Assalamualaikum w.b.t

Hari Keluarga Kelab Blogger Ben Ashaari Part 1 | Alhamdulillah tahun ini KBBA9 telah jalankan aktiviti hari keluarga sebanyak 2 kali tau. Yang pertama awal tahun hari tu Mrsyanie tak dapat nak ikut. Tapi nak rezeki jugak untuk Mrsyanie, baru-baru ini dijalankan satu lagi aktiviti Hari Keluarga KBBA9. Cherating Pahang pilihan percutian Hari Keluarga KBBA9 bagi siri kedua 2017 ni dan semstinya Mrsyanie tak lepaskan peluang untuk turut serta.

Cherating Pahang Pilihan Percutian Hari Keluarga KBBA9
Cherating Pahang Pilihan Percutian Hari Keluarga KBBA9

Cherating Pahang Pilihan Percutian Hari Keluarga KBBA9

Yeah dapat jugak Mrsyanie luangkan masa untuk bersama ahli keluarga KBBA9 tau. Yelah setiap tahun mesti Mrsyanie join tapi awal tahun hari tu je tak dapat join atas sebab tertentu. Lega bila Abang Ben kata ada lagi satu aktiviti Hari Keluarga KBBA9 akan dijalankan, memang tak lepaskan peluang lah. Siap kunci tarikh (lock-date) yang ditetapkan, tak kira lah nak jugak pergi haha.

Ikutkan Mrsyanie tak dapat nak turut serta hari keluarga trip kedua ni jugak sebab Mrsyanie merupakan Ketua Pendaftaran bagi seminar di tempat kerja. Dibuatnya pendaftaran pada hari tarikh yang sama untuk trip Cherating. Nasib baiklah Mrsyanie dapat team yang sangat membantu untuk jalankan sesi pendafatran seminar di tempat kerja tanpa Mrsyanie. Terima kasih team AJK Pendaftaran Skema 13. hihi

Bila tak ada kerja dalam kereta hihi
Bila tak ada kerja dalam kereta hihi

Mrsyanie siapkan siap-siap keperluan untuk seminar tu, lepas kerja hari jumaat terus Mrsyanie pecut kereta ke Cherating. Nasib aktiviti hari keluarga bermula malam, sempatlah kami sampai ke lokasi. Perjalanan makan masa lebih kurang 3 – 4 jam jugak lah dengan kelajuan yang tak perlu ditanya haha.

The Legend Resort Jadi Pilihan

Selama 3 hari 2 malam kami berkampung di Cherating Pahang dan The Legend Resort menjadi pilihan lokasi penginapan sepanjang kami berada disana. Sampai sahaja di resort kami terus ke kaunter untuk check-in. Staff disini sangat mesra dan memudahkan, hanya beritahu dari mana. Dah siap diorang sediakan list nama serta kunci. Masuk bilik jew puas hati sebab besar dan selesa. Nanti Mrsyanie cerita pasal resort ye, memang puas hati menginap The Legend Resort tau.

Lepas letak beg di bilik kami terus ke Coffee House untuk makan malam sebelum kami mulakan aktiviti pertama di Cherating. Kenapa Cherating Pahang pilihan percutian Hari Keluarga KBBA9? Kalau korang nak tahu Cherating ini antara top pusat perlancongan di Pahang tau dan terkenal dengan kehidupan lautnya terutama Penyu dan Kura-kura. Cherating dan Terengganu dah sempadan, tak sampai 15- 20 minit dah boleh sampai Kuala Kemaman dari Cherating.

Hafiz’s Friendly Fireflies Watch, Hafiz Firefly Tour

Boleh hubungi Contact : 017 9789256
Email : kohafiz@gmail.

Aktiviti telah disediakan oleh pihak The Legend Resort, jadi kami tak perlu pening kepala nak rancang perjalanan aktiviti sepanjang 3 hari 2 malam di Cherating tau. Siapa yang tengah cari penginapan atau lokasi untuk seminar ke, hari keluarga, reunion atau teambuilding sesuai untuk kesini. Aktiviti pun pihak resort boleh sediakan tau. Kami aktiviti pertama ke Hafiz Firefly Tour untuk melihat Kelip-kelip. Ingatkan dekat Selangor jew ada, tapi dekat Cherating pun ada tau kelip-kelip show.

Dari resort kami naik bas yang disediakan oleh pihak resort untuk ke Hafiz Firefly Tour, lebih kurang 5-8 minit jew dari resort. Sampai jew kami disambut oleh staff di Hafiz Firefly Tour dan diberikan life jacket setiap seorang. Sebelum kami melihat sendiri Kelip-kelip, kami diberi penerangan terlebih dahulu oleh pemilih Hafiz’s Friendly Fireflies Watch, Hafiz Firefly Tour iaitu Encik Hafiz.

Mungkin bagi yang tak tahu sebenarnya Kelip-kelip ini adalah sejenis serangga dalam kumpulan Kumbang. Ianya mengeluarkan cahaya dari bahagian paerut/dada nya sebagai tanda berkomunikasi dengan pasangan. Menarik di Hafiz’s Friendly Fireflies Watch ini kita bukan sahaja hanya melihat keindahan alam dari Pencipta tetapi kita diberi penerangan dan mengenal lebih terperinci tentang Kelip-kelip.

Kemahiran Memanggil Kelip-kelip

Satu lagi keunikkan tentang Hafiz’s Friendly Fireflies Watch, Hafiz Firefly Tour ni adalah kemahiran Encik Hafiz memanggil Kelip-kelip untuk datang ke kita. Kelip-kelip ini selalunya akan berada atau bertenggek di pokok-poko tau, waktu disana Encik Hafiz ada cara memanggil Kelip-kelip ni untuk terbang ke kami.

Dengan hanya menggunakan lampu kecil bercahaya merah dan panggilan bunyi, Kelip-kelip ini akan terus beterbangan ke kami yang berada di bot. Dapat jugalah pegang kelip-kelip yang kecil jew tapi diingatkan tidak boleh bawa balik atau pegang dengan kuat yang boleh menyebabkan kematian tau. Yelah kena jugak kita jaga dan perlihara kehidupan.

Dah lama Mrsyanie nak tengok Kelip-kelip, waktu tu pikir hanya di Selangor jew. Bila diberi itinerary percutian 3 hari 2 malam di Cherating Pahang memang teruja sebab tercapai jugak hajat nak tengok Kelip-kelip.

Rasa tenang dan damai jew melihat cahaya dari Kelip-kelip dengan bunyi air sungai dan beratapkan langit yang cukup cantik dihiasi bintang-bintang. Satu kenikmatan bila kita dapat melihat kebesaran Allah SWT, alhamdulillah. Hampir 1jam jugak kami melihat Kelip-kelip sepanjang Sungai Cherating. Sebab itu Cherating Pahang pilihan percutian hari keluarga KBBA9 tau, bukan sahaja siang penuh dengan aktiviti malah malam pun ada aktiviti yang boleh dijalankan disini.

Kemudian kami dibawa semula ke resort untuk acara santai bersama ahli Kelab Blogger Ben Ashaari. Yang ini aktiviti wajib tau, yelah disinilah kami akan kenal lebih tentang rakan-rakan alam maya kami. Kira macam slot ice-breaking gitu. hihi

Ehh sebelum itu, mesti ada yang tanya mana gambar Kelip-kelip ye. Maaf kami tidak boleh ambil gambar Kelip-kelip untuk mengelakkan dari cahaya kamera ataupun telefon bimbit bagi mengekalkan ekosistem Kelip-kelip. Korang nak tengok keindahan cahaya Kelip-kelip? ha apa lagi datang ke Cherating untuk melihat dan menyentuh sendiri Kelip-kelip yang ada disini.

 

Maklumat lanjut:

THE LEGEND RESORT CHERATING

Director of Sales : Encik Meor Amran

Alamat: Lot 1290, Mukim Sungai Karang, Cherating,

26080, Kuantan, Pahang Malaysia.

No Tel: 013 3319822

E-mail : dos@legendresort.com.my

Website : www.legendresort.com.my

 

Till Next Entry ye!!!
yanieyusuf.com

You may also like

7 Comments

  1. Mana gambar kelip2nya hahahhaa.. takle tangkap gambar nanti kelip2 tak keluar .. terus larik.menyorok kat hutan bakau..seronok trip ni menikmati kelip2 di waktu malam nan sunyi bertemankan cahaya bulan dan bintang..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *