Assalamualaikum w.b.t
Keluarkan Jenama Produk Sendiri Dengan Modal Terendah | Setiap orang pasti ada cita-cita sendiri untuk hasilkan produk sendiri, begitu juga dengan Mrsyanie. Satu impian yang masih lagi belum terlaksana untuk menjadi salah seorang usahawan dengan pengeluaran produk sendiri atas nama jenama sendiri. Dulu Mrsyanie tertanya-tanya bagaimana diorang boleh hasilkan produk jenama sendiri, yelah permulaan mestilah perlukan modal kalau nak bina kilang untuk hasilkan produk. Tapi sangkaan Mrsyanie silap kerana Zyphyto ada jalan penyelesaian mudah untuk persoalan ini.
ZyPhyto Holding Sdn Bhd
Sebelum Mrsyanie jelaskan lebih lanjut apa yang Zyphyto boleh bantu dalam menyelesaikan persoalan bagaimana nak buat produk atas jenama sendiri, kita kenali dulu apa itu Zyphyto. ZyPhyto Holding Sdn Bhd ni adalah 100% syarikat bumiputera untuk produk kesihatan dan kecantikan terus dari kilang. Ia beroperasi bagi tujuan membantu usahawan dan bakal usahawan mencapai impian untuk mempunyai produk sendiri di atas jenama sendiri.
Kiranya inilah jalan penyelesaian yang menjadi persoalan bagaimana nak buat produks sendiri tanpa mempunyai modal besar membuka kilang produk. Zyphyto juga mempunyai anak syarikat iaitu Zy Herbal Science Sdn Bhd ataupun lebih dikenali sebagai Saudagar Herba (saudagarherba.com). Saudagar Herba adalah salah satu syarikat perdagangan antarabangsa di Malaysia yang mengendalikan perniagaan import dan eksport serta mengilangkan produk kecantikan dan kesihatan.
Selain itu, Saudagar Herba juga menyediakan bahan-bahan mentah untuk kosmetik, produk kesihatan dan kecantikan yang telah beroperasi sejak 2016. Antara bahan mentah yang dipasarkan termasuklah ekstrak herba, serbuk, cecair yang mendapat permintaan tinggi bagi usahawan produk kesihatan dan kecantikan.
Hasilkan Produk Sendiri Dengan Pakej Chomey Zyphyto
ZY Herbal Science Sdn Bhd @ Saudagar Herba juga menawarkan ”Paket Chomey” dengan menyediakan produk khusus untuk usahawan baru untuk membina perniagaan atau membina jenama mereka sendiri dengan kos yang lebih rendah.
”Paket Chomey” merupakan pakej termurah buat usahawan baru yang ingin membina cita-cita sebagai usahawan produk jenama sendiri. Dimana pakej ini hanya bermodalkan serendah RM3000 sahaja bagi menghasilkan produk sendiri dengan kualiti dan bahan yang terbaik.
Bila kita ingin menjadi usahawan antara faktor yang perlu kita pertimbangkan adalah:
- Jenis produk yang diingini
- Bagaimana permulaan untuk menghasilkan produk
- Bahan atau kandungan menghasilkan produk tersebut
- Bagaimana untuk dapatkan kelulusan KKM
- Jenis pembungkusan yang berkesan
- Dan pelbagai lagi fakor yang perlu diambil kira.
Tetapi untuk hasilkan produk sendiri dengan Pakej Chomey Zyphyto, ianya memudahkan dan membantu korang untuk menyelesaikan segala faktor yang bermain difikiran. Ini kerana Zyphyto mempunyai pengalaman yang luas dalam penghasilan produk dan ianya mempunyai kilang setaraf GMP, MESTI, HALAL, ISO.
Antara kelebihan lain:
- Pakej serendah RM3000
- Lengkap dengan Rawmate, R&D, Design, Printing, Processing.
- Memenangi pelbagai Award sejak 10 tahun yang lepas.
- Jaminan Kualiti dan Keselamatan produk.
- Pelbagai jenis produk penghasilan: Cosmetic & Food Supplement
- Lengkap dengan maklumat dan kandungan bahan yang selamat.
Produk yang boleh dihasilkan oleh Zyphyto:
- Makanan – Jus, Powder, Tablet, Sachet.
- Kosmetik dan Skin Care Foundation – Sabun muka, Serum Muka, Lipmate Lain-lain
Jadi doakan lah ye mana tahu suatu hari nanti Mrsyanie akan bergelar usahawan atas jenama sendri dan berjaya dalam perniagaan, amin ya rabbal alamin.. hihi Korang pun boleh juga jadi usahawan kerana tiada yang mustahil dan jalan pun dah diberikan oleh Zyphyto bagi memudahkan impian korang tercapai. dalam hasilkan produk sendiri dengan Pakej Chomey Zyphyto.
Untuk maklumat lanjut:
ZY Herbal Science Sdn Bhd @ Saudagar Herba
Alamat Pejabat : No. 10A, Jalan Tiaj 2/9, Taman Industri Alam Jaya, 42300 Bandar Puncak Alam, Selangor.
Website : http://www.saudagarherba.com
No. Telefon : 018-2928898/011-21208898/03-60381012
Email : info@zyphyto.com
Facebook : Saudagar Herba
Cantik juga produk ini. Bukan saja cantik,kelihatan comel saja. Senanglah bawa travel jika produk ini kecil dan senang diisi dalam beg travel.
salam kak yanie..
singgh BW sini.. =)
Jom yanie, fikir satu produk. Kita buat. Jual.