
Assalamualaikum w.b.t
Pilihan Buffet Ramadhan 2018 | Setiap kali Ramadhan pasti ada sahaja perkongsian lokasi dan juadah buffet Ramadhan yang Mrsyanie kongsikan dengan korang. Tapi tahun ini merupakan tahun ‘rehat’ bagi Mrsyanie dengan keadaan kesihatan Mrsyanie. Yelah memang Mrsyanie fokus pada penjagaan kandungan sahaja, jadi Mrsyanie kurangkan aktiviti blogger. Tapi minggu lepas Mrsyanie gagahkan diri juga untuk ke Puchong untuk bersama dalam memeriahkan lagi Buffet Ramadhan 2018 Four Points by Sheraton Puchong.

Buffet Ramadhan 2018 Four Points by Sheraton Puchong
Terima kasih kepada semua jemputan buffet Ramadhan tahun ini tetapi Mrsyanie tidak dapat hadirkan diri kerana keadaan tidak mengizinkan. Dalam keadaan mamabump ini banyak tawaran jemputan yang Mrsyanie tidak dapat penuhi. Insya-Allah tahun depan kita cover balik ye hihi. Tapi Khamis yang lepas Mrsyanie gagahkan diri juga untuk turut serta memeriahkan lagi Buffet Ramadhan 2018 Four Points by Sheraton Puchong. Terima kasih atas jemputan dari pihak Tourism Selangor dan Four Points by Sheraton Puchong.
Ini kira tahap mengidam habis, nak jugak merasa buffet ramadhan walaupun sekali. Kenapa Mrsyanie memilih Buffet Ramadhan 2018 Four Points by Sheraton Puchong? Ini kerana juadah yang disajikan memukau tekak Mrsyanie tambahan review-review dari rakan-rakan Mrsyanie yang pernah berbuka disitu. Buffet Ramadhan 2018 Four Points by Sheraton Puchong menyajikan pelbagai jenis juadah yang berkonsepkan Warisan Sajian Juadah.
Sesuai Dengan Tema Warisan Sajian Juadah
Tema yang diberikan sangat sesuai dengan pelbagai juadah yang mereka sajikan. Pelbagai makanan warisan yang korang boleh rasai disini, malah bukan hanya sajian warisan atau tradisional malah sajian barat juga terdapat disini. Kiranya korang akan dapat rasai pelbagai jenis juadah yang biasa dan luar biasa.
Dimana pihak Four Points by Sheraton Puchong membawa setiap pelanggannya menjamu juadah kegemaran sepanjang masa rakyat Malaysia. Konsep yang dibawakan dapat menghidangan juadah tempatan yang termasuk pelbagai jenis Satay Grilled (Pelbagai Jenis Satay Bakar), Nasi Kandar, Kambing Bakar, 4 gaya Laksa Noodles (4 jenis masakan Mee Laksa) dan Hot Pot Sup (Sup periuk panas).
Mrsyanie setiap kali ada buffet Ramadhan paling utama memang akan cari satay. Disini bukan hanya disediakan satay Ayam dan Daging Lembu, malah terdapat jugak satay Kambing dan satay Perut. Ini yang membuka selera Mrsyanie, almaklumlah Mrsyanie memang peminat tegar satay. hihi
Tak lepaskan peluang jugak untuk makan Lemang, disini bukan hanya terdapat lemang tradisional malah Lemang Pulut Hitam juga disediakan disini. Selagi belum bersalin ini, Mrsyanie layankan je tekak ni nak makan. haha

Memang banyak sangat pilihan lauk pauk disini, dari sumber darat sehingga ke sumber hidupan laut tau. Kalau ke buffet Ramadhan Mrsyanie memang tak lepaskan makan makanan laut. Disini semuanya segar-segar dan terasa manis kerana segar.
Aneka Sayur-sayuran dan Buah-buahan Tempatan
Selain dari itu, terdapat juga pelbagai makanan warisan lain antaranya ulam-ulaman, sambal jangan kata sambal belacan je pelbagai sambal juga disajikan dan terdapat juga aneka sayur-sayuran dan buah-buahan seperti kerabu dan buah tempatan.
Ruang Lebih Selesa Dan Mesra
Lagi satu kenapa Mrsyanie suka makan disini kerana ruang makan yang disediakan sangat selesa malah ianya juga mesra pelanggan. Tidak terlalu padat hingga bersempit-sempit dan fasiliti yang disediakan pun selesa. Malah kalau korang nak tahu pihak The Eatery Four Points by Sheraton juga menyediakan surau dan ruang anak-anak untuk bermain.
Mudahkan para ibu bapa untuk menjamu selera kerana terdapat ruang anak untuk bermain. Yelah anak-anak mana nak duduk lama menghadap makanan sahaja kan. Diorang dah kenyang mesti gelisah nak bermain, jadi pihak hotel telah sediakan ruang khas yang selesa dan terjaga untuk anak-anak.
Lagi satu menarik disini bukan hanya ada Kurma Kambing dan satay Kambing tau, malah tidak ketinggalan juga Kambing Golek juga disediakan disini. Memang puaslah Ensuami makan daging Kambing, dah peminat daging Kambing kan. Mrsyanie walaupun tidak minat dengan Daging Kambing tapi rasa jugak lah satay Kambing. Yang pasti tiada bau dan boleh untuk Mrsyanie makan.
Jadi masih sempat lagi untuk korang datang berbuka puasa di Buffet Ramadhan 2018 Four Points by Sheraton Puchong kerana buffet Ramadhan disini sehingga 14 Jun 2018. Minggu cuti sekolah ini boleh lah bawa keluarga makan berbuka disana dahulu sebelum balik ke kampung tau. Memang sangat puas hati dan ianya menjadi pilihan Mrsyanie untuk berbuka puasa bagi tahun ini.
Untuk maklumat lanjut:
Four Points by Sheraton
No Tel: +60 3 5891 8855
Email: eatery.puchong@fourpoints.com
Website: http://www.fourpointspuchong.com/warisansajianjuadah
Facebook: FourPointsPuchong
Instagram: @Fourpointspuchong
aduhh terus jadi lapar… sesat nie..