Shapee High Waist Maternity Briefs Keselesaan Buat Bakal Mama

Assalamualaikum w.b.t

Keselesaan Buat Bakal Mama | Alhamdulillah sicomel sekarang dan masuk 7 bulan, Mrsyanie nak tanya pada ibu mengandung korang ada masalah tak dengan mencari pemilihan pakaian dalam. Ini lah masalah yang Mrsyanie hadapi bila meningkat usia dan pastinya fizikal juga semakin membesar ni. Pakaian dalam yang sedia ada semua tak boleh nak pakai kerana kurang selesa terutamanya dibahagian perut. Nasib baik Mrsyanie diperkenalkan dengan satu jenama khusus untuk pakaian dalam buat ibu mengandung dan menyusukan baby.

Shapee High Waist Maternity Briefs Seluar Ibu Mengandung
Shapee High Waist Maternity Briefs Seluar Ibu Mengandung

Shapee High Waist Maternity Briefs

Banyak perkara yang Mrsyanie belajar dalam waktu mengandung ni, yelah selama ini Mrsyanie tak pernah ambil tahu bahawa rupanya pakaian dalam khusus untuk ibu mengandung pun ada dipasaran bagi keselesaan mereka. Ingatkan hanya seluar atau bagi ibu mengandung je yang penting, rupanya pakaian dalam yang sesuai juga penting untuk ibu mengandung.

Jenama SHAPEE ditubuhkan pada tahun 2012 dan merupakan salah satu jenama terkemuka dalam mengeluarkan produk-produk khusus untuk ibu mengandung, menyusukan anak dan produk bersalin moden dengan lebih 50,000 pelanggan yang berpuas hati di Malaysia & Singapura. SHAPEE terkenal dengan teknologi mikro 3D Jepun yang inovatif untuk membentuk bahagian bawah & bahagian bawah.

https://www.theshapee.com/
https://www.theshapee.com/

Reka bentuk SHAPEE direka bagi membantu dalam melangsingkan, memberi keselesaan dan meningkatkan kesempurnaan pemakai dengan hasil yang berkualiti dan rekabentuk yang moden. SHAPEE menggabungkan teknologi dan fesyen untuk menyediakan fabrik yang indah, selesa dan gaya untuk wanita moden. Ianya bertujuan untuk membantu wanita moden kelihatan baik dan merasa yakin.

Shapee High Waist Maternity Briefs Seluar Ibu Mengandung

Antara produk Shapee yang menjadi pilihan Mrsyanie adalah Shapee High Waist Maternity Briefs seluar ibu mengandung. Ianya merupakan produk pakaian dalam khusus untuk ibu mengandung. Dalam usia kandngan yang meningkat ini pasti bentuk badan juga berubah terutamanya bahagian perut. Jadi Mrsyanie memang memerlukan pakaian dalam yang sesuai untuk keselesaan sepanjang hari.

See also  Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Shapee High Waist Maternity Briefs seluar ibu mengandung diperbuat dari material 95% nylon dan 5% spandex yang  amat selesa. Pada lapisan pangkal bawahnya pula diperbuat 100% dari cotton dan sesuai untuk pengudaraan bahagian perut kebawah bagi setiap pemakai.

Kenapa Mrsyanie memilih Shapee High Waist Maternity Briefs seluar ibu mengandung ini kerana kain yang digunakan lembut dan elastik mengikut bentuk perut. Ianya sesuai untuk keselesaan perut yang semakin membesar kehadapan dengan reka bentuk yang dapat menyokong perut supaya lebih terletak dan memudahkan pergerakkan.

Kelebihan Shapee High Waist Maternity Briefs seluar ibu mengandung

  • Material kainnya lembut dan elastik serta lancar ketika dipakai
  • Menjadikannya sempurna sebagai seluar mengandung selesa dan sesuai dengan perkembangan perut yang semakin berkembang setiap bulan
  • reka bentuk yang selesa dan fabrik yang boleh mengembang dengan sempurna serta menyokong bentuk badan yang unik dan pergerakan

Jadi bagi ibu-ibu mengandung yang masih mencari-cari pakaian dalam yang sesuai ketika mengandung Mrsyanie sangat syorkan produk dari Shapee. Menariknya ianya disediakan dalam 1pek dengan kuantiti 2helai dengan harga yang sangat berpatutan iaitu RM36.00 sahaja. Malah ianya disediakan dengan 3 variasi warna yang sangat menarik iaitu warna hitam, beige, dan pink.

 

Untuk maklumat lanjut:

Website: www.theshapee.com

 

Till Next Entry ye!!!

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*