Assalamualaikum w.b.t
Percubaan Minum Susu Pertama Sewaktu Hamil | Tahun 2017 macam-macam perkara yang Mrsyanie lalui. Dan antara hadiah paling bahagia bagi tahun 2017 ini bila Mrsyanie disahkan hamil, tambahan pula Mrsyanie menanti kehadiran si comel hampir 7 tahun dah. Jadi bila disahkan hamil, keterujaan tu melebihi hingga lah apa sahaja petua, amalan atau nasihat yang disampaikan akan diambil dengan teliti. hihi Termasuklah pengambilan susu untuk penambahan zat-zat dan bekalan vitamin untuk mama dan kandungan.
Anmum Materna Susu Formula Untuk Ibu-ibu Hamil
Ramai kata ibu hamil ini sangat bagus untuk kita amalkan minum susu seawal kandungan. Alhamdulillah nasib baik Mrsyanie tak ada alah muntah-muntah atau yang berkaitan dengan pemakanan. Cuma ada lah alah dengan masalah kulit, nanti kita cerita dalam entry lain ye. Bila ramai pesan suruh minum susu awal, apa lagi satu jenama ini yang bermain dalam fikiran. Mungkin ianya dah jadi satu jenama utama, jadi bila ingat pasal susu ibu mengandung je akan ingat jenama ni.
Anmum Materna susu formula untuk ibu-ibu hamil memang terkenal dengan pengeluaran produk yang berasaskan susu. Bukan sahaja untuk ibu mengandung malah terdapat juga produk susu untuk anak-anak mengikut umur. Semasa sedang mengandung, kita perlu mendapatkan khasiat-khasiat tambahan seperti protein, folat dan zat besi untuk perkembangan anak dalam kandungan. Jangan ada niat yang salah tau untuk minum susu ini, yang penting apa sahaja jenis susu yang korang pilih niatkan lah untuk mendapat khasiat buat si comel dalam kandungan. Insya-Allah.
Mrsyanie kongsikan bersama apa yang Mrsyanie baca dan rasa, mungkin korang boleh jadikan ianya rujukan untuk memilih susu yang terbaik untuk si comel dalam kandungan.
Bahan-bahan Yang Terkandung Dalam Anmum Materna
Susu Tepung (Susu Lembu), Maltodekstrin, Inulin, Lemak Susu Kompleks (Susu Lembu), Sukrosa, Mineral (Kalsium Karbonat, Magnesium Oksida, Ferik Pirofosfat, Zink Oksida, Kalium Iodida), Asid Dokosaheksanoik (DHA) daripada Minyak Unisel, Vitamin (Natrium Askorbat, Vitamin E Asetat, Niasinamida, Vitamin A Asetat, Kalsium Pantotenat, Vitamin D3, Piridoksina Hidroklorida, Tiamin Mononitrat, Riboflavin, Asid Folik, Vitamin B12), Bifidobacterium lactis. Mengandungi pengemulasi (Lesitin Soya) sebagai kondisioner makanan yang dibenarkan. Mengandungi bahan-bahan perisa yang dibenarkan. Semua aditif makanan adalah daripada sumber tumbuhan dan sintetik. – Sumber www.anmum.com.
Nutrien Yang Terdapat Dalam Anmum Materna
- Neulipid (GA) – Susu lemak kompleks yang kaya dengan GA®, Fosfolipid dan Protein.
- Probiotik DR10™ & Inulin – Inulin adalah prebiotik dan Probiotik DR10™ adalah Bifidobacterium lactis, sejenis bakteria hidup. Adalah penting untuk mempunyai persekitaran usus yang baik untuk penyerapaan nutrien.
- GA® & DHA – GA® (Gangliosida) dan DHA terdapat dalam otak.
- Folat – Folat penting untuk perkembangan dan pembahagian sel-seldan pembentukkan saraf tunjang si manja.
- Kalsium – Kalsium membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat dan sihat. [Icon] Zat besi Zat Besi adalah faktor dalam pembentukkan sel darah merahuntuk menyokong penambahan jumlah darah sebanyak 50% ketika hamil.
- Zat besi – Zat Besi adalah sesuatu faktor dalam pembentukkan sel darah merah dan menyokong 50% peningkatan bekalan darah ketika hamil.
Kalau korang nak tahu Anmum Materna susu formula untuk ibu-ibu hamil mempunyai 2 perisa iaitu perisa susu asli dan perisa coklat. Mrsyanie dah cuba kedua-dua perisa tapi Mrsyanie paling suka susu asli berbanding dengan susu coklat dia. Mungkin ikut tekak masing-masing tambahan dalam waktu kehamilan ni rasa tekak ni berbeza sikit. Mrsyanie masih lagi mencari susu yang bersesuaian, yelah macam-macam susu nak mencuba kan. Sebenarnya susu mana-mana pun sesuai untuk ibu mengandung tapi pastikan dapat nasihat doktor.
Huda pun mula2 pregnant amalkan susu anmum ni, sebab alahan teruk, tak boleh nak makan,minum jer la mampu. Take care yanie semoga kandungan sentiasa sihat.
Siannya huda, thats why, in case i cant get the milk past my throat, i would request anmum materna sample online first before even buying. That way, i wont be wasting money if i cant drink it
Bagus amalkan susu , take care tau
Dulu masa anak sulung je amalkan susu Anmum ni