
Assalammualaikum w.b.t
Butir Nangka Manisan Kelantan | Menarik nama yang diberikan adalah Butir Nangka. Ia merupakan salah satu manisan tradisional bagi negeri Kelantan. Manisan memang sangat sinonim dengan Kelantan yang suka akan kemanisan. Kalau korang pergi Kelantan pasti korang akan rasa hampir kesemua masakan mereka sedikit manis berbanding dengan masakan negeri lain.

Resepi Butir Nangka Manisan Tradisional Kelantan
Mungkin itu membuatkan masyarakat Kelantan semua manis-manis jew muka terutamanya gadis-gadis Kelantan. Ehh sahaja je, Mrsyanie lahir kat Kedah jadi tak ada kaitan pun hihi. Kali ini Mrsyanie nak kongsikan dengan korang resepi Butir Nangka manisan tradisional Kelantan yang sangat mudah dibuat dan sesuai untuk semua makan. Bukan hanya orang Kelantan jew tau, manisan ni sangat sesuai untuk semua tak kira majlis apa. Jadi masih bulan Syawal ni korang boleh jadikan resepi Butir Nangka manisan tradisional Kelantan sebagai salah satu menu dalam list menu rumah terbuka korang.
Resepi Butir Nangka
Bahan-bahan Butir Nangka
Adunan biji Nangka:
- 1 cawan tepung pulut
- 2 sudu tepung gandum
- Air daun pandan (kisar daun pandan, tapis dan ambil airnya pewarna hijau)
- Garam
- Gula Melaka
Kuah Manis:
- Santan pekat
- 2 helai daun pandan – disimpul
- Gula perang
- Garam
- 1/2 sudu kecil Halba

Cara-cara adunan doh Butir Nangka:
- Sebelum membuat adunan, panaskan air dahulu dalam periuk (sementara menunggu air mendidih boleh buat adunan)
- Masukkan tepung pulut dan tepun gandum kedalam bekas yang sesuai.
- Masukkan garam sedikit kedalam air pandan. Kacau sehingga sebati.
- Masukkan air pandan tadi sedikit demi sedikit untuk membuat doh adunan kedalam bekas berisi tepung tadi. Jangan terlalu lembik sehingga doh tidak melekat ke tangan.
- Ambil sedikit doh dan masukkan sedikit gula Melaka. Buatkan berbentuk bujur seperti buah Nangka (buat bulat pun boleh).
- Terus masuk kedalam air yang mendidih awal tadi.
- Biarkan beberapa minit sehingga butir nangka tadi timbul dan masukkan kedalam air biasa yang telah dimasak (bersuhu biasa).
Butir nangka yang dah dimasak dimasukkan kedalam bekas berisi air biasa tadi supaya ianya tidak melekat dan cepatkan sejuk. Ingat pastikan air yang telah dimasak tau, jangan guna air paip pulak. hihi


Cara-cara penyediaan kuah:
- Masukkan santan pekat kedalam periuk.
- Masukkan sedikit gula perang (bergantung kepada kemanisan tetapi ingat jangan manis sangat sebab butir nangka kita ada gula Melaka)
- Masukkan garam dan halba sedikit.
- Kacau sehingga ia mendidih dan masak.
- Siap!
Penyediaan Manisan Butir Nangka:
Masukkan kuah tadi kedalam bekas dan masuk semua butir nangka tadi. Siap untuk dimakan.

Ada yang buat dalam adunan doh tadi tak letak gula Melaka, ada yang buat kosong sahaja. Tapi pastikan kuah korang manis untuk sebatikan semula rasa butir nangka. Tapi Mrsyanie suka letak gula Melaka dalam adunan doh tu supaya lengkap rasa manisnya. Mudah sangat kan dan korang boleh buat satu adunan ini untuk 2 jenis kuih iaitu Kuih Buah Melaka dan Manisan Butir Nangka. Siap 2 hidangan sampingan untuk rumah terbuka korang. Selamat mencuba!
Resepi Mudah? KLIK
Macam puteri mAndi plak eh. Tapi menarik sebab berwarna warni.
sedap ni…..terliur lah pulak,,