Aktiviti Menarik di Cameron Highlands

Assalamualaikum w.b.t | Percutian Awal Tahun 2022 | Percutian kali ini merupakan percutian selepas hampir 2 tahun tidak ke Cameron Highlands. Percutian sepanjang 3 hari 2 malam ini Mamayanie akan kongsikan dengan korang antara aktiviti menarik di Cameron Highlands yang boleh dilakukan bersama keluarga.

Tips untuk percutian tanpa perlu bersesak dengan ramai orang adalah trip percutian sewaktu hari kerja. Maksudnya bukan hari persekolah atau hari cuti umum. Ini yang biasa Mamayanie buat untuk mengurangkan kesesakan berjumpa dengan ramai orang sewaktu percutian.

Aktiviti Menarik di Cameron Highlands
Antara First aid kit wajib bawa untuk percutian

Satu lagi tips untuk korang bercuti, pastikan korang bawa kelengkapan yang mencukupi bagi ubat-ubatan dan supplement untuk kesihatan. Mamayanie semestinya bawa essential oils dan diffuser Young Living. Yang bestnya Mamayanie dah ada diffuser Urbane yang sesuai dibawa kemana-mana tanpa perlu wayar.

Program yg tak dirancang

Sehari sebelum kami ke Cameron Highlands, Mamayanie siang tu cakap pada Ensuami, “jom kita ke Ipoh dulu hari ni, esok pagi-pagi terus naik Cameron dari Ipoh”. Dia pun kata “ok on jew”. Apa lagi terus call Mak dan adik (dia yang punya planning ke Cameron Highlands, kira mastermind untuk trip kali ini) bagitahu pla untuk ke Ipoh rumah kakak. Semua pun kata ok, petang sehari sebelum ke Cameron Highlands tu kami terus gerak ke Ipoh.

Lama rasa tak makan diluar ramai-ramai macam ini hihi Kami makan di Dinner Project Ipoh.

Awal pagi selepas sarapan di Ipoh, kami terus ke Cameron Highlands. Kami ikut jalan Simpang Pulai, Ipoh. Keadaan jalan Simpang Pulai ini lebih luas berbanding jalan melalui Tapah. Malah perjalanannya pun tidak banyak belok-belok yang merbahaya. Tapi ada satu kawasan kesan tanah runtuh, tapi telah dibaiki.

See also  [Hotel Review] Mencari Ketenangan di Afamosa Resort Melaka

Yeahh percutian 2022 bermula!

Kalau korang dari Simpang Pulai korang akan jumpa Avant Chocolate Cameron Highlands dulu tau, boleh lah korang singgah tapi Mamayanie pernah singgah sebelum ini. Jadi kami teruskan perjalanan ke lokasi pertama kami.

Aktiviti Menarik di Cameron Highlands

Cameron Valley Tea House Cameron Highlands

Lokasi pertama yang kami singgah adalah Cameron Valley Tea House Cameron Highlands. Ianya korang boleh nampak dari jauh simbolik lokasi ini, iaitu cawan air yang mengalir.

Aktiviti Menarik di Cameron Highlands
Aktiviti Menarik di Cameron Highlands

Aktiviti menarik pertama kami lakukan adalah naik 4×4 adventure ke puncak check point Ladang teh Cameron Valley ini. Sebelum ini kami tak pernah pun terfikir untuk naik tau, kalau datang Cameron Highlands je mesti pergi ladang teh ambil gambar kawasan bawah-bawah je.

  • Aktiviti 4×4 adventure

Kali ini kami buat aktiviti yang lebih menarik. Pakej yang kami ambil adalah Safari Kombo. Pakej yang menawarkan 4×4 aktiviti dan tiket masuk ke mini Safari yang berharga RM18 seorang dewasa, RM12 untuk kanak-kanak.

Aktiviti Menarik di Cameron Highlands
Aktiviti Menarik di Cameron Highlands

Waktu kami sampai memang tak ada pengunjung yang lain, jadi memang lapang rasa. Sampai je dekat check point untuk bergambar, tiada masa yang ditetapkan untuk stay disana. Mungkin sebab tiada orang lain.

Dekat kawasan check point ini korang boleh bergambar ikut suka lah, cuma jangan petik daun teh je hahah katanya kena denda kalau ditangkap petik daun teh. hihi

Aktiviti Menarik di Cameron Highlands

Memang banyak port yang boleh korang bergambar tau. Pemandangan pun sangat cantik dapat lihat lebih meluas ladang teh. Kami dah habis bergambar, tak terlalu lama sangat. Almaklumlah bawa anak-anak, tak boleh lama sangat dekat satu tempat hihi

Kami naik semula 4×4 untuk turun ke bawah dan terus kami dibawa ke Mini Safari. Disebabkan kami dah ambil pakej kombo, jadi jangan hilangkan tiket yang diberi jew tau.

  • Mini Safari (Animal Feeding)
See also  Putrade Allsuites at RPGC Ipoh Perak

Ini memang port anak-anak suka, sebab dapat pegang dan beri makan kepada haiwan yang ada disini. Menariknya dekat kandang Arnab tu, seronok anak-anak beri makan. Babyfh? berani-berani takut namanya hihi

Kalau korang nak masuk mini Safari ini sahaja harga tiket dewasa RM8.00 dan kanak-kanak RM5.00. Kawasan safari ini tak lah besar mana tapi ianya bersih dan banyak jugak port yang korang boleh bergambar.

Aktiviti Menarik di Cameron Highlands

Banyak jugak jenis haiwan yang ada disini seperti Arnab, anak Monyet, Ikan, pelbagai jenis Burung, Kambing dan lain-lain.

Pastikan selepas anak-anak dan korang sendiri yang dah pegang haiwan tu, basuh tangan atau guna je hand-sanitizer Thieves Young Living untuk menjaga kebersihanan tangan. Pastikan juga sop sepanjang percutian korang ok.

Ini baru separuh hari aktiviti menarik di Cameron Highlands. Tunggu next entry Mamayanie akan kongsikan perjalanan dan aktiviti menarik yang korang boleh lakukan bersama keluarga di Cameron Highlands.

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

Enrty lain yang menarik:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*