Assalammualaikum w.b.t
Halaman Haji Saad @ Seri Pacific Hotel | Serawa durian atau Mrsyanie lebih suka panggil kuah Durian menjadi salah satu tarikan yang menarik di Halaman Haji Saad. Dimana itu? Halaman Haji Saad ini sebenarnya adalah konsep yang diberi nama sempena Buffet Ramadhan 2017 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur tidak lama lagi sepanjang bulan puasa ini.
Buffet Ramadhan 2017 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Mrsyanie setiap tahun tidak pernah terlepas peluang untuk hadirkan diri ke preview Buffet Ramadhan 2017 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur tau. Ini kerana sajian yang ditawarkan sangat menyelerakan terutamanya Serawa Durian. Masih terasa lagi kenikmatan Serawa Duriannya, makan pulak dengan pulut. Nyum..nyum.. Memang salah satu sajian yang membuka selera setiap pengunjung yang hadir.
Lepas kerja jew Mrsyanie dan Mrlaling terus pecut ke Kuala Lumpur, yelah mula majlis jam 6.30 petang. Walaupun hujan dan jem, alhamdulillah kami sampai tepat pada waktunya. Sanggup itu Mrsyanie datang sebab nak makan kuah Durian punya pasal hihi.. Tapi memang tiap tahun itu antara menu wajib ada di Buffet Ramadhan 2017 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur.
Halaman Haji Saad, Buffet Ramadhan 2017
Tahun ini Buffet Ramadhan 2017 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur menawarkan hidangan yang berkonsepkan Halaman Haji Saad iaitu menu-menu yang berunsurkan tradisional dan masakan kampung. Buffet kali ini menawarkan lebih 50 sajian antara yang menajdi tumpuan seperti Ikan Patin Asam Tempoyak, Ikan Keli Sambal Hijau, Kupang Tumis Belacan, Masak Lemak Telur Itik, Sambal Mangga dan pelbagai jenis ulam-ulaman.
Bukan itu sahaja, pihak hotel juga menyediakan beberapa gerai utama yang menjadi tumpuan menu utama. Antaranya Kambing Bakar, Ikan Bakar & Set Perencah, Beriani Rusa, Sup Gear Box, Apam Balik, Roti Jalan Meleleh dan Kuetiau Goreng super sedap.
Tidak ketinggalan pelbagai aneka sajian pencuci mulut seperti Serawa Durian, Bubur Kacang, Bubur Jagung, Bubur Kacang Hijau bersama Durian, Aneka Kuih-muih tradisional, dan buah-buahan tempatan. Menu utama yang Mrsyanei ambil adalah Serawa Durian. Bukan kata mangkuk kecil tapi Mrsyanie ambil terus guna mangkuk besar bersama pulut. Memang sedap sangat, tambahan pula musim raja buah ini lambat lagi, apa lagi itulah menjadi tumpuan Mrsyanie.hihi.. Tapi memang sedap korang patut datang rasa sendiri tau.
Harga Buffet Ramadhan 2017 Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Pihak hotel telah menyediakan 4 menu Ramadhan yang berbeza-beza menu yang bakal disajikan pada Bulan Ramadhan nanti. Jadi korang tak adalah rasa menu yang sama je kan. Menu akan berubah mengikut 4 set menu yang telah disediakan,, jangan risau setiap set menu Ramadhan yang ditawarkan memang banyak sangat sajiannya. Gerai kecil pun ada 23 gerai (stall) yang disediakan, tak termasuk sajian utama yang lain. Nak tahu menu apa setiap minggu korang boleh hubungi pihak hotel untuk dapatkan maklumat bagi setiap hari di Bulan Ramadhan nanti. Tak sampai sebulan kita nak sambut puasa, ingat ganti puasa mana yang belum habis tau..hihi
Marhaban ya Ramadhan, kawan.
Ya Allah sedapnyaaa