Art Themed Menarik Di Hotel De Art Shah Alam

BabyFH Suka Bercuti | Ini dah ikut perangai siapa pulak ? Bila sebut sahaja nak berjalan, muka babyfh penuh dengan senyuman yang diukirnya. Ini percutian kedua buat Babyfh dan percutian pertama bersama Opahnya. Seronok Opah dapat bercuti dengan Babyfh ye, ehh ke Mamayanie yang terlebih suka sebenarnya. Yelah setahun bertapa tanpa bercuti, akhirnya lepas bersalin baru 3 bulan dah masuk 2 kali Mamayanie pergi bercuti tau. Percutian singkat kali ini tak jauh jugak, hanya di Shah Alam Selangor dan Hotel De Art iCity menjadi pilihan penginapan kami.

BACA: Menarik di Bangi Wonderland

Art Themed Menarik Di Hotel De Art i-City

Hotel bertemakan seni pertama yang menjadi pilihan Mamayanie dan ini adalah hotel pertama yang pernah Mamayanie menginap penuh dengan seni kreativiti. Sesuai dengan gelaran hotel ini iaitu hotel ”Art Themed”, penuh dengan seni bukan sahaja dalam malah dari luar pun korang boleh nampak tau. Bagi pengemar bergambar lepas tu post dalam instagram tu, disini memang sangat sesuai untuk korang menginap.

Hotel De Art i-City
Hotel De Art i-City Shah Alam Seksyen7

Termasuklah Mamayanie memang tak lepas lah nak bergambar (pastu jangan lupa post kat instagram Mamayanie kan), walaupun sudah jadi mama anak seorang pun tak leh lepaskan peluang bergambar setiap sudut hotel ini tau. Sebabkan cantik dan unik membuakan hotel ini menjadi hotel pertama di Malaysia dengan tema seni.

See also  Nasi Ketuk dengan Shell Collaboration | Koboy D'Rimba Cafe

Hotel De Art iCity Shah Alam

Hotel De Art i-City
Puas Hati Bercuti Di Hotel De Art iCity Shah Alam Seksyen7
Hotel De Art i-City
Hotel De Art i-City
Hotel De Art i-City

Ha tu baru gambar kat ruang lobi hotel tau, diluar pun korang boleh bergambar.

Hotel De Art i-City
Hotel De Art i-City

Puas Hati Bercuti Di Hotel De Art i-City

Pilihan jenis penginpaan pula kami memilih bilik keluarga (Art Family Dulexe Room)  kerana ianya mempunyai ruang yang besar, luas dan bersesuaian dengan kuantiti orang. Memang sangat puas hati bercuti di hotel De Art iCity Shah Alam seksyen7. Seramai 3 dewasa dan seorang baby cukup luas dah penginpan keluarga (type family room) ini. Katil Queen yang selesa dan bantal yang empuk memang puas hati. Lena babyFH dapat berkepit dengan Mamayanie, lagi-lagi penghawa dingin yang sejuk.  Jujur Mamayanie cakap ini antara hotel yang sangat selesa di Shah Alam dengan harga yang berpatutan.

Bilik Family Luas Dan Selesa

Hotel De Art menyediakan beberapa jenis pilihan bilik.

  • Art Queen / Twin (No Window) – 1 Queen Bed / 2 Single Bed
  • Art Queen / Twin Deluxe – 1 Queen Bed/ 2 single Bed
  • Art Studio – 1 Queen Bed
  • Art Family Deluxe – 2 Queen Bed
  • Art Soho – 2 Queen Bed
  • Art Suite Deluxe – 2 Queen Bed
Hotel De Art i-City
Hotel De Art i-City
Hotel De Art i-City
Hotel De Art i-City

Untuk bilik family ni ada tab mandi tau, seronok wei bangun pagi boleh berendam. Sementara babyFH lena tidur lagi mama nya pun layan berendam dengan air buih haha. Disini mempunyai beberapa pilihan art atau design yang berbeza bagi setiap bilik. Korang boleh buat pilihan jenis bilik dengan design atau art yang menarik pada pandangan korang. Kalau jenis suka yang Hello Kitty pun ada tau, bukan itu jew ada lagi pilihan art atau design menarik untuk korang.

Kemudahan dalam bilik yang disediakan

  • 2 Queen sized bed
  • Free-High speed WIFI
  • Writing desk
  • Electronic key card system
  • Window
  • 40″ / 32” LCD tv with selected satellite channels
  • Direct dial telephone
  • Ensuite Bathroom with Hot Shower
  • Sejadah
See also  Ramadhan ke 9 Baru Dapat Berbuka Berdua

Hotel De Art juga menyediakan beberapa kemudahan lengkap untuk pelanggan disini. Hotel De Art ini ingatkan Mamayanie tentang konsep yang disediakan di hotel sewaktu travel ke Korea tahun lepas. Ianya hotel bajet yang mewah dengan kemudahan dan selesa sangat tau. Antara kemudahan yang disediakan adalah mini cafe yang korang boleh guna bersama dan beberapa pilihan makanan untuk pembelian.

Mini Cafe
Mini Cafe
Mini Cafe yang menyediakan Microwave, Air Tapis (panas/sejuk).
Mini Cafe yang menyediakan Microwave, Air Tapis (panas/sejuk).
Jualan makanan yang boelh dibeli
Jualan makanan yang boelh dibeli
Surau Lelaki dan Wanita
Surau Lelaki dan Wanita
Tandas Umum Lelaki dan Wanita
Tandas Umum Lelaki dan Wanita
Iron dan Iron Board
Iron dan Iron Board

Sarapan tidk disediakan tau tapi korang boleh buat request awal-awal jika nak sediakan sarapan. Tapi bukan jenis hidangan tau. Penyediaannya bungkus lah dan pack 3 in 1 untuk minuman.

Alhamdulillah rezeki sarapan pagi kami
Alhamdulillah rezeki sarapan pagi kami

Kenapa Pilihan Hotel De Art iCity

Selain itu pihak hotel juga menyediakan ruang fungsi untuk mesyuarat, seminar dan kursus bagi mana-mana organisasi atau team yang nak buat sebarang majlis disini.

Puas hati bercuti di hotel De Art icity Shah Alam Seksyen7 walaupun ianya percutian singkat bersama babyFH. Antara kenapa Mamayanie memilih Hotel De Art iCity antaranya kerana:

  • Parking yang mudah dan selamat (mudah untuk dipantau),
  • Kawasan kedai makan yang mudah dicari,
  • Berdekatan dengan I-City Shah Alam
  • Hotel yang selesa dan bersih.

Untuk maklumat lanjut Hotel De Art iCity

Alamat: 19 JALAN KELULI 7/110, SECTION 7,

40000 SHAH ALAM, SELANGOR.

Telefon : +603 5880 5588

Website: http://www.hoteldeart.com.my/

Instagram: @hoteldeart

Facebook: Hotel De Art

yanieyusuf.com

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*