
Assalamualaikum w.b.t
Pakej Bajet Ke Kuching Sarawak | Rindu rasanya nak travel tapi belum masa yang sesuai tambahan babyFH baru je masuk 4 bulan. Bila Mamayanie dapat tahu pasal pakej bajet bersama Traveloka ini yang membuatkan rasa nak kembali travel dengan kapal terbang. hihi Lebih menarik sekarang Traveloka sediakan pakej kombo flight beserta hotel. Kuching tour packages bajet travel bersama Traveloka memberikan korang satu kelainan dalam percutian tahunan.

Pakej Kombo Travel Traveloka
Sekarang Mamayanie hanya bercuti dekat-dekat jew, yelah nak travel jauh perlukan perancangan yang teliti khususnya bab kewangan. Tapi dengan pakej kombo yang disediakan oleh Traveloka ini yang membuatkan Mamayanie rasa lebih untung travel jauh sikit. Teringin lah jugak nak bawa babyFH naik kapal terbang, merasa travel dengan baby kan.
Kalau korang nak tahu pakej kombo ini sebenarnya antara perkhidmatan baru yang disediakan oleh pihak Traveloka bagi mereka yang inginkan percutian bajet. Pakej kombo ini melibatkan flight dan hotel, bukan itu sahaja pihak Traveloka dan sediakan aturan rancangan perjalanan (itinerary) untuk panduan korang. Pakej yang disediakan ini sangat berbaloi tau kerana ianya seperti travel agensi cuma ini kita yang boleh pilih sendiri cara untuk kita travel. Terutamanya dari segi pemilihan flight dan hotel, yang penting ianya sangat menjimatkan untuk travel.
Mengapa tempah Penerbangan + Hotel dengan Traveloka?
- Lebih Berbaloi Bersama : Bercuti bagai juara dengan kadar yang lebih rendah apabila korang menempah penerbangan dan hotel bersama.
- Tempahan Fleksibel : Gabung penerbangan dan hotel pilihan korang dan nikmati kebebasan untuk merancang perjalanan yang diimpikan.
- Pilihan Bayaran : Untuk Semua Pelbagai kaedah pembayaran disediakan sama ada tunai atau kad untuk kemudahan korang. Dan korang hanya perlu memilih sahaja mengikut keinginan berbelanja melalui kredit atau tunai. Jika kredit jangan risau Traveloka akan jadikan percutian impian korang satu kenyataan dengan pelan ansuran 0%.
Bagaimana nak buat tempahan?
Buat masa ini, pakej ini boleh didapati di laman web Traveloka dan aplikasi android, bagi IOS pula dioarang akan buat akan datang (coming soon). Tak perlu susah hati buka sahaja website Traveloka bagi pengguna IOS. Bagi tempahan aplikasi sangat mudah. Korang hanya ke Playstore dan download aplikasi Traveloka. Dalam aplikasi terdapat pelbagai pilihan samada korang nak kombo atau secara berasingan tempahan. Lebih baik ambil pakej kombo kerana sangat berbaloi.

Dengan pakej tiket penerbangan dan hotel yang tersedia di Traveloka Malaysia, korang boleh mengunjungi destinasi pilihan korang dengan lebih mudah dan murah. Pilih pelbagai pakej pelancongan yang Traveloka tawarkan dan ubah suai pakej-pakej tersebut seperti yang korang mahukan untuk mendapatkan kombinasi yang paling sesuai.
Banyak pakej yang Mamayanie tengok tau tapi pakej yang menjadi tarikan Mamayanie untuk masa terdekat ini adalah Kuching tour packages bajet bersama Traveloka.
Kuching Tour Packages Bajet Travel Bersama Traveloka
Kenapa Mamayanie pilih Kuching Sarawak ? Kuching Sarawak merupakan satu pusat pelancongan yang sangat menarik khususnya dari segi etniknya. Kuching ialah tarikan utama bagi pelancong yang ingin melawat Sarawak. Ia merupakan pintu gerbang utama bagi pelancong yang ingin mengunjungi Sarawak dan Kalimantan.
Kuching atau pun dikenali juga sebagai Bandar Raya Kuching merupakan ibu negeri kepada Sarawak yang terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi bahagian Kuching. Dari Kuala Lumpur, penerbangan akan mengambil masa selama 2 jam sahaja. Bandar Kuching ini terletak di Sungai Sarawak di hujung Barat Daya negeri Sarawak di Pulau Borneo.
Antara lokasi menarik di Sarawak seperti Taman Negara Tanah Lembap Kuching terletak sekitar 30 kilometer dari pusat bandar dan terdapat banyak tarikan di dalamnya. Antara tempat tarikan lain di Kuching ialah Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Dewan Undangan Negeri Sarawak, Muzium Kuching dan Muzium Sarawak. Bandar Kuching ini telah menjadi salah satu pusat perindustrian dan komersial utama di Malaysia Timur.
Lokasi menarik di Sarawak:
- Taman Negara Bako
- Fort Margherita
- Sarawak Cultural Village
- Muzium Negeri Sarawak
Banyak lagi lokasi atau aktiviti menarik yang boleh korang lakukan, nak tahu lebih lanjut korang boleh terus layari Kuching tour packages bajet travel bersama Traveloka. Tambahan cuti sekolah dah nak dekat boleh lah korang rancangan percutian bajet yang lebih menarik untuk keluarga tau. Jika korang selalu bercuti dalam semenanjung sahaja atau dalam Malaysia sahaja, apa kata tahun ini korang buat kelainan dalam perancangan percutian untuk keluarga. Rindu pulak rasanya nak bercuti ke Sarawak lagi ini, kali ini bawa babyFH mesti lagi seronok. Yang penting tiada alasan lagi korang kata travel mahal kerana korang dah boleh buat pilihan bijak untuk bercuti dengan adanya pakej kombo dari Traveloka.
Bagus ada promo pakej Traveloka ni, leh save budget percutian
bagus traveloka..boleh jimat banyak kalau book percutian melalui Traveloka
cantik bandar Kuching..
tempat yang damai dan tenang,
ada masa datang la lagi