
Assalammualaikum w.b.t
Pusat Tumpuan Pelancongan Dunia | Thailand negara jiran yang dah 2-3 kali jugak Mrsyanie sampai seperti Krabi, Phuket dan Hatyai. Tapi belum cukup lagi ni sebab antara wishlist dalam diari travel Mrsyanie adalah percutian ke Pusat Bandar Thailand iaitu Bangkok. Ianya salah satu bandar yang pesat membangun dan diperkenalkan dengan lambang kemegahan pelancongan satu dunia. Bangkok Thailand lokasi shopping terbesar dan menjadi tumpuan setiap pengunjung yang datang.

Bangkok Thailand Lokasi Shopping Terbesar
Jika kita ke Krabi tumpuan dia berbeza ianya lebih kepada keindahan pulau dan laut nya, begitu juga dengan Bangkok. Ianya menjadi tumpuan pelancong untuk mendapatkan pelbagai barangan dengan harga yang murah. Terdapat banyak lokasi yang boleh untuk kita kunjungi tetapi Mrsyanie tekanan beberapa lokasi pusat membeli-belah terbesar di Bangkok yang wajib korang lawati.

Lokasi Market Terbesar Di Bangkok Thailand
- Chatuchak Market
Chatuchak Market atau dikenali sebagai pasar minggu di Bangkok. Ia merupakan pasar yang terbesar di dunia. Pelbagai jenis barangan dijual disini seperti barang kemas, barang perhiasan berbentuk haiwan, hiasan rumah dan ianya juga menjadi tumpuan pelancong mencari makan. Terdapat hampir 15,000 gerai jualan yang menawarkan pelbagai keperluan. Ini adalah tempat yang terbaik untuk korang melihat sendiri budaya orang tempatan dan melihat kesibukan kota Bangkok.


- Rod Fai Night Market
Rod Fai Night Market atau dikenali dengan panggilan Train Night Market merupakan salah satu lokasi shopping yang sangt unik dan koleksi vintaj. Dari produk fesyen, aksesori, hiasan rumah dan ada yang menjual perabot. The Rot Fai Market asalnya merupakan lokasi landasan kereta api yang terletak dibelakang Chatuchak Market. Operasi kereta api dipindahkan pada tahun 2013 dan kini dijadikan salah satu lokasi shopping yang menarik di Bangkok.
Kerajaan Bnagkok juga telah membangunkan satu lagi market train sempena kejayaan Rod Fai Night Market ini iaitu Ratchada Train Market. Bersesuaian dengan lambang Bangkok Thailand lokasi shopping terbesar. Ia beroperasi setiap hari Khamis hingga Ahad bermula jam 5.00 petang hingga lewat tengahmalam.

- Pratunam Market
Pratunam merupakan salah satu kawasan yang paling berwarna-warni dengan jualan dan menjadi lokasi tumpuan di Bangkok. Ia terkenal dengan kedai-kedai yang mengeluarkan produk-produk fesyen yang terus dari kilang dengan jualan secara borong kepada peniaga. Pratunam menawarkan harga yang rendah untuk semua jenis pakaian, aksesori fesyen, kasut, jam tangan, barang kemas, tali pinggang, beg dan pelbagai. Waktu operasi adalah 4.30am sehingga 12.00am.

- The Platinum Fashion Mall
The Platinum Fashion Mall atau dipanggil Bangkok Mall adalah pusat membeli-belah yang terbesar di Bangkok. Terletak diseberang dengan Pratunam Market. Ia menawarkan barang fesyen dari produk dari Korea, Jepang, Hong Kong dan pelbagai negara yang luar.Walaupun ianya kelihatan lokasi mewah tetapi ia masih menawarkan harga yang murah dan berpatutan.

- Pasar Terapung Damnoen Saduak
Disini merupakan salah satu tarikandi Bangkok. Bukan tempat mewah tetapi ianya dijual disekitar sungai Bangkok. Keunikkan menjaul menggunakan sampan menjadi pilihan pengunjung untuk datang kesini. Kebanyakkan disini menjual makanan dan minuman tetapi terdpat juga beberapa barangan hiasan turut dijual.

- Amarin Plaza
Pusat beli-belah yang menawarkan barangan dari hasil tenunan tempatan, iaitu Amarin Plaza. Disini boleh dapatkan Sutera Thailand yang lembut dengan harga yang berpatutan. Selain kain sutera, korang boleh juga dapatkan prosuk fesyen yang lain, kosmetik, barangan hiasan dan produk kesihatan.

- Khao San Road
Dan akhir sekali adalah Khao San Road adalah lokasi tumpuan backpacker dari seluruh dunia. Sepanjang Khao San Road pelbagai jualan dari kedai hingga ke jualan tepi jalan. Bukan sahaja barangan malah terdapat juga money changer, kedai makan dan hotel-hotel bajet yang ditawarkan disini.

Travel Ke Bangkok Murah Dengan Traveloka
Teruja kan banyak lokasi pusat membeli-belah yang disediakan di Bangkok Thailand. Bukan itu sahaja Bangkok juga merupakan bandar yang penuh dengan kesenian dan sejarah seperti Grand Palace dan Muzium Negara & Wang Na Palace.
Sekarang korang dah tak perlu nak tunggu Karnival Matta Fair untuk menikmati harga penerbangan dan pakej hotel yang murah kerana sekarang mudah dengan Traveloka jew. Dengan tema yang dibawa oleh Traveloka iaitu Wonderful! Asia by Traveloka, menjadikan Traveloka adalah pakar dalam pelancongan di Asia. Malah ia menawarkan tawaran yang lebih hebat dari Matta Fair. Paling penting Traveloka adalah app yang boleh dipercayai di Asia Tenggara dengan 15million muat turun (15million download) tau.
Promosi Potongan RM188 Selamat 3 Hari!
Lagi menarik Mrsyanie nak bagitahu ni, Traveloka sekarang menawarkan potongan sebanyak RM188 untuk hotel dan penerbangan ke Bangkok Thailand hanya melalui Traveloka app selama 3 hari bermula:
- 14th Julai (Jumaat) – 16th Julai (Ahad), 3 hari sahaja (pembelian tiket penerbangan).
- Travel period: bila-bila masa
- Buat tempahan PENERBANGAN dahulu dan dapatkan potongan sebanyak RM50.00 (guna kupon = SEAFLYBKK).
- Kemudian selepas pengesahan tiket, terima email untuk kupon potongan harga hotel sebanyak RM138. Minimum spend flight RM150 dan hotel RM300 untuk 2 malam.
- Booking period (hotel): selepas terima email selepas pembelian tiket penerbangan sah sehingga 31hb Julai 2017.
- Harga terakhir yang ditunjukkan di Traveloka App adalah harga termasuk tax, tiada harga tersembunyi.
Nak cari tiket murah? Alah semua dihujung jari sekarang tau, muat turun aplikasi traveloka sekarang untuk tawaran hebat ini dan nikmati bakal percutian murah korang ke Bangkok Thailand.
Untuk maklumat lanjut:
Traveloka Malaysia
Pelbagai lagi destinasi menarik untuk dilawati, layari:
Website: https://www.traveloka.com
Facebook: TravelokaMY
Byk tmpat shopping yg best ye kat Bangkok ni
bestya, bila nak ajak nani shopping sana..hehehe jom jln2 jom, booking dengan traveloka pastinya
Harap tahun depan sampai la ke Thai ni..
Pergi bangkok mmg heaven utk kaki shoping.
Wahh nak pergi melancong ke Thailand lah tahun ni menggunakan Traveloka
Wow ai pun blom sampai bangkok ni… nak ikuuut
Jom abg hoq.. kita cari sponsor..ehhh hihihi
mesti Eyda rambang mata kalau pegi sini