Assalammualaikum w.b.t
Pengalaman Jurugambar Professional | Dulu Mrsyanie pernah juga digelar jurugambar wanita pada seketika dahulu, tapi dah pencen sebab tak terkejar nak buat kerja jurugambar. Bukan senang tau nak jadi jurugambar ni, melayan kerenah tu paling mencabar seorang jurugambar. hihi Kalau bab lain memang tak ada masalah, cuma bab bekerjasama dengan manusia ni yang jenuh. Tapi Mrsyanie respek dengan salah seorang jurugambar profesional Malaysia iaitu Wan Izhar seorang yang berpengalaman dan sempoi orangnya.

Photoshoot Raya Bersama Wan Izhar Jurugambar Professional
Siapa yang tak kenal dengan Wan Izhar antara jurugambar yang professional dan tahun ini KBBA dapat bekerjasama bersama sempena Photoshoot Raya KBBA9 2017. Siapa tak rasa bangga kan bila dapat tahu Photoshoot Raya Bersama Wan Izhar Jurugambar Professional yang hasil gambarnya semua meletop cantik. Mulanya rasa takut gak macam mana lah kami yang ada hampir 40 orang nak bekerjasama dengan seorang jurugambar. Tahan ke dia dengan kerenah kami yang macam-macam ragam.

Wan Izhar Tak Jemu Layan Kerenah Blogger
Tapi pengalaman yang ada pada Wan Izhar menjadikan dia seorang jurugambar yang sangat professional. Bukan kata kerenah kami je dia layan secara berkumpulan photoshoot nya. Tapi siap diberikan photoshoot secara individu lagi tau, 40 orang dia shootkan gambar personal tau. Sangat bangga dapat Photoshoot Raya Bersama Wan Izhar Jurugambar Professional di Malaysia dan orangnya sangat ramah dan tekun dalam menjayakan kerjanya.

Mrsyanie pun tak ketinggalan dapat bergaya ala-ala model depan lensa Wan Izhar tau, tak sabar nak tengok hasilnya. Rasa macam dah boleh jadi model muslimat plus size ni hihi Yang menariknya Wan Izhar bukan shoot gitu-gitu tau, siap bagi tahu posisi mana yang menarik. Bukan satu keping jew, fuh banyak shoot dia kasi tau. Terima kasih Wan Izhar dan team ODS Studio yang sudi layan kerenah kami dan bekerjasama dengan Kelab Blogger Ben Ashaari.
Kepada yang masih mencari photographer untuk photoshoot produk perniagaan, gambar keluarga secara portrait atau sebarang majlis seperti majlis perkahwinan, majlis hari jadi atau apa-apa je yang berkaitan, korang boleh hubungi pihak Wan Izhar & ODS Studio.
bestkan..x sabar nak tunggu hasil snap drp wan izhar
Power orangnya, berpengalaman pulak tu kan kak
🙂
http://www.kataubaid.com/2017/05/harga-tiket-top-komtar-pulau-pinang.html
Tak sabar nk tgk hasilnya nnt…
Respek lah kat Wan Izhar & team dia, releks ja layan kerenah kita semua hari tu kan hehe
memang terbaik wan izhar..taksabar nak tungu gambar