Assalammualaikum w.b.t
THE TASTE TERMINAL | Siapa pernah makan roti bakaq teloq meleleh?? Pergg rugi sangat tak rasa tau. Roti bakaq teloq meleleh dan roti Bocey merupakan menu tarikan bagi kedai THE TASTE TERMINAL.
Roti bakaq teloq meleleh dan Roti Bocey merupakan menu yang menjadi tarikan pengunjung di kedai yang comel jew berhampiran terminal bas Tanjung Malim. Lokasinya awalaupun agak sibuk di jalan utama tetapi masih menjadi tumpuan pengunjung yang ingin merasa menu istimewa THE TASTE TERMINAL iaitu Roti Bakaq Teloq Meleleh dan Roti Bocey.
Di THE TASTE TERMINAL bukan sahaja menyediakan menu Roti bakaq teloq meleleh tetapi pelbagai menu berasaskan roti dan barat. Antaranya Roti bocey, pelbagai jenis oblong, banana bread ice-cream, kentang goreng dan sebagainya.
Nak tahu menu apa yang mrsyanie order? ha menu nye adalah : Roti Bocey Daging (Royale). Yang ini versi ala-ala big burger tetapi rasa dagingnya sangat sedap. Bukan seperti daging burger yang lain, ianya daging cincang yang dibakar seperti rasa kebab. Mrlaling pula order Roti Oblong Daging Set. Tengok sahaja gambar dibawah, terliur lagi rasanya.
Roti Bocey Daging (Royale)
|
Harga yang ditawarkan di THE TASTE TERMINAL sangat berpatutan dan tak mahal sangat. Selain dari menu roti dan barat, THE TASTE TERMINAL juga menyediakan menu berasaskan nasi, iaitu Nasi Banjir.
THE TASTE TERMINAL juga berkonsepkan kedai vendor khas untuk barangan makanan kering. Pelbagai makanan kering dijual seperti Poco, Biskut, dan makanan IKS yang lain.
Susunan dan hiasan kedai pun sangat unik dan sweet jew. THE TASTE TERMINAL juga menyediakan konsep ‘Drive Thru’, menarikkan!! Hanya membuat panggilan 15 minit tempahan sahaja, korang dah boleh pickup tempahan menu yang ditempah. Bagi yang sibuk, ianya sangat membantu korang dan yang paling penting korang tak perlu berlapar dah sebabkan kesibukkan kerja atau kuliah.
Konsep yang ditekankan oleh THE TASTE TERMINAL adalah ”Kami harap anda gembira dengan makanan yang dihidangkan, Makanlah tanpa was-was”
THE TASTE TERMINAL
Lokasi:
Bersebelahan jalan dengan Agro Bank Tanjung Malim.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
011-12502680
Waktu Operasi:
9 pagi sehingga 10 malam
Till Next Entry ye!!!
alahai…ingat kat area KL tadi..kat Tanjung Malim rupanya…baru ingat nak buat food hunting
Pergi! Roti Bocey Daging (Royale).. Kemain namanya tu.. Rupanya pon menarik, bikinku terliur.. Glup! ^_^"
RosmizaAli.Com
Kat Tanjung Malim..ingatkan KL td…tapi sedap nampaknya tu…huhuhu
kalau kat kl tadi, nanti merdeka nak ajak gi 🙂 hu hu hu….
menarik giler tgk gambo nyer…