sambutan pelbagai perayaan.
  • Awal pembinaan telah menelan belanja sebanyak RM2 juta hasil sumbangan pelbagai pihak termasuklah orang awam dan syarikat-syarikat korporat.
  • Telah 2 kali melalui penaiktarafan dan penambahbaikan pada tahun 2004 dan 2014 hasil dari sumbangan dari rakyat Malaysia melalui tabung sumbangan RMHC Malaysia di semua cawangan McDonald’s diseluruh negara dan melalui tajaan terus.

Korang kalau perasan ada satu tabung dekat dengan kaunter McDonald’s selalunya, ha tabung tulah yang digunakan untuk membantu Rumah Ronald ini. Jadi kalau korang datang ke McDonald’s, mari lah sama-sama memberikan sumbangan secara ikhlas bagi meringankan beban keluarga pesakit yang memerlukan di Rumah Ronald McDonald.

Mamayanie rasa bertuah sangat dapat bersama dalam menyambut ulang tahun ke 20 Rumah Ronald McDonald ini kerana Rumah Ronald ini telah banyak membantu meringankan keluarga yang jauh terutamanya untuk ulang-alik mendapatkan rawatan di hospital. Mamayanie dah tengok rumahnya, cantik, bersih dan penuh dengan segala kelengkapan dalam rumah bagi kemudahan penghuni rumah.

Korang yang berminat untuk memberikan sumbangan kewangan atau yang berminat untuk jadi sukarelawan boleh hubungi Rumah Ronald McDonald HCTM-UKM di talian 03-91735994 atau ibu pejabat RMHC Malaysia di talian 03-78433388.

Untuk maklumat lanjut:

Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC)

Website: https://rmhc-malaysia.my/

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

You may also like

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *