Harta Untuk Anak Siapa Nak Urus | Kepentingan Merancang Pewarisan Harta

Pewarisan Harta atau Wasiat | Kesedaran tentang kepentingan merancang pewarisan harta ini masih rendah terutamanya bagi kaum wanita. Meskipun kebanyakan mereka mengetahui kepentingan untuk melindungi waris-waris yang ditinggalkan. Tetapi kadang-kadang kita akan terlepas pandang tentang pewarisan harta ini dan bila ianya terjadi baru kita mula gelabah untuk mengurusnya. Malah ada yang sehingga hilang tempat bergantung dan pada masa yang sama tidak bekerja tetapi mempunyai tanggungan.

Pada ketika itu baru kita sebagai seorang wanita akan mula sedar mengenai kepentingan perancangan pewarisan yang sepatutnya dilakukan dan mencari jalan penyelesaian berkenaan harta pusaka yang ditinggalkan. Biarpun wanita disifatkan seorang yang bijak dan teliti mengatur perancangan masa hadapan dan kewangan berbanding orang lelaki, tetapi tidak ramai yang mengambil berat terhadap perancangan pewarisan. Malahan, terdapat segelintir wanita yang bujang dan berkerjaya langsung tidak pernah terfikir ke mana harta yang dikumpul semasa hayat mereka akan diagihkan apabila meninggal dunia. Sedangkan perancangan pewarisan adalah pelengkap kepada perancangan kewangan yang patut dilakukan semasa hayat.

Kepentingan Merancang Pewarisan Harta; Wanita Perlu Tahu Apa?

Mamayanie sendiri tak terpikir awalnya, tetapi bila dengar beberapa kes yang hangat mengatakan tentang wasiat. Mamayanie terbayangkan Babyfh jew, kalau Mama pergi tanpa pengurusan harta yang baik bagaimana dengan Babyfh kelak. Walaupun ada yang kata tak pe Babyfh pewaris tunggal kerana lelaki tetapi apabila dapat info mengenai kepentingan merancang pewarisan harta ini membuka mata Mamayanie.

BACA: Surah Al kahfi 1-10

Memandangkan Mamayanie seorang ibu tunggal, Mamayanie juga tidak terlepas dari tanggungjawab membuat perancangan pewarisan supaya harta yang dimiliki dapat dibahagikan dalam bentuk jariah dan selebihnya dibahagikan kepada waris Mamayanie yang berhak. Begitu juga buat yang bujang tau, kemana harta seperti kereta, rumah atau apa sahaja ditinggalkan selepas pemergian kita. Pernah tak korang terpikir?

Kepentingan Merancang Pewarisan Harta

PERINGATKAN DIRI DAN SUAMI

Jika seseorang wanita itu telah berkahwin, mereka sewajarnya sentiasa memainkan peranan mengingatkan suami secara kerap supaya melaksanakan perancangan pewarisan bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang boleh berlaku, terutama membabitkan harta yang ditinggalkan. Jika suami belum membuat perancangan harta secara wasiat atau hibah, sila beritahu suami untuk melakukannya selagi masih diberikan kesihatan yang baik dan kudrat untuk bergerak ke mana-mana.

See also  Nutrition Pro Expands to Sabah, On Track to Achieve RM20M in Revenue in 2021

Tidak kiralah sebagai seorang isteri yang berkerjaya ataupun suri rumah sepenuh masa sahaja, wanita perlu memainkan peranan mengingatkan suami untuk melaksanakan perancangan pewarisan demi kelangsungan hidup bersama anak apabila suami meninggal dunia kelak. Ini bukan dikira tamak harta ye, ini adalah salah satu tanggungjawab yang perlu dipikul untuk memastikan anak-anak khususnya terjaga selepas pemergian kita.

Begitu juga jika wanita tersebut seorang yang hidup bersendirian sama ada ibu tunggal (peringatan untuk Mamayanie jugak ni hihi) atau belum berkahwin, mereka juga tidak terkecuali membuat perancangan pewarisan supaya harta yang dimiliki dapat dibahagikan dalam bentuk jariah dan selebihnya dibahagikan kepada waris-waris yang berhak.

Tanpa persiapan yang betul ke atas perancangan pewarisan tidak ada jaminan harta yang dikumpul semasa hidup bakal diwarisi dengan mudah, terutama jika seseorang mempunyai anak angkat dan anak tiri yang sememangnya kita berhasrat supaya mereka menikmati manfaat daripada harta pusaka yang ditinggalkan.

Kepentingan Merancang Pewarisan Harta

Apa yang kita perlu tahu dan lakukan

*1 SIMPAN DAN REKOD DOKUMEN HARTA

Dalam membuat perancangan pewarisan, perkara pokok yang perlu diketahui oleh wanita adalah dengan memastikan korang dan suami menyimpan semua geran atau perjanjian yang ada. Jika masih ada hutang pembiayaan, pastikan semua resit bayaran, penyata pembiayaan tahunan dan penjanjian pembiayaan disimpan dengan baik. Korang juga perlu menyimpan ‘cover note’ atau polisi takaful yang melindungi pembiayaan ke atas harta tak alih.

Ia penting supaya baki hutang pembiayaan dapat diselesaikan jika terjadi sebarang musibah. Semua dokumen yang berkaitan harta alih perlulah disimpan seperti buku akaun, penyata pelaburan dan polisi. Jika ada nombor telefon broker, remisier, ejen atau syarikat pelaburan dan takaful yang sering dihubungi, catatkan untuk kemudahan membuat sebarang tuntutan atau urusan. Untuk akaun simpanan, jika ada kad ATM, bolehlah dicatatkan nombor pin setiap kad ATM yang ada. Bagi memudahkan segala urusan kelak.

Pastikan dokumen penting

Selain maklumat berkenaan harta, korang jangan lupa untuk mengenalpasti semua hutang yang masih ada. Tidak kira hutang dengan Allah seperti zakat, badal haji, fidyah dan kaffarah atau hutang dengan individu atau dengan bank/institusi kewangan. Semua perjanjian pembiayaan, resit bayaran dan penyata pembiayaan perlu disimpan dengan baik. Sebaik-baiknya, hutang perlu diselesaikan semasa hayat masih ada. Tetapi, jika ajal sudah menjemput, menjadi tanggungjawab waris untuk menyelesaikan hutang yang masih berbaki. Jika menjadi pemiutang (pemberi hutang) dan penjamin, semua dokumen berkaitan juga perlu didokumenkan.

See also  Drama Mak Cun Ke Layar Teater

Selepas mengenalpasti semua harta dan hutang, korang perlu menyenaraikan semua waris yang ada. Siapa waris yang perlu ada? Ha waris-waris yang perlu disenaraikan adalah anak-anak, isteri, ibu dan bapa. Jika sebelum ini pernah berkahwin lain, mempunyai anak dan bercerai, perlulah dikenalpasti anak-anak yang terpisah tersebut. Waris-waris yang terputus hubungan perlu dikesan dan dicari, walaupun mereka tinggal berjauhan, mereka masih mempunyai hak ke atas harta pusaka yang akan ditinggalkan. Apa dokumen yang perlu ada antaranya dapatkan dan simpan salinan sijil beranak, kad pengenalan, sijil kahwin/nikah dan sijil kematian (jika waris telah meninggal dunia).

Jika ada perkahwinan yang belum didaftarkan, daftarkan segera supaya tidak berlaku drama-drama pertikaian selepas kematian nanti. Serius ini juga penting tau. Begitu juga dengan anak-anak yang tidak didaftarkan, pastikan semuanya berdaftar dan mempunyai sijil kelahiran atau kad pengenalan. Setiap waris adalah berhak ke atas harta pusaka yang ditinggalkan.

*2 KENALI INSTRUMEN PERANCANGAN PEWARISAN HARTA

Langkah yang paling penting ialah bagaimana korang sebagai wanita menasihati suami atau melakukan untuk diri sendiri melaksana instrumen-instrumen perancangan pewarisan harta. Antara instrumen-intrumen yang boleh digunakan adalah:

  1. Wasi / Penama / Pentadbir – Melantik wasi / penama / pentadbir yang akan bertindak untuk mentadbir dan bertanggungjawab untuk menguruskan pembahagian harta pusaka kepada benefisiari dan waris-waris yang berhak selepas kematian nanti.
  2. Hibah – Memindahmilikkan / menghadiahkan harta semasa hidup kepada mana-mana waris atau bukan waris atau mana-mana orang yang disayangi.  
  3. Wasiat – Mengikrarkan untuk mewasiatkan harta semasa hidup untuk dibahagikan selepas mati pada kadar 1/3 harta sahaja dan bukan kepada waris. Sekiranya lebih dari 1/3 atau kepada waris, ia tidak akan berkuatkuasa melainkan dipersetujui oleh waris-waris lain nanti.
  4. Amanah – Menyerahkan harta kepada pemegang amanah yang akan bertanggungjawab untuk melaksanakan amanah dan melindungi harta pusaka anda.  
  5. Wakaf – Menginfaqkan harta pusaka yang ditinggalkan sebagai sumbangan untuk kegunaan umum seperti pembinaan masjid. Wakaf berfungsi sebagai kesinambungan amalan selepas kematian. Jumlah harta yang diwakafkan sekiranya selepas kematian adalah tidak melebihi 1/3 daripada nilai kesemua harta bersih yang ditinggalkan.
  6. Faraid – Pembahagian harta pusaka yang ditetapkan oleh hukum syarak. Faraid memastikan pembahagian yang adil dan saksama kepada kesemua waris yang ditinggalkan. Pecahan pembahagian bergantung kepada jenis (anak lelaki, anak perempuan, isteri, ibu, bapa) dan bilangan waris yang masih ada.
See also  Kesan Penyakit Kencing Manis Pada Mata, Boleh Menyebabkan Buta?
Kepentingan Merancang Pewarisan Harta

*3 DAPATKAN KHIDMAT DAN NASIHAT PROFESIONAL

Selepas membuat draf pewarisan harta dan memilih instrumen-instrumen yang sesuai, draf tadi perlulah didokumenkan supaya menjadi satu dokumen wasiat / hibah / amanah / perwarisan yang sah. Untuk menghasilkan dokumen yang sah memerlukan kepada bantuan daripada mereka yang arif dalam bidang pewarisan dan undang-undang.

Di sinilah pemilik harta boleh melantik Majlis Agama Islam Selangor sebagai pihak berautoriti untuk bertindak sebagai wasi, pemegang amanah atau pentadbir harta pusaka. Korang nak tahu lebih lanjut korang boleh hubungi terus MAIS di talian 03-55143773 atau 3772 atau layari www.mais.gov.my.  Diorang akan membantu dan memudahkan korang dalam urusan mengendalian pewarisan harta.

*4 SEDIAKAN PERUNTUKAN KEWANGAN

Apabila memerlukan khidmat profesional untuk menyediakan dokumen-dokumen wasiat / hibah / amanah / perwarisan, sudah semestinya memerlukan kos. Oleh itu, sediakanlah peruntukan kewangan secukupnya. Walaupun kos terpaksa dikeluarkan, ketahuilah bahawa kos yang dikeluarkan ini mungkin lebih rendah jika dibandingkan dengan kos mengurus harta pusaka yang terpaksa waris-waris keluarkan jika tiada perancangan awal dibuat.

*5 MAKLUMKAN PERANCANGAN KEPADA YANG BOLEH DIPERCAYAI

Maklumkan perancangan pembahagian kepada waris atau orang yang boleh dipercayai juga penting kerana langkah ini dilakukan bagi memberitahu waris atau orang yang dipercayai supaya menghubungi wasi, pemegang amanah atau pentadbir yang telah dilantik jika berlaku kematian oleh pemilik harta. Perancangan yang bijak yang telah dilakukan sebelum ini akan dapat membantu waris-waris seterusnya mereka boleh menikmati harta pusaka dengan penuh kesyukuran dan mengekalkan hubungan erat silaturrahim dalam keluarga.

Ini antara kepentingan merancang pewarisan harta dan beberapa maklumat yang perlu korang tahu dalam pengurusan merancanh pewarisan harta buat waris korang.Kalau korang masih kurang mahir dalam urusan ini, korang boleh terus hubungi pihak MAIS tau. Diorang mempunyai kepakaran dalam bidang ini dan semoga ianya dapat membantu serta memudahkan korang dalam urusan harta.

Untuk maklumat lanjut

Websitewww.mais.gov.my

FacebookMajlis Agama Islam Selangor  atau Wasiat Hibah Pusaka Faraid MAIS

Instagram: @mais_officialhq 

yanieyusuf.com

1 Comment

  1. Wanita memang perlu ambil tahu apa juga perkara terutama yang membabitkan harta. Simpan segala resit pembayaran contoh jika bayar rumah beli nama bersama, apa juga contribution yang dibuat isteri. Bukan hendak berkira tetapi kita tidak tahu bila kita akan perlukan semua dokumen itu. Sekurang-kurangnya bila disimpan, mudah bila tiba waktu untuk digunakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*