• HOME
  • ABOUT ME
  • LATEST
  • REVIEW
    • HOTEL
    • BEAUTY
      • MEN PRODUCT
      • WOMEN PRODUCT
    • EVENT’S
    • PRODUCT
    • FILEM
  • TRAVEL
    • TIPS TRAVEL
    • MALAYSIA
      • KEDAH
      • PULAU PINANG
      • PERAK
      • SELANGOR
      • KUALA LUMPUR
      • PAHANG
      • NEGERI SEMBILAN
      • MELAKA
      • JOHOR
      • SABAH
      • SARAWAK
    • THAILAND
      • Hatyai
      • Krabi
    • SINGAPORE
    • INDONESIA
      • Bali
      • Bandung – Jakarta
    • VIETNAM
    • CHINA
    • HONG KONG
    • MACAU
    • SOUTH KOREA
  • FOOD
    • RESEPI
    • FOOD: KUALA LUMPUR
    • FOOD: SELANGOR
    • FOOD: PERAK
    • FOOD: KEDAH
    • FOOD: PAHANG
  • FAMILY
  • MEDIA
  • KBBA9 BLOGLIST
  • DISCLAIMER
YanieYusuf
LATEST, MALAYSIA, PAHANG, REVIEW, TRAVEL 8

Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Di Cherating

By yanieyus · On September 7, 2017

Assalamualaikum w.b.t

Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari Part 3 | Mesti korang ternantikan mana lah part 3 ni, oklah aktiviti pagi hanya dijalankan didalam kawasan resort sahaja. Selepas penat bersukaneka dan belajar scuba dengan pihak Muck Dive Kuantan, kami dihidangkan dengan sajian makan tengahari super lazat dan menyelerakan oleh The Legend Resort. Aktiviti petang pula adalah sesi jelajah sekitar Cherating. Apa yang menarik di Cherating? Ok teruskan membaca ye hihi.

Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Di Cherating

Jika ke Cherating tak saha kalau korang tak pusing kawasan sekitar tau. Cherating merupakan daerah sempandan antara Pahang dengan Terengganu. Jadi disini juga terkenal dengan Keropok Lekor. Pihak resort telah menyediakan bas untuk kami, apa lagi tak perlu penat-penat pandu kereta untuk pusing Cherating. hihi

Keropok Lekor Home Made (Pusat Pembuatan Keropok Lekor)

Alamat: Lot 301, Hadapan Masjid Kuala Kemaman,

24000, Kemaman, Terengganu.

No Tel : 09-8684678

Kami terus ke Kemaman yang hampir 10minit sahaja dari resort. Disini terdapat pelbagai kedai yang menyediakan keropok lekor tetapi pilihan kami adalah kedai Keropok Lekor Intan. Disini kami diajar cara dan diberikan pengalaman untuk mengentel keropok lekor sendiri. Nampak senang tapi perlu ada kemahiran dan teknik yang betul.

Korang boleh lihat sendiri cara masak keropok lekor. Panas-panas korang boleh makan tau walaupun tidak digoreng. Makan keropok lekor yang direbus ini pun sedap. Lagi sedap makan keropok lekor dengan pencicahnya. Sos yang istimewa khas untuk keropok ini memang wajib korang beli untuk dibawa pulang. Sedap!

Selain dari tu, ada juga keropok kering dijual dari ikan Tamban atau ikan Parang. Ada yang tanya ikan mana yang sedap, ada yang kata ikan Parang lagi sedap. Tapi kedua-duanya tetap sedap janji tak dicampur terlalu banyak tepung.

Pasar Segar Kemaman

Selepas dah kenyang dijamunya keropok lekor dan keropok yang telah digoreng, kami dibawa terus ke pasar segar Kemaman. Disini korang boleh melihat sendiri hasil tangkapan laut yang segar, saiz besar dan pastinya murah dari pasar lain.

Memang seronok lah tengok hidupan laut yang segar disini, kalau korang nak buat BBQ pun boleh beli disini tau. Nak bawa balik pun boleh, korang beli atau bawa siap-siap box dan isikan dengan ais. Bayangkan lah harga sotong yang bersaiz gergasi tu sekilo baru RM20.00 sahaja tau. Memang beruntung betul penduduk setempat dapat harga makanan laut yang murah dan segar.

Santuari Penyu Cherating  (Turtle Sanctuary)

Tak lama kami dipasar ini, bagi yang nak beli makanan laut sebelum pulang boleh singgah dipasar ini. Lokasi seterusnya adalah Turtle Sanctuary yang terletak berhampiran dengan resort. Disini tidak dikenakan bayaran tau tetapi sesiapa sahaj boleh memberi sumbangan untuk menampung kos-kos penjagaan dan perlindungan Penyu disini. Turtle Sanctuary merupakan satu pusat penjagaan dan perlindungan Penyu.

Mangrove Tour

Boleh hubungi Contact : 017 9789256
Email : kohafiz@gmail.

Antara aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Cherating yang wajib korang cuba adalah Mangrove Tour. Aktiviti Mangrove Tour ini dibawakan oleh Hafiz Firefly Tour. Apa itu Mangrove Tour? Ianya merupakan satu sesi lawatan melihat keindahan alama semulajadi sekitar Sungai Cherating pada waktu siang.

Korang masih ingat aktiviti pertama Mrsyanie sewaktu sampai di Cherating? Ha tengok Kelip-kelip kan, ianya adalah lokasi yang sama dengan Mangrove Tour tetapi hanya dijalankan pada waktu siang. Waktu ini lah korang boleh lihat apa yang terdapat di sekitar Sungai Cherating. Bila malam memang tak nampak apa pun, siang ini lah korang boleh nikmati keindahan alam.

aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Cherating

aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Cherating

Terasa tenang jew sepanjang perjalanan kami menyusuri Sungai Cherating dengan melihat keunikan dan keindahan akar-akar pokok paya bakau serta hidupan liar. Kita sibuk memikirkan hal dunia teknologi sehingga lupa akan dunia semulajadi, disinilah masih kekal akan keindahan dan kitaran semulajadi. Ianya bukan sahaja menarik untuk orang dewasa tetapi sangat menarik untuk kanak-kanak.

Selain aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Cherating ini korang juga boleh luangkan masa berkualiti bersama keluarga. Korang juga boleh terapkan rasa cintakan alam semulajadi pada anak-anak. Pupuklah rasa bersyukur dari kecil moga memberi seribu makna pada semua.

 

 

Maklumat lanjut:

THE LEGEND RESORT CHERATING

Director of Sales : Encik Meor Amran

Alamat: Lot 1290, Mukim Sungai Karang, Cherating,

26080, Kuantan, Pahang Malaysia.

No Tel: 013 3319822

E-mail : dos@legendresort.com.my

Website : www.legendresort.com.my

 

Till Next Entry ye!!!
yanieyusuf.com

Share this:

  • Facebook
  • Twitter
  • LinkedIn
  • Telegram
  • WhatsApp
  • Print

Related

aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Cherating
Share Tweet

yanieyus

You Might Also Like

  • BEAUTY

    8 Manfaat Kecantikan Bersama SAFI Fair Beauty

  • EVENT'S

    Malaysia Halal Expo 2019 di Kuala Lumpur Convention Centre Tak Best?

  • BEAUTY

    Kelas Makeup Inspire Bersama MUA Hayati Hashim Mak Andam Kiri

8 Comments

  • mas saari says: September 8, 2017 at 1:17 pm

    Memang tak sangka banyak aktiviti menarik di Cherating ni, kena datang lagi bercuti ni!

    Reply
  • titan says: September 15, 2017 at 12:01 am

    kalau gi sana, memang cari kopok la jawabnya.

    haha..

    Reply
  • Ainul says: September 15, 2017 at 7:07 am

    Saya google cari info Cherating tak jumpa blog ni. Baru je sampai balik. Taktau nak pilih keropok ikan yang mana 🙂

    Reply
  • sabree hussin says: September 19, 2017 at 7:14 pm

    Saya pulak tak pernah lagi sampai ke Cherating. Selalu dengar orang cerita pasal tempat ni, tapi sampai sekarang masih tak ada peluang nak datang ke sini.

    Reply
  • Lynda Che Lah says: September 21, 2017 at 5:40 pm

    Rugi tak ikut Mangrove Tour tu.kena repeat ni bawa anak pula

    Reply
  • Nurin ahmad says: October 5, 2017 at 8:29 pm

    Best nye mangrove tour tu☺️

    Reply
  • Intan Saffyna says: October 10, 2017 at 3:01 pm

    New Giveaway lets start! Jom join 🙂
    https://intansaffyna.blogspot.my/2017/10/giveaway-besar-besaran-by-intan-saffyna.html

    Reply
  • noramira ishak says: July 23, 2018 at 4:50 pm

    in shaa Allah bulan 10/2018 nanti nak pergi sini

    Reply
  • Leave a reply Cancel reply

    This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

    Data Internet Only RM28 !!

    Visondata pocket WiFi

    INGIN PERCUTIAN BAJET? JOM KLIK

    Kelab-Blogger-Ben-Ashaari-800x800

    JANA PENDAPATAN !

    • MALAYSIA
    • THAILAND
    • SINGAPORE
    • INDONESIA
    • CHINA
    • HONG KONG
      • MACAU
    • SOUTH KOREA
    • VIETNAM

    Subscribe & Follow

    Follow @hayaniyusuf
    Follow on Instagram

    Recent Comments

    • yanieyus on Singapore Day Trip Part Akhir | Sentosa Island
    • Rozana on Singapore Day Trip Part Akhir | Sentosa Island
    • cik nor on 8 Manfaat Kecantikan Bersama SAFI Fair Beauty
    • SitiYangMenaip on 8 Manfaat Kecantikan Bersama SAFI Fair Beauty
    • sha mohamed on 8 Manfaat Kecantikan Bersama SAFI Fair Beauty

    AABC

    POCKET WiFi PILIHAN

    Visondata pocket WiFi

    © 2013 Solo Pine Designs, Inc. All rights reserved.