
Assalammualaikum w.b.t
Hot Spring Sungkai | Perak merupakan salah satu negeri yang kaya dengan keindahan alam semulajadi. Salah satu tarikan pelancong ke negeri Perak adalah Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah Sungkai Perak. Ianya menjadi salah satu lokasi tarikan pengunjung tidak kira bujang mahupun yang bekeluarga.

Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah Sungkai Perak
Sungak Klah ini terletak di daerah Batang Padang dan lebih tepat terletak di Sungkai Perak. Ianya satu lokasi yang menarik untuk korang bawa keluarga beristirehat tau, tak kira lah samada nak pergi dengan keluarga atau dengan kawan-kawan. Sungkai Klah ini mempunyai kolam air panas, mesti ada yang tertanya ada sungai ke? Yup jika korang datang kesini terdapat anak sungai yang berada dipedalaman. Tetapi ianya terkenal dengan kolam air panas yang telah dibina dan dijaga baik oleh Felda Residence.
Felda Residence Hot Spring Sungai Klah
Jika dari Kuala Lumpur mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai kesini melalui higware dan keluar persimpangan Sungkai. Jangan risau ada signboard untuk korang ke Hot Spring Sungai Klah. Macam Mrsyanie dekat je lebih kurang 15 minit boleh sampai ikut jalan lama. Ini kali ke 4 Mrsyanie sampai ke Hot Spring Sungai Klah. Teringat pulak dengan arwah Abah suka untuk merendam di kolam air panas, pertama kali sampai sini pun arwah Abah yang bawa. Rindu dekat Abah, Al-Fatihah.
Kali ini Mrsyanie pergi bersama Mak dan 2 orang adik, pengikut setia ni tak boleh kalau tinggal haha.. Tapi Mrsyanie tak mandi pun hanya datang untuk mengambil ketenangan udara segar alam semulajadi. Fokus aktiviti disini adalah kolam air panas tetapi juga disediakan kolam sejuk untuk korang bawa anak-anak kecil bermandi. Bayaran masuk Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah Sungkai Perak ini mengikut usia yang ditetapkan. Boleh rujuk carta tiket dibawah (bergantung kepada perubahan pihak Felda Residence Hot Spring Sungai Klah).
Dulu masuk murah jew, eehhh haha jangan cerita pasal dulu-dulu harga minyak pun lain kan..hihi Disini korang tidak dibenarkan bawa makanan dari luar tau, jadi pandai-pandailah membawa jika nak berkelah. Tak pun korang boleh jew beli dekat kedai yang disediakan didalam Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah Sungkai Perak ni.
Untuk masuk kedalam mereka menyediakan perkhidmatan mini trem, kalau rajin korang boleh lah berjalan kaki. Mini trem ini percuma, tapi tak banyak disediakan keutamaan diberikan kepada warga yang memerlukan. Mrsyanie naik trem ler, tengah panas tak lalu lah teman nak jalan kaki hihi
Sampai dikawasan rekreasi korang boleh mandi kolam air panas dahulu atau terus ke kolam sejuk. Macam kami ke kolam air panas dahulu kemudian baru ke kolam sejuk kerana kolam sejuk disediakan tempat menunggu yang luas dan tempat makan. Kasi lapar betul-betul baru leh duduk dikawasan makan kan.
Bagi yang ada sakit jantung dan darah tinggi tidak digalakkan untuk mandi kolam air panas secara mengejut tau. Kolam air panas dijaga dengan baik dan bersih, jadi jangan lah korang cemarinya tau. Kawasan kolam air panas juga disediakan pondok rehat dan ada disediakan almari penyimpanan beg (kena bayar ye) hihi.
Sepanjang berada disini korang boleh menikmati keindahan alam disini. Terdapat juga beberapa kemudahan lain seperti taman permainan untuk kanak-kanak, kolam ikan (boleh beri makan), archery, merebus telur, ATV motor dan sebagainya.

Datang tempat kolam air panas, mestilah wajib makan telur rebus atau telur separuh masak. Telur korang boleh beli dikaunter betul-betul dihadapan kolam air panas yang suhunya tinggi. Sesuai untuk merebus telur, jangan pulak korang pi celup kaki mau melecur tau. Selain telur diorang ada jugak sediakan jualan Nasi Lemak, lengkap lah korang makan Nasi Lemak Telur Rebus hihi.
Lepas dah makan telur rebus panas-panas dengan kicap dan lada yang sedap, kami terus ke kolam sejuk. Ha disini memang menjadi tumpuan keluarga yang mempunyai anak kecil. Seronok diorang dapat mandi manda dan siap main gelunsor yang disediakan oleh pihak Felda Residence Hot Spring Sungai Klah.
Eh bukan budak jew yang suka, ni ha orang dewasa pun suka main air kolam hihi.. Mrsyanie tukang ambil gambar diorang jelah. Bila dah panas sedap dapat makan airkrim kan.. Kita nak belanja Mak tengok Mak lak yang nak bayar. Sayang Mak ketat-ketat.hihi Disini memang tenang dan penuh kedamaian yang sesuai untuk korang yang inginkan suasana jauh dari kota.
Dah siap tukar banju semua di tandas yang disediakan, kami gerak balik. Tapi kami tak naik mini trem tu, kami ikut jalan lain untuk melihat ada lagi yang disediakan disini. Jalan lain ni lebih kepada kawasan hijau dan agak redup untuk berjalan kaki. Sempatlah kami melalui Taman Terapi di Taman Rekreasi Air Panas Sungai Klah Sungkai Perak ni. Taman Terapi ini disediakan perkhidmatan Spa, Jacuzzi dan ada disediakan batu refleksologi untuk pengunjung.
Disini juga disediakan kawasan penginapan bagi yang inginkan kelainan boleh bermalam disini dan menikmati kolam air panas diwaktu malam. Jadi mana yang tak tahu hujung minggu nak bawa keluarga kemana, ini adalah salah satu lokasi yang sesuai untuk rekreasi bersama keluarga.
Sebelum balik kami singgah dulu makan kat Nasi Bamboo Sungai Klah yang terkenal sejak-sejak masuk TV3 dulu. Menarik sangat ke Nasi Bamboo Sungai Klah? Nanti Mrsyanei cerita kan dalam entry yang lain ye.
Untuk maklumat lanjut:
Website: Felda Residence
menarik, tak jauhpun dari tempat kak ana, tapi belum pernah lagi ke sini, tq Yanie berkongsi info, mana tahu satu hari nanti nak ke sini pula 🙂
Boleh tahan juga ticket masuk. Kolam air panas kat teganu FREE jer, hehe.
Blogwalking here. Jemput singgah blog huda >>www.ceritahuda.com
fuhhh, macam menarik je tempat ni, siap ada tempat utk rebug telur lagi…hehe
ok tak mahal sangat. mmg dah lama teringin nak pi. leh plan ni.. tq yanie.
Lama betul tak mai sini. Dulu selalu mai. Makin cantik wehhh! Oh my kena pi ni
teringat2 sis kat sini…pernah pergi sekeluarga…nikmat dpt berendam kolam air panas tu…tapak kaki tu yg ada masalah tumit sesuai sgt pi sebab rasa lega…menginap kt sana pun best…tenang je
dulu sebelum buat blog dah pernah pergi tempat ni..tapi masih baru lagi..sekarang dah lawa..nak ekna pergi lagi ni