Assalamualaikum w.b.t
Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari Part 2 | Hari sabtu hari yang penuh dengan program yang telah diaturkan oleh pihak resort untuk kami. Tenang jew rasa dapat melihat matahari terbit diawal pagi, kan seronok kalau setiap masa boleh duduk bercuti melihat keindahan alam yang dicipta oleh Allah SWT. Acara telematch antara acara wajib bagi mengeratkan lagi siratulrahim antara ahli keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari.
Telematch Pupuk Semangat Dalam Kumpulan
Hari kedua kami di Cherating selepas sarapan kami terus jalankan aktiviti kedua kami iaitu telematch atau lebih dikenali dengan sukaneka. Ini paling best walaupun cuaca agak terik tapi memang enjoy melihat setiap ahli keluarga bermain game yang disediakan.
Dimulakan dengan acara kanak-kanak, yelah bagi diorang teruja dahulu. Tak adalah boring anak-anak kan. Seronok sangat tengok diorang bermain, gelagat mak ayah lagi seronok tengok. hihi Siap ajar main tipu tu, tapi hanya gurau mak ayah jew. Bukan mengajar tau hihi Antara acara yang dijalankan adalah bawa bola dengan gelong secara jalan mengundur. Seronok tengok anak-anak ini bermain, doakan Msryanie satu hari nanti dapat jugak melihat anak atau zuriat Mrsyanie pulak ye. aamin
Dalam tengok syok-syok anak bermain, Mrlaling pun syok main pasir dengan Zahra, anak Abang Ben. Sakan depa main pasir ye, bina menara katanya. sayang sangat dekat Mrlaling. Doakan terbaik buat kami tau.
Dah kepenatan anak-anak bermain, teruskan pula dengan acara mak ayah pulak. Ini lagi seronok tengok, gelagat orang dewasa bermain sukaneka. hihi Mrsyanie nasib baik terlepas dari bermain sebab jadi sukarela baby sister anak-anak diorang. haha Nampak tak cara mengelat yang terbaik hihi
Mrlaling dapat team warna biru, diberi nama team Alpha. Acara bagi orang dewasa ada kelainan sedikit tapi tetap acara lebih kurang kanak-kanak. Dalam telematch ini kami diajar untuk berusaha dalam kumpulan. Menang atau kalah itu adat dalam bertanding tetapi semangat setia kawan itu yang paling penting untuk dipupuk antara kami.
Walaupun acara macam kanak-kanak punya game tapi seronok tau. Gelagat jangan kata lah macam-macam cara diorang buat hihi. Ingat senang ke nak main permainan kanak-kanak ni haha..
Selain dari permainan telematch yang disediakan oleh pihak resort, ada juga acara untuk semua pelajari permainan dalaman seperti Congkak, Dam Haji dan Karom. Boleh lah korang buat permainan tambahan untuk aktiviti. Kami siapa yang nak main boleh je disediakan dibawah ruang yang beratap.
Scuba Bersama Muck Dive Kuantan Di Legend Resort Cherating
Selesai telematch dalam jam 11.00 pagi, kami terus ke kawasan Kolam Renang untuk aktiviti seterusnya. Kali ini aktiviti khas untuk orang dewasa jew lah ye. Untuk kanak-kanak korang boleh bawa diorang mandi kolam. Syok tau dapat mandi kolam haha. Aktiviti ketiga kami adalah Scuba. Tapi bukan berscuba semua tapi kami diberi penerangan dan percubaan oleh beberapa orang untuk mencuba scuba. Ianya dibawa khas scuba Bersama Muck Dive Kuantan Di Legend Resort Cherating
Menarik sebenarnya scuba ni tapi korang kena belajar dan masuk kelas dulu untuk mengetahui lebih lanjut cara penggunaan dan langkah keselamatan yang paling penting. Nampak mudah tapi jangan terlalu ambil ringan dengan setiap apa yang diberi penerangan. Bagusnya dengan Muck Dive Kuantan ini adalah korang tak perlu takut untuk mencuba, diorang sangat membantu dan bergerak bersama.
Penerangan yang diberikan korang perlu fahami dan dengar dengan teliti. Ianya hanya untuk langkah keselamtan. Dapatlah Mrlaling mencuba scuba, bukan main seronok dia. Yelah lama dah teringin tapi katanya bukan mudah. Memang kena pergi kelas untuk korang betul-betul mahir dalam mengendalikan scuba.
Korang yang teringin nak belajar Scuba bersama Muck Dive Kuantan di Legend Resort Cherating tau sebab cara dia terang pun kami boleh paham tambahan pengalaman yang dilalui tu yang membawa keyakinan pada korang. Satu hari nanti Mrsyanie nak dapatkan lesen Scuba jugak, yelah melihat keindahan alam dalam laut pulak. Kalau snorkeling hanya dapat lihat didasar lautan sahaja, Scuba korang boleh melihat keindahan dalam pulak.
Baru separuh hari je ni, tu pun dah rasa tak mau balik sebab aktiviti yang disediakan semua menarik. Petang pulak acara melawat beberapa tempat menarik di sekitar Cherating, yang tu tunggu entry seterusnya. Tak sabar nak kongsikan gambar lepaskan baby turtle tau..hihi
Maklumat lanjut:
Muck Dive Kuantan
THE LEGEND RESORT CHERATING
Director of Sales : Encik Meor Amran
Alamat:Â Lot 1290, Mukim Sungai Karang, Cherating,
26080, Kuantan, Pahang Malaysia.
No Tel:Â 013 3319822
E-mail :Â dos@legendresort.com.my
Website :Â www.legendresort.com.my
Acara telematch paling havoc, semuanya semangat nak menang!
Seronoknya.. nampaknyaKUALA having fun time
Acara mcm ni mmg menyeronokkan, tambahan lg bila dapat bersama2 rakan blogger dlm satu komuniti.. meriah. Salam berblogging 🙂
seronok tgk mcm2 acara ada… teringin jugak nk scuba