Assalamualaikum w.b.t
Maze Runner di Breakout | Breakout? Apa itu, pada mulanya mrsyanie pun tahu tak apa itu Breakout. Rupanya Breakout merupakan sebuah game dalam misi mencari ‘clue’ untuk keluar dari bilik yang berkunci. Bila terfikir balik, Breakout ini seperti Maze Runner.
Breakout
Kalau korang pernah tengok filem Maze Runner, ha kini korang boleh rasa sendiri ala-ala Maze Runner game tapi versi Breakout. Dari bilik yang berkunci bagaimana korang mencari jalan keluar dengan ‘clue’ yang diberikan. Serius sangat best dan menguji minda. Game Breakout ini bermain secara berkumpulan. Satu kumpulan 2 -8 orang sahaja. Bukan menguji minda jew tapi korang akan menguji kerjasama antara ahli kumpulan korang. Itu yang best!!
Sebelum mulakan game, kami diberitahu dahulu penerangan tentang Breakout dan yang penting keselamatan.
Setiap bilik yang disediakan mempunyai jalan cerita tersendiri dimana disitulah kita perlu mencari jalan keluar. Ianya bermain selama 45 minit untuk korang cari jalan keluar. Jika tidak korang akan dikira kalah. Setiap bilik akan ada seorang yang jadi guide korang, dia akan membantu korang jika dalam kebuntuan. Selain itu korang bukan sahaja masuk ke bilik secara kosong, korang akan diberi beberapa ‘clue’ atau boleh dipanggil talian hayat. Cewah gitu ada talian hayat yang boleh digunakan bagi membantu korang mencari jalan keluar. Antara talian hayat yang ada iaitu ”The Oracle”, ‘Lockmaster’, ‘Scholar’, ‘Time Bender’, dan ‘The Light Bender’. Mrsyanie pilih talian hayat gambar untuk diingat, ‘Oracle’.(kuat sangat ingatan lah tu kiranya hihi nasib berdua yang pilih Oracle)
Breakout mempunyai 2 cawagan buat masa kini iaitu di NU Sentral dan Avenue K, KLCC. Dua-dua lokasi mudah untuk korang datang dengan kenderaan awam, nak memandu pun boleh. Di Breakout NU Sentral terdapat 6 bilik yang berlaianan tema, iaitu Dreadnought, Materia Medica, Terrraform, The Testament of Tesla, The Secret of Hocus, The War for Rembrandt, Mrsyanie dapat bilik Materia Medica. Korang jangan risau boleh pilih lokasi bilik yang bagaimana.
Antara bilik yang terdapat di Breakout, Materia Medica |
Seronok dapat team yang memang awesome!! Walaupun agak blur pada mulanya dan terpaksa menggunakan talian hayat tapi kami tetap bekerjasama dalam misi ini. Walaupun kami paling akhir huhu.. Ini ada beberapa maklumat yang mungkin korang nak tahu kan. Harga:
Ringkasan cara untuk main:
- Dapatkan kumpulan 2-8 orang sahaja
- Pilih tema bilik yang korang nak main
- Setiap ahli boleh pilih talian hayat yang korang nak pegang (roles &abilities)
- Breakout selamat 45 minit
Untuk maklumat lanjut:
Instagram: @breakoutmy
Facebook: Breakout Malaysia
L4-09A (Level 4),
Nu Sentral Branch (KL Sentral LRT),
201, Jalan Tun Sambathan,
50470, Kuala Lumpur
info@breakout.com.my
Untuk pertanyaan media, penajaan, pengaturan aktiviti luar dan kerjasama;
marketing@breakout.com.my
Till Next Entry ye!!!
Salam Sayang
best sangat… nanti boleh buat gathering lagiii..
wah bestnya ada mainan mcm ni..kalaula ipoh ada..huhu
wah baru tau ada kat NU Sentral. tak pernah cuba main menda alah ni.selali main konda kondi je uhuk2. lenkali kalau nak buat gath lagi kasi roger la satu kali huhu
seronok nye
wow.. tak pernah tengok breakout but maze runner pun dah sangat exciting.. i bet this activity is full with excitement juga kan. simply a brilliant idea.
#didyouknow #korangtautak #kttshaklee