Percutian Pertama Setelah Bergelar Seorang Mama

Assalamualaikum w.b.t

2Hari 1Malam Di Hotel Four Points by Sheraton PuchongĀ | Alhamdulillah dapat jugak luangkan masa untuk siapkan entry pertama lepas Mamayanie berpantang. Kali ini Mamayanie nak kongsikan dengan korang pengalaman percutian pertama Mamayanie bersama dengan babyFH. Walaupun percutian bukanlah lokasi tumpuan pelancongan tapi ianya satu kenangan terindah buat Mamayanie. Banyak perkara Mamayanie nak kongsikan dengan korang tapi masa sekarang bagaikan air terjun deras mengalir, cepat je masa berlalu bila kita mula untuk suaikan diri dengan kehadiran orang baru dalam hidup.

Percutian Keluarga Di Hotel Four Points by Sheraton Puchong
Percutian Keluarga Di Hotel Four Points by Sheraton Puchong

Percutian Keluarga Di Hotel Four Points by Sheraton Puchong

Mesti korang terkejutkan sebelum itu bahasakan diri Mrsyanie, disebabkan perwatakan keibuan melanda jadinya kita tukar ye bahasa diri sebagai Mamayanie. Alah kasi peluang lah Mamayanie nak menjiwai watak keibuan tu hihi.. Percutian Keluarga Di Hotel Four Points by Sheraton Puchong selama 2hari 1malam lebih bermakna apabila ini merupakan percutian pertama setelah bergelar seorang Mama dan bersama dengan babyFH.

Genab babyFH 50 hari dah angkut pergi bercuti, yelah bagilah peluang Mamayanie ambil sedikit masa untuk rehatkan minda & fizikal sebentar, ini cover 9 bulan + 44 hari berpantang yang hanya bertapa tak bercuti kemana pun tau. Kali ni tak perlu pergi jauh-jauh, cuma di sekitar Puchong.

Percutian dengan anak kecil yang baru lahir ini tak susah sangat cuma korang memang kena standby susu yang secukupnya. Baby yang berusia sebulan ni hanya tidur jew rutin dia tapi kalau dah jaga siap-siap lah susu ye. Jika tak, habis satu hotel tu dengan dia menangis nak susu. hihi Dapatlah Mamayanie merasa bila nak makan tu kena bergilir pegang baby, cuma bila dia dah tidur lena tu senang sikit letak jew dia dalam stroller dia. Pengalaman baru jugak untuk Mamayanie belajar, harap percutian akan datang Mamayanie lebih bersediakan mental dan fizikal hihi.

See also  Aktiviti Sukan Air Di Bali Indonesia

Hotel Four Points by Sheraton Puchong

Pilihan Mamayanie untuk percutian singkat pertama bersama babyFH adalah di Hotel Four Points by Sheraton Puchong. Kenapa Mamayanie pilih lokasi diĀ Hotel Four Points by Sheraton Puchong? Mamayanie pilih hotel ini sebab Ramadhan lepas Mamayanie datang review untuk buffet Ramadhan diorang, The EateryĀ Four Points by Sheraton Puchong.

Hotel ini memang sangat cantik dari segi dekorasinya dan tampak lebih eksklusif serta selesa, jadinya waktu mengandung hari tu siap berniat dalam hati untuk bermalam disini satu hari nanti. Yeah!! alhamdulillah tercapai jugak hajat nak adakanĀ percutian keluarga di Hotel Four Points by Sheraton Puchong.

Dulu bercuti hanya bawa 1 beg sahaj, tengoklah sekarang segala benda nak diangkutnya. Yelah takut tertinggal, dalam gambar tu baru separuh ada lagi barang yang kami tinggalkan dalam kereta. Almaklumlah ini percutian pertama kami bersama dengan putera sulung kami, risau je kalau ada keperluan babyFH yang tertinggal. hihi

Deluxe King Jadi Pilihan Bilik

Disini terdapat beberapa jenis bilik, iaituĀ Deluxe King Room, Deluxe Corner King Room, Deluxe Twin Room,Ā Deluxe Corner Twin Room danĀ Executive Suite ā€“ Living Area. Bilik yang jadi pilihan Mamayanie adalahĀ Deluxe Corner King Room.Ā Teruja pulak rasanya bila masuk bilik jew ada ternampak ā€smallhouseā€ untuk ruang kanak-kanak. Tapi babyFH tak boleh main lagi, jadinya bila nak betgambar dengan mama dia masuk rumah kecil tu. hihi

Biliknya memang sangat selesa dan bersesuaian untuk keluarga sederhana ramai. Katil empuk jangan kata lah, memang lena tidur tambahan pula dengan keluasan katil king nya sesuai untuk 3-4 orang. hihi Untuk yang mempunyai anak kecil korang boleh mohon untuk dapatkan katil baby tapi macam Mamayanie hari tu staff hotel yang tanya nak katil baby ke. Disebabkan katil yang bersaiz king besar, jadinya Mamayanie tak jadi ambil katil baby. Cukuplah kami bertiga atas katil king tu.hihi

See also  [Hotel Review] Tadom Hill Tempat Honeymoon Exclusive

Kelengkapan lain yang disediakan dalam bilik seperti 40ā€³ LED Television, Dining ā€“ bottled water, coffee and tea, mini bar, 24-hour room service, city view room (almaklumlah dapat tingkap paling atas, tingkat 14) dan yang paling penting adalah Wifi (Free).

Kemudahan Hotel

Seperti biasa kalau menginap di hotel mesti nak tengok kolam renangnya kan. Tambahan kalau keluarga yang bawa anak-anak bercuti mesti fokus keduanya adalah kolam renang. Selain tu, gym yang disediakan juga bersebelahan dengan kolam renang. Lepas dah berā€™gymā€™ keluarkan peluh berliter, pastu boleh lah korang bersantai dekat pool.

  • Kolam Renang ( Outdoor Swimming Pool)

  • GYM (Mini GYM)

  • BUSINESS CENTER i-Spot

Selain tu, terdapat jugak dining (Eatery Restaurant), The Lobby Lounge, Ballroom, dan Meeting Room.Ā Percutian keluarga di Hotel Four Points by Sheraton Puchong paling menariknya bab makan (bagi orang yang lepas pantang ni hihi), semua makanan sangat sedap dan disediakan oleh chef yang berpengalaman. Nanti Mamayanie cerita dalam entry lain bab makan jew. Mamayanie dah rasa makan pagi (sarapan) dan tengahari (lunch), malah buffet ramadahan diorang pun sedap-sedap menu yang disajikan.

Walaupun kawasan Puchong merupakan kawasan bandar sibuk tetapi ianya lokasi yangĀ strategik untuk jalan-jalan sekitar bandaraya Kuala Lumpur dan ianya merupakan lokasi sesuai bagi syarikat yang nak adakan kursus atau meeting. Tak perlu cari lokasi yang jauh-jauh untuk dapatkan ruang yang lebih selesa. Lagi satu hotel ini juga berdekatan dengan KLIA, kira-kira dalam 44km jarak hotel.

Berita Baik Untuk Cuti Sekolah!!

 

Untuk maklumat lanjut:

Four Points by Sheraton Puchong

Alamat: 1201, Tower 3, Puchong Financial Corporate Centre (PFCC),

Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri, Puchong 47100 Malaysia

See also  JuzFit Mixed Fiber Juice

No Tel: +60 3-5891 8888

Website: Four Points by Sheraton

Instagram:Ā Fourpointspuchong

 

Till Next Entry ye!!!

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*