Biskut Cornflakes Coklat Tanpa Bakar

Assalamualaikum w.b.t

Resepi Biskut Raya Mudah | Mesti ramai yang dah mula buat biskut raya kan, dan mana yang tak sempat buat tu mesti dah siap tempah biskut raya kan. Mamayanie tahun ini semangat sikit nak buat biskut raya tapi yelah kekangan masa dan ada ”handbag” (alah Babyfh ler, yang asyik berkepit dengan mamanya hihi) ini jenuh sikit nak buat biskut raya. Tapi nak jugak buat biskut raya walaupun simple dan mudah.

Resepi Biskut Cornflakes Coklat Tanpa Bakar

Selalunya bila kita sebut tentang Cornflakes mesti akan digandingkan dengan madu kan. Ok kali ini Mamayanie nak kongsikan Resepi Biskut Cornflakes Coklat tanpa bakar yang mudah dan paling simple untuk korang buat. Mamayanie sempat lah buat dekat rumah Mak, hihi sebab ramai pembantu yang boleh tolong. Terima kasih adikku Syima, Ikin dan Mak. Yang penting akan menjadi pilihan pertama setiap orang yang sukakan coklat terutamanya kanak-kanak.

Dengan menggunakan 3 bahan asas, semudah abc untuk buat nya. Paling bestnya resepi ini korang tak perlu bakar tau, dan Mamayanie hanya menggunakan microwave untuk cairkan coklat. Memang enak dan lazat hingga menjilat bekas coklat tu haha. Jom Mamayanie kongsikan resepi Biskut Cornflakes Coklat tanpa bakar.

Resepi Biskut Cornflakes Coklat

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Milk compound chocolate (Beryl’s)
  • Honey Cornflakes – ( 1kotak ikut pada coklat yang korang nak cairkan)
  • Buttercup – 1 sudu besar
  • Almond – (ini pilihan nak letak boleh dan tak letak pun boleh)
  • Papercup

Cara-caranya:

  • Masukkan coklat dan 1 sudu buttercup kedalam bekas (Mamayanie gunakan bekas yang boleh masuk microwave)
  • Cairkan coklat –

( ada 2 cara untuk korang cairkan coklat, samada gunakan teknik boiler atau masuk dalam microwave). Macam Mamayanie pilih masuk dalam microwave jew, mudah sangat dan pastukan korang ambil suhu sederhana dan hanya 2-3 minit sahaja) – kemudian biarkan sejuk sedikit.

  • Sangai almond hingga rangup (api sederhana)
  • Masukkan cornflakes kedalam bekas yang berisi coklat cair tadi dan masukkan terus almond yang telah disangai
  • Gaulkan sehingga rata dan siap untuk dimasukkan kedalam papercup.
  • Lebih menarik letakkan colour rice diatasnya.
  • Biarkan sejuk dan siap untuk dimakan.
Resepi Biskut Cornflakes Coklat
Resepi Biskut Cornflakes Coklat

Inilah resepi mudah yang korang boleh buat dan yang paling penting ianya sedap sesuai untuk semua. Kalau korang tak nak menggunakan coklat gelab, korang boleh tukar kepada coklat putih (white chocolate).

See also  Pemberian Vaksin Pneumokokal Percuma Untuk Kanak-kanak 4 dan 5 tahun Mulai 1 Jun 2023

Mamayanie gunakan jenama Beryl’s Milk compound chocolate kerana ianya dah cukup manis dan mudah untuk korang cairkan. Lagi satu ianya tidak terasa berminyak. Tak perlu tambah gula dah, memang sedap. Tapi terpulang korang nak guna coklat jenama lain pun boleh yang sesuai dengan tekak korang ye.

Bila dah buat biskut raya ini terasa macam nak raya dah. Tak sabar nak bergambar (nanti Mamayanie post dekat Instagram ye haha) dan beraya bersama Babyfh tau, tahun pertama buat Mamayanie beraya bersama Babyfh dan sebagai seorang ibu tunggal. Apa pun Mamayanie akan buat persiapan yang terbaik buat Babyfh raya ni. Insya-Allah.

Selamat mencuba.

Resepi Mudah Dan Cepat !

Till Next Entry ye!!!

yanieyusuf.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*