Assalamualaikum w.b.t
Hilang Kekotoran Degil | Bila sebut pasal pencuci baju mesti ada macam-macam pilihan dipasaran. Yelah sekarang ni pelbagai jenama muncul seperti cendawan tumbuh lepas hujan. Tapi tahukah korang ada sesetangah pencuci baju yang boleh merosakkan pakaian itu sendiri. Tapi sekarang Mrsyanie dah tak perlu risau sebab ada pencuci baju atau pakaian yang boleh membersihkan dan melindungi juga kualiti pakaian tersebut.
Selamat Dengan Sabun Organik Zing+ Detergent Film
Baru-baru ini Mrsyanie diperkenalkan dengan satu produk pencuci pakaian yang lebih organik dan selamat, iaitu Zing+ Detergent Film. Pada mulanya tengok macam tak percaya yang ianya merupakan sabun pencuci pakaian, dengan bentuk yang lebih lembut dan berkeping-keping.
Sebelum ini Mrsyanie tak kisah pun pakai pencuci jenama apa pun untuk pakaian, asalkan wangi jew yang Mrsyanie fikir. Tapi rupanya kebanyakkan pencuci pakaian juga mempunyai bahan kimia yang merbahaya kepada persekitaran dan pakaian itu sendiri.
Ianya lebih ringan dan lembut tau, yang penting tak menyakitkan kulit. Mrsyanie dah gunakan hampir 1 bulan tanpa mengunakan sabun yang lain. Memang ianya mudah dilarutkan dengan air dan membersih dengan sekata. Kesan daki? ermm senang je dengan Organik Zing+ Detergent Film tau, hanya sapu sedikit dan tonyoh sekadarnya. Kesannya hilang daki, bersih dan tangan pun tak sakit.
Membersih Dan Selamat Digunakan
Terkejut bila diperkenalkan satu sabun pencuci yang lebih organik dan selamat dengan sabun Organik Zing+ Detergent Film bagi melindungi pakaian dan alam sekitar. Ianya juga selamat untuk kulit tau, tidak menyakitkan dan tidak menghakis kulit. Wow!!
Kenapa ianya organik? Ianya diperbuat dari bahan-bahan yang berunsurkan organik yang tiada bahan kimia merbahaya. Yang pastinya ianya bebas dari Fosfor tau, kalau korang buat carian Fosfor ini merbahaya kerana ianya merupakan unsur kimia dalam jadual berkala yang bersimbolkan P dan mempunyai nombor atom 15.
Kelebihan Zing+ Detergent Film
- Mudah Larut dan Tidak Bertompok Pada Pakaian
- Tidak Melunturkan Pakaian
- Penggunaan Yang Menjimatkan Organik
- Selamat dan Mesra Alam (Bebas dari Fosforus , Peluntur , Biodegradasi)
- Lembut Pada Tangan dan Kulit
Organik Zing+ Detergent Film juga gabungan 4 fungsi tau iaitu pencuci, pewangi dan bahan peluntur kekotaran yang lebih selamat. Cara penggunaan nya pun cukup mudah, ianya diterangkan dibelakang plastik Organik Zing+ Detergent Film.
Jika guna mesin basuh korang boleh letak terus dalam mesin berserta pakaian atau letak ditempat yang disediakan untuk sabun. Mrsyanie galakkan untuk korang yang mempunyai anak kecil, basuhlah pakaian anak korang dengan Organik Zing+ Detergent Film tau. Supaya pakaian anak korang bersih dan selamat untuk anak korang pakai. Mrsyanie cukup puas hati dengan sabun organik ini dan pastinya senang nak cuci baju tau..hihi
Untuk maklumat lanjut:
suka pakai zing+! stok dah nak habis, kena restock cepat2 ni!
menariknya,senang bawa travel
wah ssenang tu .. ada softener sekali . menggumpal tak nanti kalau pakai sabun ni
dah guna …memang mudah dan berkesan untuk membersih
pehh..
macam best juga benda sabun organik ni.
leh cuba nanti.
Best kan pakai Zing+ ni.. Paling best boleh buat cuci handbag yang kalau hantar cuci kat luar mahal yg amat..
Best guna Zing+ ni, terutama bila sental kotoran degil kat leher baju sekolah anak². Berkesan!
Nampak menarik kena try ni