
Assalammualaikum w.b.t
Resepi Onde Onde Gula Melaka | Mrsyanie bersyukur sangat dalam bulan Ramadhan tahun ini banyak resipi baru yang Mrsyanie pelajari. Mungkin aura puasa tu yang membuatkan Mrsyanie teringin nak belajar buat kuih, tapi yang pastinya kuih yang Mrsyanie buat semuanya mudah dan ringkas. Maaf lah Mrsyanie tak gemar kalau buat kuih yang renyah atau erti kata yang banyak sangat langkah dan susah. Semua Mrsyanie nak cepat dan senang buat tambahan pula bila kita bekerja, masa nak buat pun terhad kecuali hari minggu jew. Apa lagi kita pun google lah jumpa resepi Onde Onde yang ringkas ni.

Sedap Onde Onde Gula Melaka Berlemak
Macam mana terdetik nak buat kuih Sedap Onde Onde Gula Melaka Berlemak ni? Kalau di bazaar Ramadhan kuih ni mesti tak terlepas dari list setiap peniaga kuih tapi bukan apa kalau nak beli tengok rupa pun kecewa tau. Kecil-kecil jew, kalau dah kecil mesti inti dalamnya sikit. Ermm tak puas nak makan tau, akhirnya ini lah jalannya buat kuih Sedap Onde Onde Gula Melaka Berlemak sendiri.
Korang nak tahu mana Mrsyanie dapat resepi Onde one berlemak ni, waktu Mrsyanie pergi kedai nak beli kelapa parut. Makcik yang jual Kelapa tu tanya nak masak apa, Mrsyanie jawap lah nak buat Onde Onde Gula Melaka. Dia tanya macam mana resipinya, tu apa lagi Mrsyanie cerita lah. Rupanya dia kata kalau nak sedap lagi tambah pati santan dalam bancuhan. Ingatkan Makcik ni tak tahu haha rupanya dia nak bagi idea bagi lagi sedap, fuh malu kejap haha. Terus Mrsyanie order santan parut untuk cuba resipi Makcik Kelapa ni. hihi
Resepi Onde Onde Gula Melaka Berlemak
Bahan- bahan
- 4 sudu Tepung pulut
- 1 sudu tepung gandum
- 5 helai daun pandan
- Santan
- Air sedikit
- Gula Melaka – potong kecil
- 1/2 biji kelapa parut – ambil bahagian putih sahaja
- Sedikit garam
Cara-caranya
- Kisarkan daun pandan dengan santan dan sedikit air. Tapiskan untuk dapat air santan pandan.
- Bancuh tepung pulut dan tepung gandung dengan air santan daun pandan tadi. Masukkan sedikit demi sedikit supaya adunan boleh digentel dan tak melekat di tangan.
- Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil dan buatkan ianya bulat hingga menutup gulu Melaka tadi dengan kemas.
- Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Kalau nak wangi lagi, boleh masukkan daun pandan yang dicarik dalam air rebusan.
- Masukkan bebola tepung tadi dan tunggu sehingga ianya timbul di permukaan air menandakan ianya telah masak dan sedia angkat keluar.
- Kemudian tos dan terus masukkan ke dalam pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam.
- Golek golekkan kuih di atas kelapa tadi sehingga ianya betul betul bersalut.
- Sedia untuk dihidangkan.
Baru puas hati dapat buat sendiri, rasa nikmat manis buah Melaka nya dan kelapa yang segar. Memang sedap, bukan susah mana nak buat rupanya tapi tindakan nak atau tidak jew. Lepas ni kuih apa lagi nak cuba ye..hihi apa-apa pun terima kasih Mak banyak beri tunjuk ajar dan akhirnya berjaya. Selamat mencuba resipi Sedap Onde Onde Gula Melaka Berlemak.
Resepi Mudah? KLIK
tak tahan tengok gambar. lahai.. sedapnye
Sedapnya! Salah satu kuih favourite si kembar ni