Rugi Tak Ambil Pakej Bersalin @ Rampai Puteri Medical Centre

Assalamualaikum w.b.t

Rindu Saat Mengandung | Baru 3bulan Mamayanie dah rindu saat mengandung hari tu. Betul kata orang, bila teringat sakit bersalin rasa serik dah tapi itulah saat yang paling indah sebenarnya dalam hidup. Mamayanie dah mula rindu saat mengandung, apatah lagi saat bila baby bergerak dalam perut. Sangat rindu saat indah tu walaupun rasa seriknya nak bersalin. Sakit nak melahirkan baby ibarat bertarung nyawa dan rasa dah nyawa dihujung waktu tau. Tapi kalau mengandung lagi (mana tahu rezeki kan hihi) Mamayanie nak bersalin dekat Rampai Puteri Medical Centre tau.

Pakej Bersalin Tanpa Caj Tambahan Rampai Puteri Medical Centre

Yelah nak jugak merasa bersalin di hospital swasta. hihi Mahal? ha ini yang Mamayanie nak kongsikan dengan korang satu pakej bersalin tanpa caj tambahan Rampai Puteri Medical Centre. Korang ingat lagi tak perkongsian Mamayanie tentang scan detail kandungan? Yup hospital yang sama lah tempat Mamayanie buat. Agak rugi jugak Mamayanie sebab tak sempat nak bersalin hari itu di Rampai Puteri Medical Centre. Untuk akan datang boleh rancang dengan baik untuk bersalin di Rampai Puteri Medical Centre. hihi Insya-Allah.

Detail Scan Kandungan Di Rampai Puteri Medical Centre
Detail Scan Kandungan Di Rampai Puteri Medical Centre

Pada mulanya Mamayanie macam tak percaya tau pakej bersalin tanpa caj tambahan Rampai Puteri Medical Centre ini, tapi serius tak tipu. Tiada caj sembunyi-sembunyi tau, ini bukan game yang main cak cak tu. haha Kenapa kebanyakkan bakal ibu takut nak pergi bersalin dekat swasta? Antaranya sebab :

  • Emergency Caesar: maksudnya mula nak bersalin normal sekali bila baby tak boleh keluar secara normal terpaksa dibedah- terpaksa tambah kos
  • Tahan ward lama dari hari sepatutnya di hospital- terpaksa tambah kos
  • Perlu ambil ubatan tambahan- terpaksa tambah kos
See also  Menjadi Pilihan Telekung Arissa Mirza

Ha inilah paling orang risau sebab kosnya akan meningkat dari yang dirancang. Tapi pakej bersalin tanpa caj tambahan Rampai Puteri Medical Centre ni betul-betul punya, memang tak ada caj tambahan apabila korang ambil SERENITY PACKAGE.

SERENITY PACKAGE Rampai Puteri Medical Centre

Rampai Puteri Medical Centre telah menawarkan pakej Serenity dimana pakej ini khusus untuk semua bakal ibu tanpa perlu risau tentang caj tambahan ketika bersalin. Terdapat 3 jenis pakej Serenity mengikut harga :

  • Serenity Suite – RM4200
  • Serenity Single Room – RM3800
  • Serenity Open Ward – RM3200

Pakej Bersalin Tanpa Caj Tambahan Rampai Puteri Medical Centre
Pakej Bersalin Tanpa Caj Tambahan Rampai Puteri Medical Centre

 

Sangat untung kan, korang dah tak perlu risau tentang kos untuk bersalin. Ini yang buat Mamayanie nak mengandung lagi haha.. Insya-Allah mana tahu kan cuma tak boleh lah sekarang bagi babyFH besar sket ye baru boleh rancang lain. Sekarang Mamayanie nak fokus pada babyfh, nak berikan yang terbaik walaupun tak sempurna.

 

Untuk maklumat lanjut:

Rampai Puteri Medical Centre

Alamat: No 9 & 11, Jalan Seri Rejang, Rampai Business Park South,
53300 Setapak, Kuala Lumpur Malaysia. (Maps: https://bit.ly/2ILIew6)
Clinic: +603-4131 2039
Office: +603-4144 4831

Monday – Friday @ 9.00am – 10:00pm

E-mail: admin@rampaiputeri.com

Website: https://rampaiputeri.com/

Facebook: Rampai Puteri Medical Centre

Instagram: Rampai Puteri

 

 

Till Next Entry ye!!!

4 Comments

  1. Assalamualaikum,

    Boleh tahu Puan bersalin dengan doktor mana ye di Rampai Puteri? Saya tengah mencari2 untuk bersalin dengan which doctor.

    Thanks.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*